GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Sekeluarga Keracunan Makanan Bazar Ramadhan

Tahun ni, rasanya ni kes pertama dilaporkan kes keracunan makanan yang dijual di Bazar Ramadhan. Sekeluarga kena keracunan selepas berbuka puasa. 

************************************
Shah Alam: “Sebelum ini, saya sekeluarga membeli roti John dari gerai sama iaitu di bazar Ramadan Taman Sri Muda setiap kali bulan puasa dan tidak pernah pula mengalami sakit perut sebegini teruk.

“Siapa sangka makanan kegemaran kami sekeluarga akhirnya menyebabkan empat anak saya dimasukkan ke hospital Selasa lalu. Lebih membimbangkan anak ketiga saya yang berusia 11 tahun kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang,” kata Hamdan Mohd Nasir, 40. 

Menurutnya, dia membeli tiga bungkus roti John berkenaan Ahad lalu, namun empat daripada lima anaknya berusia empat hingga 13 tahun mengalami sakit perut sehari selepas memakan makanan itu sebagai juadah berbuka. 

Beliau berkata, selain cirit-birit dan muntah, anaknya turut mengalami kekejangan otot dan muka menjadi pucat sehingga menyebabkan anak ketiganya dimasukkan ke ICU.

Katanya, anak ketiganya itu diberikan ubat pelali bagi mengurangkan kesakitan dialaminya manakala tiga lagi anaknya kini sudah stabil dan ditempatkan di wad biasa.

“Lebih membimbangkan, doktor yang merawat khuatir anak ketiga saya dijangkiti kuman pada bahagian otak disebabkan keracunan makanan dialaminya. 
Sumber: Harian Metro

Apa-apa pun, kejadian sebagai pengajaran kepada pembeli dan peniaga. Tapi atas kehendak Allah jua, sebabnya diorang dah biasa dengan gerai jual Roti John tu. Aku rasa, bukan salah sesiapa, tapi itulah, kena hati-hati dalam membeli juga, mungkin penjual da peniaga dah habis berjaga-jaga tapi ea lah, kuman ni kecik tak boleh tengok dengan mata kasar... kuman dan bakteria pun mudah merebak melalui angin juga.. Jadi, kena hati-hati. Semoga mereka sekeluarga dalam pemeliharaan Allah dan cepat sembuh. 

11Ulasan

  1. jarang beli mknan di bazar takut jd mcm ni..

    BalasPadam
  2. bahayanya...kena brhati2 semasa membeli

    BalasPadam
  3. ee..takutnya..mintak jauh..nauzubillah..
    harap peniaga2 mengutamakan kebersihan..:)

    BalasPadam
  4. menakutkan...peniaga kena ambil serius tentang kebersihan dan bahan2 yang mereka gunakan...

    BalasPadam
  5. kesiannya diorang...saya selalu pesan anak-anak sedara kalau rasa lain mcam berenti makan.tapi yelah, dah nak kena.semoga cepat sembuh

    BalasPadam
  6. betul tu...kadang2 peniaga tu dah jaga kebersihan dengan sebaiknya..
    kita di rumah pun perlu berhati2 tentang kebersihan makanan kita..mungkin terlupa tutup kejap lalat dah sempat hinggap..

    BalasPadam
  7. Mohon kpd Allah jualah utk perlindungan.. kita hanya mampu berusaha sebaiknya tetapi hanya Allah yg menentukan...

    BalasPadam
  8. kesiankan..penjual roti john pun dh mtk maaf n die pun kne keracunan makanan

    BalasPadam
  9. Nak buat camner bukan penjual tu nak jadi camni kan .. Tapi ntah la tak tahunak cakap apa ..Semuanya pokok pangkal kita sendiri kena tgk betul2 makanan yg kita beli ..

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ