Siapa kata wanita bertudung tidak perlu menjaga kecantikan rambut? Sebenarnya wanita bertudunglah yang perlu membuat penjagaan rapi bagi mahkota wanita ini kerana jika rambut tidak mendapat penjagaan yang secukupnya ia akan terdedah kepada kerosakan rambut seperti kelemumur, rambut bercabang/berbuah, berminyak/kering dan lain-lain lagi.
5 langkah semulajadi untuk mengatasi masalah rambut.
Rambut Kelemumur - Aspirin
Aspirin adalah ubat yang mengandungi asid Salisik yang digunakan dalam kebanyakan syampu anti kelemumur.
Caranya : Hancurkan 3 tablet aspirin hingga menjadi serbuk. Campurkan bersama syampu yang anda gunakan untuk mencuci rambut dan biarkan sekurang-kurangnya dua minit sebelum bilas rambut anda dengan air.
Rambut Kering - Pisang
Pisang kaya dengan Potassium boleh dijadikan sebagai mask rambut.
Caranya : Kisar sebiji pisang bersama dengan madu. Lumurkan pada rambut dan bakut kepala anda dengan menggunakan topi mandi. Biarkan selama 15-20 minit dan kemudian bilas rambut anda.
Kulit Kepala Berminyak - OAT
Oat bukan sahaja memberi kelembapan pada kulit malah ia berfungsi untuk menyerap minyak yang terdapat di kulit kepala selain membantu mengurangkan kegatalan pada kulit kepala.
Caranya : Panaskan oat mengikut sukatan yang diperlukan dan biarkan ia sejuk. Selepas itu, ramas oat tersebut di kepala dan bilas hingga bersih.
Melebatkan Rambut- Bawang
Bawang selain merupakan bahan penting dalam masakan, ia sangat kaya dengan sulfur yang dapat membantu meningkatkan penghasilan tisu kolegen.
Caranya. : Acincang halus bawang merah dan bawang besar. Ambil air daripada bawang itu. Ratakan pada kulit kepala dan biarkan selama 15 minit. Cuci rambut seperti biasa menggunakan syampu.
Gatal Kulit Kepala - Minyak Zaitun dan Lemon
Minyak zaitun dan lemon dapat mengurangkan masalah kegatalan kulit kepala.
Caranya : Campurkan dua sudu jus lemon, minyak zaitun dan air. Lumurkan pada kulit kepala
Macam best pula petua ni... bahan yang mudah nak dapat kan... boleh cuba nih.. kadang pakai syampu penuh bahan kimia pun tak elok gak kan...
bagus tips ni, boleh amalkan
BalasPadampetua tradisional..wah boleh try ni..
BalasPadamwahh.
BalasPadamsenangnya. bahan2 sume memang dah sedia ada kat dapur.
tq kak. nanti bleh try
saya jenis berminyak...boleh cuba ni...thanks for sharing...^_^
BalasPadamBagus perkongsian ini dear. Ada yg boleh guna ni, simple jer..
BalasPadamkena try nie...
BalasPadamterima kasih atas perkongsian ... :)
BalasPadamThanks Maria..So far tak ada problem dengan rambut lagi...
BalasPadamhadoi... berdenyut kepala bayangkan bawang atas kepala... haha
BalasPadamNice sharing
BalasPadamTerima kasih sudah mau berbagi informasinya mizz, bermanfaat sekali infonya, bahannya juga alami.
BalasPadambagus tips ni ;)
BalasPadamHehe..macam x sanggup je nak letak pisang n oat kat kepala:D
BalasPadamthanks share petua :)
BalasPadam