Lagi Kes Kanak-kanak Maut Terperangkap dalam Kereta!

Maria Firdz
9
Pernah satu ketika dulu, kita dikejutkan dengan berita kematian seorang kanak-kanak yang meninggal kerana terperangkap dalam kereta ibunya... Kini, kes yang sama berulang... kali ini berlaku di Kuala Nerang Kedah.
***************************************

Padang Terap: “Bapa mangsa tidak menyedari anaknya sedang tidur dalam kereta lalu terus masuk ke sekolah, tetapi dia terkejut apabila mendapati keadaan anaknya sudah tidak bernyawa apabila kembali semula ke kereta selepas tamat sesi persekolahan.”

Begitu kata Soaid Adam, 45, bapa saudara kepada Muhammad Aqil Arfan Adnan, empat tahun, yang maut dipercayai akibat lemas selepas terperangkap lebih lapan jam dalam kereta milik bapanya di pekarangan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kuala Nerang, semalam.

Kejadian disedari kira-kira jam 4 petang oleh bapa mangsa, Adnan Salleh, 42, yang juga guru apabila lelaki berkenaan kembali semula ke keretanya untuk pulang ke rumah di Pendang.

Sebelum itu, lelaki berkenaan dikatakan meletakkan kenderaan di parkir sekolah kira-kira jam 7.30 pagi tanpa menyedari anak bongsu daripada empat beradik berkenaan sedang tidur di belakang kereta selepas menghantar isterinya yang bertugas sebagai guru di SMK Syed Ahmad berhampiran.

Soaid berkata, Adnan difahamkan terlupa menghantar anak lelakinya ke sebuah tadika yang terletak berhampiran sekolah isterinya lalu pergi ke sekolah tempat dia mengajar.

“Bapa mangsa dipercayai terlupa anaknya sedang tidur di tempat duduk belakang lalu meninggalkannya dipercayai untuk masuk ke kelas.

“Namun selepas bapa mangsa mahu pulang dan mengambil isterinya kira-kira jam 4 petang (semalam), dia terkejut apabila melihat anaknya tidak sedarkan diri di dalam kereta berkenaan,” katanya yang ditemui di Unit Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar, malam tadi.

Difahamkan, bapa mangsa kemudian mengejarkan anaknya ke Hospital Kuala Nerang sebelum doktor mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia.
Sumber: Harian Metro

MOHON JANGAN SALAHKAN SESIAPA DALAM KES INI!!! ITULAH BUKTI ALLAH BERKUASA MENUTUP HIJAB (PANDANGAN, PEMIKIRAN, PANCAINDERA) KITA BILA-BILA MASA SAHAJA... MEMANG SUDAH AJAL ANAK ITU BEGITU... ALLAH SEDANG MEREKA BEGITU... MOGA ALLAH TAK UJI KITA MACAM TU JUGA.... SAMA-SAMA KITA SEDEKAHKAN AL-FATIHAH DAN SALAM TAKZIAH UNTUK KELUARGA MANGSA.


NOTA:
Bergetar hati, terutama aku yang seringkali dan memang rutin hantar anak ke rumah pengasuh... Allahu Akbar... Moga Allah lindungi dan pelihara aku dari lalai, lupa dan pelihara anak-anakku dari sebarang bencana..

Tags

Catat Ulasan

9Ulasan

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ

  1. Benda nak jadi..Allah dah atur cantik segalanya. Al-Fatihah untuk anaknya. Sedih bila terbayangkan anak sendiri.

    BalasPadam
  2. innalillah ...
    benda nak jadi ...redha dan sabar jelah kita mampu

    BalasPadam
  3. Ya Allah.. memang ada lagi kes mcm ni... moga memnjadi pengajaran pada kita sebagai ibu bapa.. harap jgn cuai.. sedih lah ..:(

    BalasPadam
  4. Saya pun kadang2 jadi takut bila baca berita macam ni. Sebab saya pun pelupa.
    Anak pula selalu tidur bila naik kereta.
    Mohon dijauhkan.

    BalasPadam
  5. Perancanhpgan Allah tak siapa tahu, kita tidak berhak menghukum, cuma sentiasalah berhati-hati dan jangan cuai..

    BalasPadam
  6. Sudah sampai masanya kecuaian seperti ini diambil tindakan yang tegas. Peruntukan dari segi undang-undang sudah ada. Perlaksanaan undang-undang sedia ada perlu disegerakan tanpa pengecualian. Yang bersalah patut menerima hukuman yang setimpal.

    BalasPadam
  7. betul tuh...kite x berhak menghukum...memg kite rse die cuai tp kalau kite fikirkan smla bile Allah berkehendakkan sesuatu,segala hijab kita tertutup..

    BalasPadam
  8. Al Fatihah ,..moga ibubapa hari ini lebih peka dan bertanggungjawap terhadap anak2

    BalasPadam
Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !