GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Resepi: Muffin Nestum Coklat

Selepas hantar suami pergi kerja, masa untuk layan anak-anak... Pepagi gini melayan diorang tengok tv di TViQ aje...

Rancangan Kids Detective antara rancangan kegemaran si kakak...sekali dalam rancangan tu ada pula pasal kek... Apa lagi, umi... Kakak nak kek, umi masak la kek... Muhahaha... Memula pujuk la juga... Sebab takde idea ni nak buat kek... Tapi setelah kakak merayu-rayu akhirnya aku mengalah... Layankan juga permintaan si kakak...

Maka mulalah tung tang tung tang di dapur. Mudah aje nak sediakan muffin nestum ni... 

Bahan-bahannya (sukatan ni untuk 6 biji muffin sahaja, jika nak buat banyak tambah la ea):
  • 100gm marjerin (aku guna planta aje)
  • 50gm gula kastor/gula halus
  • 1 sudu kecil madu ( tak nak letak pun tak pe)
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 1 biji telur saiz A
  • 50gm nestum
  • * 150gm tepung gandum - diayak bersama 1 sudu baking powder da
  • * 1 sudu baking powder
  • * 2 sudu besar tepung jagung
  • [* diayak bersama]
  • 2 sudu besar serbuk coklat
  • 3 sudu besar susu tepung yang dibancuh pekat bersama air suam / kalau guna susu cair atau susu segar pun boleh 
  • coklat urai/cip coklat untuk hiasan
Cara membuatnya:
  1. Panaskan oven suhu atas bawah 180 darjah selama 15 minit.
  2. Pukul marjerin dan gula halus hingga kembang.
  3. Masukkan esen vanila, dan pukul rata.
  4. Masukkan telur perlahan, dan pukul lagi hingga sebati dan kembang.
  5. Kemudian masukkan nestum dan pukul dengan kelajuan perlahan.
  6. Pabila sebati, masukkan pula tepung yang siap ayak tu diselang seli dengan susu, pukul hingga adunan sebati.
  7. Kemudian, masukkan serbuk coklat dan pukul lagi dalam 2-3 minit dengan kelajuan minima.
  8. Dah sebati semua, boleh la dimasukkan dalam acuan muffin (sapu marjerin dulu pada acuan tu ea), kalau guna cawan kertas pun boleh... lagi mudah...dan nampak cantik.
  9. Hiaskan dengan coklat urai atau cip coklat.
  10. Bakar dengan suhu 180 darjah selama lebih kurang 25 minit.
Kek cawan atau muffin ni aku ambil dari web myresepi.com. Tapi aku olah sendiri kuantiti dan bahan tambahan tu... Kalau korang nak sedap boleh juga tambah kismis atau cip coklat dalam adunan sebelum dituang dalam acuan... mesti anak-anak suka.. 

Selesai masak, tak sabar-sabar si kakak nak makan... Alhamdulillah menjadi.. Muffin ni lembut dan lembap. Aku guna sebiji telur sebab tak nak bau telur sangat, nanti muak... Tapi bau coklat cukup menyengat... Aku guna serbuk coklat vanhouten.. memang sedap baunya... dan sedap rasanya... 

Sesiapa yang mencuba dipersilakan mencuba... Meraikan anak-anak dimusim cuti sekolah.. bukan selalu kan.. Selamat mencuba... :)



34Ulasan

  1. emmmm...baik makan muffin coklat ni dari dok pening fikir pasal cadbury..hehe

    BalasPadam
  2. maria nak sikit, balik kerja akak singgah... muahahahaha...

    BalasPadam
  3. Mudah jer ye Maria.. cepat lah dak kakak dapat makan tu.. yummy :)

    BalasPadam
  4. wahh...sedapnya.. boleh buat gak nti ni.. anak dah pandai request, mesti lah buat, kan...:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sekarang ni dh pndai request macam2... Maka kena la rajin...

      Padam
  5. serbuk vanhouten jadi pilihan saya jugak..best kan cuti sekolah..he3

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah.. Hbiskan masa dgn anak2 dan klrga...

      Padam
  6. Nak copy resipi.. In shaa Allah, nanti nak try!

    BalasPadam
  7. Nampak sedapp ..Bolehcuba nuat untuk anak2 nie..Tq Maria sudi kongsi resipi ni ..

    BalasPadam
  8. eh nak buat jugalah nanti
    kalau mood rajin sampailah...hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe... Mmg dh..klu nk msk mmg kna tggu mood juga...

      Padam
  9. nampak macam sedap jer...hehehe

    Regards,
    -Strider-

    BalasPadam
  10. Tengok ni time hujan2 petang mmg sungguh menyelerakan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe... Hujan-hujan.. Tgk mknn pe pun sedap kn...

      Padam
  11. Nampak macam senang ea, maria?
    Seswai utk orang yang malas masak macam Shikin.

    BalasPadam
  12. anak anak kalau nak mkn sng aje kan.order je dgn umi.. umi pon sronok kalau dpt buat, anak makan kan.. :)

    a’aahh.. x sabarnya lahai..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Huhu... Teruskan usaha dan berdoalah... Insha Allah ada rezeki tu nanti. Allah tahu yg terbaik...

      Padam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ