GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Tips Memujuk Suami Merajuk!

sumber: google images

Hari tu aku kongsi tips untuk suami... ni tips untuk isteri.. cara pujuk suami merajuk. perempuan memang suka merajuk, tapi suami jarang merajuk, tapi sekali merajuk pening kepala si isteri.. tambah kalau kena suami jenis pendiam kan... jadi kena tahu punca dan cara elak dari suami merajuk.

Apa perlu isteri buat jika tidak mahu suami merajuk?

1. Niat untuk hiburkan suami sebaik sahaja dia pihak pintu rumah.

2. Sambut dia dengan senyuman dan ungkapan yang menyebabkan dia rasa dihormati seperti, “Alhamdulilah Abang dah balik, Seronok rasa”, atau “Wow hero dah balik!”.

3. Kalau tak sempat sambut di pintu, wakilkan anak kecil menyambut dia di pintu atau kucing.

4. Sediakan kudapan dan minuman kesukaannya sebaik sahaja dia sampai. Ingat ya “MAKAN-MAIN-TIDUR”

5. Sedang dia menikmati makanan tu, barulah minta kebenaran untuk mengadu dengan ungkapan, “Abang, saya nak mengadu hal anak2 ….(apa sajalah) tapi saya mahu abang dengar je tau, tok sah nak tolong selesaikan. Saya mahu Abang dengar aje ok.. 10 minit je”. Insya Allah suami anda boleh dengar dengan tenang.

6. Kalau nak minta dia tolong kerja rumah, gunakan ungkapan ini, “Abang, lepas minum, tolong tukarkan lampu dapur tu ya, saya tak pandai, Abang sorang je yang pandai tukarnya. Takut ada orang datang malam ni (wujudkan keadaan kecemasan untuk ketukkan mindanya. Jika tidak kecemasan, dia tak teruja nak buat).

6. Kalau dia kata, “Nanti Abang tolong, tapi Abang nak tengok berita kat TV jab”, terimalah permintaannya itu kerana dia sedar yang tenaganya belum cukup untuk bantu kerja rumah masa itu. Beri peluang dia “MAIN” sekejab untuk dia top up hormonnya.

Apa perlu isteri buat jika suami dah merajuk?

1. Bersyukurlah dia keluar daripada rumah atau menjauhkan diri daripada isterinya kerana mungkin jika dia tunggu, akan menggunakan kekerasan dan keganasan untuk tenteramkan jiwanya. Biarkan dia.

2. Jangan hubungi dia semasa dia sedang “merajuk”. Biarkan dia sendirian di dalam biliknya atau bersama teman-temannya dia kedai mamak itu.

3. Bila dia pulang ke rumah, naik atas katil, jangan membelakangkannya. Peluklah dia. Bisik kat telinganya “I love u”.

Itulah cara-caranya... beza lelaki dan wanita ketika merajuk, lelaki bila merajuk "disconnect him" tapi bila perempuan merajuk "connect her". Lelaki bila merajuk, biarkan dia... atau jika lelaki jenis ego, gunakan psikologi kata Ustaz Kazim... berdoa kuat-kuat supaya dia dapat dengar.. insha Allah, lama-lama dia malu dengan Allah dan malu dengan diri sendiri... lelaki tengah merajuk, jangan disimbah lagi rajuknya takut nanti jadi api yang membakar diri... biarkan dia sejuk dan tenang sendiri... tulis kata-kata romantik dan selit di bajunya untuk minta maaf dan sebagainya... walaupun dah lama kahwin, usahalah untuk kekal romantik... Bahagia dan romantik perlu diusaha, bukan biarkan ianya wujud dengan sendiri... 

4Ulasan

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ