Panduan Ibu Menyusu di Bulan Ramadhan

Maria Firdz
10
Bulan puasa dah makin hampir. Bagi ibu yang menyusukan anak pasti risau bagaimana nak meneruskan puasa sebab ibu menyusu memang cepat letih dan lapar. Dan ada yang berfikir susu akan kurang jika berpuasa. Walaupun dalam Islam membenarkan ibu menyusu berbuka puasa, namun kita wajib berpuasa jika tak mampu barulah diharuskan berbuka. Berikut beberapa panduan untuk ibu menyusu ketika bulan Ramadhan.

1. Bersahur
Bagi ibu menyusu, jangan miss untuk bersahur setiap hari. Lewatkan sahur juga merupakan sunnah yang banyak fadhilatnya. Sebagaimana Sabda Nabi s.a.w; “Sebaik-baik sahur orang mukmin ialah tamar.” [HR Abu Daud, Ibn Hibban & al-Baihaqi]. Dalam buah kurma/tamar banyak manfaat dan keberkatannya… Jika tak sempat nak makan nasi pun, selawat dan makan 3 biji kurma dan minum air kosong dua gelas, insha Allah cukup untuk membekalkan tenaga dan susu sepanjang hari. 

2. Solat dan Berdoa
Apa-apa yang kita buat, jangan lupa minta pertolongan dari Allah, moga Allah permudahkan urusan untuk kita menyusukan anak kita. Doalah moga Allah kurniakan rezeki untuk kita dan anak kita. Doa adalah senjata bagi orang mukmin… Doa…doa.. dan terus berdoa… 

3. Menyusukan anak
Susuilah anak secara kerap dan lebihkan diwaktu malam, sebab kita boleh recover balik denan minum air. Untuk mengumpul stok EBM, amalkan buat tendem nursing (menyusu dan mengepam serentak), kerana cara ini lebih meningkatkan produktiviti susu. 

4. Minum Air
Minum air secukupnya. Amalkan air kosong dan bukan air sejuk atau berais kerana air berperisa dan ais membuatkan badan kita lemah dan bukan untuk cover tenaga kita yang hilang. 

5. Jangan stress
Jangan tertekan dan memaksa diri. Jangan terlalu banyak berfikir. Kena tenang dan relax serta banyakkan doa dan zikir sebagai penenang diri. Stress akan menyebabkan susu 'malu' nak berhasil. Cuba dapatkan rehat yang mencukupi dan sentiasa tenangkan diri. 

Tips Menyusu Ketika Berpuasa
  • Minum air secukupnya. 3 liter atau 8 gelas sehari.
  • Minum susu, jika tidak minum susu gantikan dengan sumber kalsium yang lain seperti keju dan yogurt.
  • Bersahur, jangan terlepas sahur.
  • Makan kurma kerana di dalam kurma banyak fadhilat dan keberkatan. Insha Allah.
  • Makan buah dan sayur. 
  • Amalkan madu kerana madu lengkap dengan nutrisi dan pembekal tenaga sepanjang hari.
  • Elakkan minuman bikarbonat dan berkafein tinggi seperti the dan kopi. 
  • Mind set! Jangan fikir susu sikit. Yakin dan yakin serta berdoalah moga dipermudahkan urusan penyusuan. 

Moga dipermudahkan urusan ibu-ibu menyusu semua... Lets prepare for Ramadhan... Insha Allah, niat yang baik dan murni pasti Allah akan permudahkan... 

Catat Ulasan

10Ulasan

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ

  1. thanks for the tips...

    #terima kasih sudi join... blog ini tersenarai di http://www.mialiana.com/2014/06/senarai-url-blog-5.html

    BalasPadam
  2. wah.. bagus ni.. sesuai untuk mereka yang memerlukan info2 macam ni.. tq

    BalasPadam
  3. dah rasai pengalaman ni tahun lalu..tahun ni meneruskan perjuangan..Insyaallah takde pape..Allah bantu org yg berjuang menunaikan hak anak mereka..:)

    BalasPadam
  4. Info yang berguna untuk ibu2 menyusu amalkan pada bulan Ramadhan yg bakal menjelang nanti ..

    BalasPadam
  5. ni tahun kedua CN berpuasa sebagai ibu yang menyusukan anak, insyaAllah boleh !

    BalasPadam
  6. hopefully mereka yang menyusukan anak diberikan kekuatan =)
    ramadhan just around the corner
    tak sabar ni =)

    BalasPadam
  7. Tips yg bagus dan berguna utk para ibu yg menyusukan

    BalasPadam
Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !