GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Bahan Kimia yang Boleh Menyebabkan Kanser Payudara

Sumber: google images

Sedang menjelajah dan membaca di internet, aku terjumpa satu artikel tentang kesihatan dan kanser tulisan Dr. Zubaidi Ahmad tentang, bahan-bahan kimia yang boleh menjadi salah satu penyebab berlakunya kanser payudara. Bahan-bahan kimia ini biasanya ada dalam bahan yang kita gunakan sekarang, seperti sabun basuh, pencuci rumah, pencuci pinggan, kosmetik serta syampu dan sebagainya.. 

Menurut Dr. Zubaidi Ahmad, namun begitu bahan-bahan ini bukan penyebab utama, kerana orang yang berisiko mendapat kanser payudara adalah dari faktor keturunan, pemakanan dan gaya hidup. 
Bahan kimia ini mengganggu keseimbangan hormone dalam badan dan merangsangkan sel payu dara sehingga menyebabkan penyakit kanser. 
Satu kajian baru-baru ini mendapati wanita yang bekerja dalam industry plastik dan pengetinan makanan mempunyai peningkatan lima kali ganda dalam kanser payudara. Ini kerana wanita yang bekerja di kilang plastic terdedah kepada bahan kimia, seperti phthalates, bisphenol-A, dan paraben yang merangsangkan kansel-kanser sel payudara. 
Bisphenol-A, phthalates dan parabens tiga bahan kimia setakat ini diketahui dengan sahih boleh menyebabkan kanser payudara. Malangnya penggunaan bahan kimia ini sukar untuk dielakkan kerana ia juga terdapat dalam plastic pembukusan makanan, bahan pencuci rumah, dan produk penjagaan diri. 
Bisphenol-A (BPA) menyebabkan sel-sel payudara yang sihat bertukar menjadi kanser dan membuatkan ubat bagi rawatan kanser payudara menjadi kurang berkesan. Bagi mengelakkan BPA, Dr. Zubaidi mencadangkan agar tidak membeli makanan dalam tin dan plastic atau mencari tin yang tidak mengandungi BPA. Alternatif lain ialah memilih kaca untuk menyimpan makanan dan keperluan botol air. Pastikan barang permianan bayi  kita bebas dari BPA. 
Phthalates adalah bahan kimia yang digunakan dalam produk plastik yang menyebabkan ia menjadi lembut dan mudah dibentuk. Ia banyak digunakan dalam penyegar udara, kosmetik, pencuci, produk pembersihan lain, dan banyak lagi. Bagi mengelakkan penggunaannya, kita boleh membaca label pada produk tersebut dan pastikan ia tertulis “bebas dari phthalate.” Jangan membeli produk penyegar udara sintetik di rumah dan di dalam kereta. 
Parabens digunakan secara meluas sebagai bahan pengawet dalam kosmetik seperti dalam losyen, krim, dan deodoran. Ia diserap ke dalam kulit dan telah dikaitkan dengan kejadian kanser payudara. Satu kajian mendapati parabens terdapat 99 peratus daripada sampel tisu kanser payudara. Ini menunjukkan kaitan paraben dan kanser payudara.
Walau pun kandungan paraben dalam kosmetik dalam tahap yang selamat, tetapi bagi mereka yang mempunyai risiko tinggi seperti yang mempunyai sejarah keluarga seperti kakak yang mengalami kanser payudara, ia sangat berbahaya. Untuk mengelakkannya, pastikan barang ksometik kita tidak mengandungi paraben dengan membaca label pada produk dan mengelakkan bahan-bahan yang berakhir dengan “paraben” seperti Methylparaben. 
Jadi kita harus berhati-hati dengan setiap barang pencuci, makanan, kosmetik dan ubat-ubatan yang kita gunakan. Kesan bahan-bahan kimia ini berbeza pada individu yang berlainan. Ini bermakna seorang wanita boleh mengalami kanser payudara selepas berterusan menggunakan suatu produk selama 10-15 tahun, berbanding dengan wanita lain yang tidak mengalami kesan kanser payudara yang sama.

Bahaya kan... memang kesan jangka panjang sebenarnya... Tapi, kalau kita guna jarang-jarang, amalkan pemakanan seimbang, jaga solat, jaga ibadah, banyak kan berdoa insha Allah Allah lindungi kita... Moga Allah tidak memudharatkan dengan apa yang kita tak ketahui... 

"Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah..." [Surah al-Baqarah: 286]

7Ulasan

  1. terima kasih berkongsi kak...pengetahuan macamni memang perlu semua orang tau...

    BalasPadam
  2. Salammaria ..terimakasih atas perkongsian bergunaini..moga2 kita lebih alert lepas ni

    BalasPadam
  3. wah banyak nyer kan
    tapi biasa tak penah belek pun bahan yang digunakan

    BalasPadam
  4. parabens yang paling popular sbb mostly ade produk kecantikan.

    BalasPadam
  5. memg bahaya tp kalo kita gunakan jugak kenalah ondai seimbang ambik supplemen

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ