Petua Melembutkan Tapak Tangan

Maria Firdz
21

Bagi suri rumah, yang selalu buat kerja rumah, selalu memasak lama-kelamaan pasti kulit tangan mudah rosak, kasar dan boleh jadi kematu tapak tangan. Tak seronok tapak tangan jadi kasar. Nak salam dengan orang pun rasa segan kan... Ada petua mudah untuk lembutkan tapak tangan. 

1. Kelapa
Selepas perah santan, jangan dibuang hampas kelapa parut... Pabila selesai masak, atau buat kerja rumah, gosokkan tangan dengan hampas kelapa parut... Amalkan selalu, insha Allah tangan tak mudah nak jadi kasar dan kematu.

2. Teh
Serbuk teh yang telah digunakan, jangan dibuang. Amalkan gosok tapak tangan dengan hampas serbuk teh. Amalkan setiap malam sebelum tidur. Gosok dengan lembut dengan hampas teh dalam 5-10 minit sebelum dibilas. Amalkan selalu... insha Allah berkesan.

3. Minyak kelapa
Cara paling mudah... Cari aje minyak kelapa dan amalkan menyapu minyak kelapa pada tapak tangan setiap kali lepas buat kerja.

4. Minyak zaitun
Sama macam minyak kelapa, amalkan sapu minyak zaitun setiap hari... insha Allah, kulit sentiasa licin dan tak mudah kematu.. 

Ini beberapa petua mudah yang boleh diamalkan. Aku kurang gemar pakai losyen sebab kita tahukan losyen kebanyakkan ada bahan kimia yang mungkin ada kesan sampingan masa akan datang jika amalkan secara kerap. Untuk anak-anak dan bayi pun aku amalkan sapu minyak zaitun sahaja, tak pakaikan losyen ataupun bedak talkum... bukan apa... Apa yang Allah jadikan secara semula jadi itu pasti lebih banyak manfaat berbanding yang sumber yang telah diproses. Opss.. ini sekadar pendapat dan perkongsian. Terpulang kepada individu masing-masing... Bagi yang nak mencuba petua-petua ni... dipersilakan... aku hanya berkongsi... moga bermanfaat.. 

Catat Ulasan

21Ulasan

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ

  1. saya dulu suka amalkan y no.1 tu..memang berkesan..rajinkan lah memerah santan..he3..
    tp sekarang ni selalu guna santan kotak..

    BalasPadam
  2. Kita selalu guna minyak zaitun..sebelum tidur especially

    BalasPadam
  3. wahh macam tu ke.. tapi lelaki tangan lembut ? oh no

    BalasPadam
  4. Baru tahu serbuk teh pun boleh melembutkan kulit tangan. Selalunya guna losyen bayi je...

    BalasPadam
  5. tp kn ada org kt kalu lembut tapak tangan tu means pemalas heheheheh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe.. Lpas khwin kna juga amalkn petua ni.. Yg belum khwin mmg kna kata gtu la ..

      Padam
  6. menarik petua-petua ni.sebab dah puas guna macam-macam losyen tak lembut jugak..thanks for sharing :)

    BalasPadam
  7. Banyak petua ni ..Boleh la ikut mana yang patut ...
    Nanti boleh ler lembutkan tangan dgn petua2 lama nie ,..
    Tq Maria sudi berkongsi

    BalasPadam
  8. saya selalu juga perah santan tu
    tak pernah tahu pula petua ni
    ari ni cadang nak masak lemak, boleh amalkan ni =)

    BalasPadam
  9. Nak try guna teh nanti la :) thanks share kak

    BalasPadam
Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !