GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Felixia Yeap Masuk Islam: Dia Dipilih Allah!



Alhamdulillah.. seorang lagi hamba Allah kembali ke agama Fitrah iaitu agama Fitrah. Model sebuah majalah hot di dunia dan juga seorang blogger yang pernah kontroversi suatu ketika dahulu akibat memakai busana muslimah telah memilih tarikh ulang tahun kelahiran yang ke-28, iaitu pada tanggal 3 Julai 2014 untuk kembali ke agama Fitrah iaitu AGAMA ISLAM. Alhamdulillah... Alhamdulillah... Alhamdulillah... Dia telah dipilih Allah... 

Semua orang gembira dan syukur kerana hidayah Allah milik dia... Hidayah Allah itu mahal, dan tak mampu dibeli oleh manusia walaupun kita banyak harta berjuta... hanya yang terpilih memilikinya. Tahniah dan syukur buat Felixia Yeap. Hatinya terdetik ke arah Islam setelah dia memperagakan busana Muslimah, dari situ, dia selalu memakai jubah dan bertudung, bahkan pada malam Anugerah Bintang Popular tahun ni, dia pakai baju muslimah yang siap bertudung. Terasa tercabar dan malu pula dengan artis-artis Islam kan. Tapi, itulah tanda bahawa, hidayah Allah tu mahal. 

Jadi, jangan ingat, kita lahir Islam mati pun dalam keadaan Islam... Islam dan Iman adalah anugerah, nikmat dan rezeki yang WAJIB kita pelihara dan syukuri. Wajib kita usaha untuk mempertahankan akidah Islam dan Iman dihati. 

Walaupun begitu, Felixia Yeap wajib berusaha untuk delete semua gambar-gambarnya sebelum dia memeluk Islam... Walaupun susah, tapi moga Allah permudahkan baginya ke arah mendalami dan memahami Islam dan ke arah yang lebih baik... 

Sedikit perkongsian, Jom amalkan doa ini, moga Allah tetapkan iman kita dengan Islam:

Doa dari Al Quran: Surah Ali Imran ayat 8

رَبَّنَا لَا تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً ۚ إِنَّكَ أَنتَ الْوَهَّابُ

(Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya.

Sama-sama lah kita sokong dia sebagai orang Islam yang baru (mualaf). Ibunya sendiri menyokong dia masuk Islam, apatah lagi kita yang memang Islam patut bersyukur dengan hijrah dia ini... 

12Ulasan

  1. Alhamdulillah...sesungguhnya hidayah adalah milik Allah...

    BalasPadam
  2. betul tu..jangan terlalu mengkondem orang yang nak peluk islam nie..sebaliknya berilah dia sokongan untuk menuju ke jalan kebenaran..itu lebih baik...

    BalasPadam
  3. alhamdulillah Allah beri hidayah buatny..syukur

    BalasPadam
  4. alhmdullah terbuka pintu hati dia utk memeluk islam..

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah..semoga beliau menjadi mslim yang sempurna..

    BalasPadam
  6. Syukur.. Gembira dengan perkhabaran itu..

    BalasPadam
  7. Subhanallah walhamdulillah... semoga Allah permudahkan kehidupan beliau & kita semua juga... aamiin..

    BalasPadam
  8. alhamdulillah..
    smoga urusan beliau dipermudahkan.aamiin

    BalasPadam
  9. Alhamdulillah...benarlah hidayah itu milik Allah...semoga Felixia a.k.a rania terus istiqomah...tapi kesian kt dia..baru aje masuk Islam.dah org komen yg bukan bukan pasal dia masuk Islam kerana duit dan cinta gara gara tersebar pic dia dengan kekasih dia bernama Raja...cetek betul pemikiran yg komen tuh...xphm akak

    BalasPadam
  10. Kasihan Felicia Yeap, mesti dia diugut atau dipaksa untuk masuk ISLAM...Sebelum anda membantah sila buka dan baca semua yang ditulis dalam laman sesawang ini (religius-islam.blogspot.com) barulah anda akan faham kenapa...

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ