GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Kepentingan DHA untuk Minda!

sumber: google images

Biasa kalau tengok iklan susu, pasti ada yang ditekankan bab DHA untuk anak bijak lah, anak cerdas dan sebagainya. Jika susu dulu, kaya kalsium je, sekarang nih, macam-macam vitamin diproses masuk termasuk juga DHA ni... Penting sangat ke DHA untuk minda??? Anak-anak je ke perlukan DHA nih??? Melalui pembacaan aku di Majalah PaMa,  DHA (asid dokosaheksaenoik) adalah nutrisi penting yang diperlukan untuk perkembangan otak selain daripada zat besi, zink dan asid folik. DHA merupakan sejenis asid lemak omega-3 yang boleh didapati dalam setiap sel pada tubuh.

DHA penting untuk perkembangan otak, mata dan sistem saraf pusat. Kajian yang dijalankan mendapati bayi berusia enam bulan sehingga kanak-kanak dua tahun memerlukan sebanyak 100 miligram DHA untuk perkembangan otak mereka.

DHA merupakan elemen utama yang diperlukan untuk membentuk sel membran neuron yang menjadi penghubung antara sel yang lain serta mempengaruhi fungsi  neurotransmitter acetylcholine dan membantu sel otak berhubung.

Pada usia awal, kanak-kanak memerlukan pelbagai jenis sumber makanan antaranya karbohidrat, lemak, protein, fiber, mineral dan vitamin. DHA adalah salah satu lemak baik yang terdapat di seluruh badan. Ia adalah lemak struktur yang disalurkan terus kepada tisu dalam otak bagi memastikan ia berfungsi dengan baik.

Antara kebaikan DHA kepada kanak-kanak adalah:
*Meningkatkan daya fokus
*Perkembangan otak yang baik
*Menajamkan penglihatan
*Meningkatkan sistem imun
*Mencegah ekzema

Jumlah DHA yang diperlukan oleh kanak-kanak mengikut usia:
*1 hingga 2 tahun – 100 hingga 120 miligram DHA setiap hari.
*2 hingga 4 tahun – 100 hingga 150 miligram DHA setiap hari.
*4 hingga 6 tahun – 150 hingga 200 miligram DHA setiap hari.

Makanan yang kaya DHA:
*Ikan laut seperti tuna, salmon, trout, sardin, ikan bilis mengandungi  10 hingga 100 kali lebih DHA daripada sumber makanan yang bukan berasal dari laut seperti kacang, bijirin penuh dan sayuran hijau.
*Telur, ayam, kekacang, sayur-sayuran seperti brokoli dan alga.

Jadi, kalau kita yang dewasa nih, ambil makanan yang kaya DHA ni, secara tak langsung menjana juga kecerdasan dan perkembangan otak kita... cuma untuk kanak-kanak perlu lebih la sebab diorang tengah membesar... :)


Nota:
Makanan yang kaya DHA tu memang aku suka makan sejak mengandung dulu... dan sekarang si kakak juga suka... hehe... sebab tu agaknya sel-sel otak kakak memang cepat berhubung... sebab kaya dengan DHA... asyik tanya je... sampai pening nak jawab... haha... tak pelah..sekurang-kurang kita tahu otaknya sedang berkembang... :)

6Ulasan

  1. Tak pasti kita cukup DNA ke tak masa kecil..apa-apa pun Alhamdulillah otak masih berfungsi dengan baik..he..he

    BalasPadam
  2. semoga sel sel otak berkembang dengan baik :)

    BalasPadam
  3. Irfan mmg suka mkn ikan,aym n telur..sayur je dia xmo,selamat buah dia suka

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ