GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Sayangkan Cucu, Kesiankan Anak

Sumber: google images

Sebelum pergi kerja, sambil layan anak dan buat kerja rumah melayan la tv kejap.. Owh.. Dilema Wanita kat Astro Prima... Kengkadang rajin juga aku melayan... Tapi isu dilema wanita hari Jumaat yang barakah yang lalu, buatkan aku terfikir dan sebagai renungan bersama... Kisah yang memang berlaku dalam masyarakat hari ni... 

Kisah dilema wanita mengisahkan tentang sepasang suami isteri Mak Mah dan Pak Samad yang sudah berusia yang menjaga cucu-cucu kepada dua orang anaknya... Memandangkan rumah mak bapak diorg ni dekat jadi diorang menyuruh mak bapak diorang mengasuh anak-anak diorang... Itu sinopsis drama ni... Antara yang diisukan ialah:

Si anak mengambil kesempatan terhadap maknya... Menyuruh maknya menjaga anak-anaknya kerana mereka suami isteri bekerja. Ini termasuklah hari minggu... Nak g jenjalan pun tinggalkan anak dekat umah mak. 

Selain itu, antara isu yang diutarakan ialah duit upah dan belanja. Anak-anak dia bagi duit kat mak bapa sebab mengasuh anak-anak mereka.. Sebab nak berjimat dan tak percaya kepada pengasuh... Jika dah beranak, sudah semestinya ada rezeki si anak... Bukan camtu cara nak jimat, tapi kena kurangkan kehendak kita sendiri...

Memang menarik drama ni... Sebab rata-rata ini sering berlaku... Memang banyak kes melibatkan bayi dan kanak-kanak di taska dan rumah pengasuh buatkan ramai fobia nak hantar anak kan... Tapi sebagai anak, renungkan sudah penat mak bapa kita jaga dari kecik sampai dah besar, rasanya tak kan kita nak bebankan mak ayah dengan jaga anak kita pula... 

Aku minta maaf, aku mungkin tak faham situasi anda yang suruh mak pak jaga anak-anak kita, tapi kita diberi pilihan, kita ada Allah sebaik-baik pelindung kan... Kita ada akal untuk berfikir. 

Tak salah nak hantar anak atau nak minta mak bapa kita jagakan anak-anak kita waktu kita bekerja, tapi kita kena ada timbang rasa dan bijak berfikir.

Jika nak suruh mak jaga, biar mak jaga waktu kita bekerja sahaja. Balik dari kerja, semua kerja rumah kita amik alih semula... Ini bagi yang mak bapa tinggal sekali, tapi bagi yang tinggal asing, cepat-cepat selesai kerja dan cepat-cepat amik anak...walaupun penat kerja, pastikan amik anak dulu sebelum buat kerja rumah. Sebab jaga anak lagi penat rasanya dari kerja kita tu kan... Dengan kudrat org tua, mana mampu nak layan cucu yang tengah lasak dan membesar.

Hari tak kerja jangan hantar anak ke rumah mak... Nak pergi jenjalan bawa anak sekali, kenapa perlu tinggalkan anak-anak dengan mak bapa kita??? Itu anak kita...waktu tak kerjalah anak-anak perlukan masa dan kasih sayang kita. 

Beri duit sebab tanggungjawab kita sebagai anak, bukan sebab jaga anak-anak kita... Sebab mak bapa kita bukan pengasuh, bukan kerja dengan anak-anak ataupun bukan orang gaji... 

Ibu bapa kita bila berusia, perlukan masa lebih untuk bekalan akhirat pula... Jadi, berikan masa untuk ibu bapa kita tumpukan hal-hal ibadah pula... Tak salah nak minta tolong mak bapak kita jaga sekejap tapi kena berpada-pada... Jangan sampai urusan dan diri mereka pun terabai sebab nak jaga anak kita... Memang mak ni sanggup je nak jaga sebabkan sayangkan cucu dan kasihankan anak-anak tapi kita sebagai anak la kena pula berfikir.

Berumah tangga memang mudah disebut, happy masa nak kahwin, selalu orang rancang hari nak kahwin, tapi jarang orang rancang 5-10 tahun selepas kahwin tu... Bila berkahwin, bermakna kita bebas dan kena berdikari sendiri... Kena terbang dengan sayap sendiri... Tapi tak bermakna abaikan ibu bapa selepas kahwin... 

Minta maaf jika apa aku coretkan ni ada yang terasa... Aku tak kata kat sapa-sapa sebab aku tahu anda ada sebab dan alasan sendiri... Tapi fikir-fikirkanlah... Kita ada hati dan akal untuk berfikir yang terbaik.. Banyakkan doa mohon pertolongan dari Allah... Hanya Allah tempat kita bergantung dan mohon pertolongan... Moga Allah permudahkan urusan kita semua...

16Ulasan

  1. ibu ni memang nak aje jaga cucu, tapi biarlah time ni dia rehat pulak...dah banyak tenaga mereka keluarkan.

    datang isi tabung

    BalasPadam
  2. Akak pn mtk tlg ibu n ma, mertua tlg tgkkan anak...namun akak bnasib baik..keje fleksi...tp mmg hnya waktu bkeja je..blk je kita uruskan smula anak kita.. sabtu ahad pn kita uruskan... mmg kalau bole xnk susahkan tp mak2 sndiri nk jaga..syukur mak2 kak wid masih kuat...namun kak wid dh riki2 dh skola2 yg trus jaga anak kita skali..mgkin tahun dpn leh la krgkan penat dorg..huhu

    BalasPadam
  3. Salam sis.. kesin plak kat mak ayah klu mcm tu.. isk! tak terfikir lah nak buat..
    suami sy tak galakkan sy nak letak anak kat Mak, sebab kesian kat mak, sebab dah tua kan.. bukan masa nak jaga cucu...masa utk mrk berehat..sesekali tolong jagakan boleh lah.. jaga kekal tu idak lah..

    BalasPadam
  4. ada jugak rakan yang mempunyai perangai yang sama macam nie...kesian mak pak mereka,

    BalasPadam
  5. bagus cerita nie cikgu.. mak selalu tengok dilema wanita nie.. moga ada kesedaran kepada pihak2 tertentu

    BalasPadam
  6. pernah tengok drama di tv 1 tau..lebih kurang mcm ni jugak..bg nenek, atok jaga cucu sebab dpt bg duit sikit..pastu diorg laki bini syok je melancong sana sini..bila mak ayah diorang nasihat, cakap pulak mak ayah tu berkira..emm..mcm2..

    BalasPadam
  7. Dulu mereka masih muda dan kuat dah jaga kita, sekarang mereka dah tua dan tenaga pun dah tak berapa nak kuat.......kena jaga cucu pulak ???
    Itu tanda anak yang tak sayangkan dan tak kesiankan mak bapak sebenarnya.

    BalasPadam
  8. betul tu Maria..seelok-eloknya hantar anak ke nurseri yang ada reputasi yang baik, takpun pada suri rumah yang boleh kita percaya. tapi, saya pun belum kahwin lagi, tau cakap je.huhu

    BalasPadam
  9. Agak² lah. Weekend pon soh mak pak jaga memang melampau.

    BalasPadam
  10. anak itu amanah Allah kepada ibu bapa . maka ibu bapalah yg perlu menjaganya ... berdosa seorg anak yg dgn sengaja menyuruh ibu bapa menjaga anaknya ...

    BalasPadam
  11. kisah ni juga pernah terjadi kat depan mata yumida
    maknya yg jaga anak, even dia bekerja, tp lepas balik kerja, tugas jaga anak2 masih di bwh emaknya, bagi cucu mkn, buat susu botol cucu, tidurkan cucu kat buaian, iron baju 3 org cucu, iron baju si anak td berserta bj suaminya. cuci baju sekolah 3 org cucu berserta kasut sekolah. org yg melihat pulak rs penat, kesian. mereka..dek terbiasa, tiada rasa apa2.

    BalasPadam
  12. Entri yg bagus Maria. .
    Anak2 x perlu lah mengambil kesempatan di atas kebaikan ibu bapa...berilah mereka peluang utk berehat dan menikmati hari2 tua...

    BalasPadam
  13. Betul tu Maria. Ibu bapa bukan hamba kita... dah penat mereka jaga kita dari kecil. Kita dh besar, dah kawen, nak suruh jaga anak2 kita pula... kesian ibu bapa kita tu... Tapi jika atas sebab tertentu takpe la sementara... Akak tak pernah suruh ibu bapa jaga anak2 sebab lesiankan mereka dah tua dan tak sampai hati nak susahkan mereka

    BalasPadam
  14. Akak dr dulu memg jge ank ank sndri...tp adik akak yg kedua tpkse bg mama akak jge sbb die keje hkl,suami keje lumut..die kt kl tgl kt bilik sewa...setiap ujung mggu die balik....tp mama akak rela sbb phm situasi die..

    BalasPadam
  15. anak-anak saya juga dijaga oleh mak dan abah saya
    tapi saya tak pernah mengambil kesempatan
    saya bagi mereka duit lebih dari sepatutnya
    sebab saya tak anggap mereka sebagai pekerja saya

    saya percaya rezeki saya hari ni sebab mereka
    anak saya selamat sebab mereka
    kebahagian saya juga sebab mereka
    so saya tak pernah berniat membebankan
    saya kerja pun sebab membantu mereka

    BalasPadam
  16. Kdg2 mmg ramai ibu bapa yg volunteer nak jaga cucu, secara psykologi dia org rasa sihat sbb ada jiwa muda yg dpt dilayan... tp itu tidak bermaksud kita sewenang2nya mengambil kesempatan ke atas mereka. Sikit2 oklah, tp klu dah mcm jadi pengasuh mmg melampau...

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ