GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Panduan Menu Makanan Bayi


Adik dah mula makan sejak sebelum raya hari tu... Makanan pertama yang diperkenalkan ialah bubur nasi sahaja. Nasi lenyek makanan pertama dia... dan tak sangka, sesenduk nasi habis dimakannya... Alhamdulillah... Melihat adik suka makan, buatkan aku semakin teruja nak memasak untuknya... Setiap hari ada sahaja bekalan bubur untuk dia... Nasi dengan brokoli antara bubur kegemarannya. Jika anak pertama dulu, aku agak buntu nak sediakan makanan bayi... Anak kedua aku lebihkan membaca dan study cara nak sediakan bubur bayi... Alhamdulillah... senang aje rupanya. 

Ini antara menu cadangan bayi dari usia 6 bulan hingga 1 tahun 6 bulan. 

Umur 6 bulan

  • Tekstur makanan – Puri (halus).
  • Minuman – Susu ibu (lima kali sehari).
  • Makanan cadangan – Beras, pisang, ubi kentang, keledek, bayam, lobak merah dan mangga.
  • Makanan perlu elak – Garam, gula, produk tenusu, makanan berasaskan gandum, telur dan kekacang.

Umur 6-8 bulan

  • Tekstur makanan – Puri yang sedikit kasar.
  • Minuman – Susu ibu atau formula (empat kali sehari), air masak atau jus buah-buahan yang dicairkan.
  • Makanan cadangan – Buah-buahan, sayur-sayuran, gandum, telur dan mentega kacang.
  • Makanan perlu elak – Susu lembu segar, cili, garam, telur putih, gula, ikan dalam tin, organ dalaman haiwan.

Umur 8-9 bulan

  • Tekstur makanan – Lenyek atau kisar.
  • Minuman – Susu ibu atau formula (empat kali sehari), air masak atau jus buah-buahan yang dicairkan.
  • Makanan cadangan – Buah-buahan, sayur-sayuran, gandum, telur dan mentega kacang.
  • Makanan perlu elak – Susu lembu segar, cili, garam, telur putih, gula, ikan dalam tin, organ dalaman haiwan.

Umur 9-12 bulan

  • Tekstur makanan – Cincang.
  • Minuman - Susu ibu atau formula (tiga kali sehari), air masak atau jus buah-buahan yang dicairkan.
  • Makanan cadangan -  Buah-buahan, sayur-sayuran, ikan, daging, produk tenusu dan telur.
  • Makanan perlu elak – Telur putih, cili, kerang-kerangan, garam , gula, organ dalaman haiwan dan lemak.

Umur 12-18 bulan

  • Tekstur makanan – Cincang.
  • Minuman - Susu ibu atau formula (dua kali sehari), air masak atau jus buah-buahan yang dicairkan
  • Makanan cadangan -  Sama seperti keperluan ahli keluarga lain.
  • Makanan perlu elak – Telur mentah, cili dan kerang-kerangan.

Sumber: Majalah PaMa

Aku masih tak perkenalkan puree untuk adik... sebabnya dia suka bubur nasi... dan aku memang elakkan nestum... tambah-tambah nestum kan antara produk Nestle yang menyokong Israel.. so, boikot terus!... Jadi, aku memang masak bubur nasi aje. Lagipun air tangan ibu kan.. lebih berkat dan selamat.. Insha Allah.

Mudah sahaja nak masak bubur adik...Rebuskan segenggam beras dalam 3 cawan air, masukkan sayur dan rebus hingga nasi dah lembik dan air hampir kering. Kemudian kisar (blender) halus dan bolehlah dimakan... Alhamdulillah.. si adik kuat makan... buatkan aku bertambah suka nak masak untuk dia... Menu si kakak ialah speghati, tapi jarang bawakan bekal, sebab pengasuh dah siap masak untuknya. Jadi, sediakan menu untuk adik je... 

Download:

8Ulasan

  1. nice sharing. berguna sangat untuk ibu-ibu baru diluar sana

    BalasPadam
  2. ha, bley kongsi info dgn akak wlaupun dia bwu sebuln prgnant..hehe..

    BalasPadam
  3. alhamdulillah , suka tgk baby selera makan ...

    BalasPadam
  4. Moga2 kita dapat lebih pengetahuan melalui perkongsian ini ..

    BalasPadam
  5. Masak sendiri lebih bagus dari beli nestum/bubur perisa dalam kotak.
    Yang tu akan ganggu tumbesaran anak-anak.

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ