Boleh cari buku begini sebagai rujukan Sumber: google images |
Soalan: Saya mempunyai kemusykilan mengenai darah haid yang melebihi seminggu dan kuantiti darah semakin banyak. Adakah ia adalah darah haid atau keguguran kerana langsung tiada kelihatan janin?
Jawapan:
Mengetahui jenis darah yang keluar dari kemaluan sangat penting sebagai seorang wanita dalam Islam.
Ini kerana ia membabitkan isu kesucian, pelaksanaan ibadah solat, puasa dan sebagainya.
Begitu juga pengiraan tempoh suci bagi tempoh idah kepada seseorang wanita.
Ada beberapa larangan bagi wanita yang haid dan nifas termasuk semua larangan ketika berjunub, berpuasa, berada dalam masjid dan bersetubuh.
Terdapat tiga jenis pendarahan berlaku kepada wanita, iaitu darah haid, darah istihadhah dan darah nifas.
Keluarnya darah haid melambangkan kesempurnaan anggota dalaman bagi seseorang wanita.
Darah haid berlaku pada setiap bulan dan tempohnya antara satu hari satu malam sehingga 15 hari 15 malam.
Tempohnya mungkin berlainan antara seorang wanita dengan wanita lain. Biasanya tempoh haid adalah dari enam hari enam malam sehingga tujuh hari tujuh malam.
Apabila darah masih keluar melebihi tempoh haid itu, wanita dikira mengalami darah istihadhah (penyakit).
Darah nifas berlaku selepas melahirkan anak, tempohnya sehingga 60 hari. Apabila darah masih keluar selepas itu dikira sebagai darah istihadhah.
Semasa tempoh darah istihadhah wanita tidak dikenakan larangan seperti wanita dalam haid atau nifas.
Dengan itu seseorang wanita hendaklah menunaikan segala perintah Allah seperti biasa termasuk solat dan sebagainya.
Dalam kes anda, ia masih dikira darah haid sehingga 15 hari dan darah istihadhah selepas itu.
Sekiranya ia berlaku disebabkan keguguran kerana hamil, ia hanya dikira darah nifas apabila kehamilan melebihi 10 minggu, iaitu tempoh yang dikira pembentukan janin yang sempurna.
Sekiranya belum mencapai tempoh itu, pendarahan yang berlaku dikira darah istihadhah.
Tempohnya (nifas) juga dari satu hari satu malam sehingga 60 hari 60 malam.
Fiqh wanita, wajib belajar buat suami dan isteri... Tak boleh malu bertanya dalam soal feqah kerana ia melibatkan hukum serta sah atau tidak sesuatu ibadah.
terima kasih sharing benda ni..
BalasPadammemang perlu amek tahu ni
BalasPadamterima kasih berkongsi...betul tu...memang penting sangat2
BalasPadamThanks for info..ramai juga yang kelirukan..
BalasPadamMayfair for your lunch..
BalasPadambagusnya ilmu ni. thanks sharing
BalasPadamnice sharing kak maria :)
BalasPadamGood sharing
BalasPadamNi semua benda penting yang perlu kita ambil perhatian
BalasPadamMemang macam-macam masalah berkaitan ni. Ada yang haid semula lepas seminggu bersih, ada yang sebulan haid 2x, dll.
BalasPadam