Beza harta dan ilmu:
1. HARTA boleh dijual beli, namun ilmu tidak boleh dijual beli... Ornag yg menyampaikan ilmu tidak dibayar ilmu yg disampaikan tetapi diupah kerana dia menyampaikan...
2. Harta makin digunakan makin berkurang, tetapi ilmu makin digunakan makin bertambah, makin berkembang...
3. Harta: banyaknya harta buatkan kita lupa diri seprti firaun... Tetapi ilmu, banyaknya ilmu kita jadi semakin zuhud... Seperti alim ulamak silam...
Akhir zaman... Ramai orang memandang harta.. Tetapi sedikit orang memandang ilmu... Jika yang memandang ilmu pun ialah ilmu di atas kertas... Ilmu pada segulung ijazah, PhD atay kajian-kajian tertentu... Orang yang tiada sijil, master ijazah dikatakan orang yang tidak berilmu... Itulah mentaliti sesetengah dari masyarakat kita yang masih ditakuk lama...
Jika situasi yg ku lihat kini disekolah... Sedikit ibu bapa yg berkorban duit untuk beli buku anak-anak, bahkan buku yg tak sampai 10 ringgit liat nak bayar, tetapi pakaian beratus mampu dimiliki.... Bezanya kan...
Didiklah anak kita cintai ilmu... Elakkan diri dan anak kita cintai harta dunia... Biar dia cermat gunakan harta, tetapi bukan tamak dan kedekut...ilmu membawa ke akhirat... Tapi harta belum tentu...
Posted via Blogaway
Betul...
BalasPadamPandang dan cari lah ilmu sebanyak mungkin...
entri yg bagus :D
BalasPadambiar miskin asalkan kaya ilmu
betul sangat..tapi ilmu ngan harta ada samanya...lagi banyak kita memberi..lagi banyak kita akan terima..so, jgn kedekut ilmu..jgn kedekut harta..
BalasPadamsetuju dengan entry ni ;)
BalasPadamHarap-harap boleh kumpul dua-dua . Bagi seimbang...
BalasPadamnice sharing maria
BalasPadamSaya mmg ajar ank supaya jgn bermewah.
BalasPadamSstu benda tu klu nk dpt kena usaha...bukan dapat free je.
betul...ilmu tuh harta yg berharga
BalasPadamjom kita dapatkan ilmu sebanyak mungkin
BalasPadam