Melatih Diri dengan Sifat Syukur!

Maria Firdz
11
Cemburu itu fitrah, namun perlu dikawal dengan iman... Melihat orang lebih dari kita membuatkan kita rasa cemburu. Merasakan diri kita lebih dari orang lain itu riak... 

Diri perlu dilatih supaya rasa syukur dengan apa yang ada... Berdoa supaya merasa cukup dengan nikmat kurniaan Allah... 

Caranya cukup mudah... Lihatlah orang yang kurang dari kita! Jangan melihat orang yang lebih dari kita. 

Orang yang bawa kereta sedan, lihatlah orang yang bawa kereta kompak. Orang yang bawa kereta kereta kompak, lihatlah orang yang bawa motosikal, orang yang naik motosikal lihat orang yang bawa basikal, orang yang bawa basikal, lihat orang yang jalan kaki, orang yang jalan kaki lihat orang yang tidak berkaki... Itulah cara merasakan diri ini bersyukr dengan apa yang ada.

Tatkala merasa lelah melayan anak-anak, renungkan bahawa berapa ramai yang menanti untuk dianugerahkan anak, orang yang tiada anak lihat pula orang yang tiada pasangan dan jodoh lagi... 

Begitulah cara melatih diri untuk bersyukur... Lihat orang yang kurang dari kita.. Bukan orang yang lebih dari kita... 

Syukurlah dengan apa yang ada..kerana semuanya hanya pinjaman sementara... 
Syukur bukan sekadar ucapan Alhamdulillah tetapi perlu dizahirkan dengan perbuatan dan taat perintah Allah dan Rasul... 

Moga kita jadi orang yang sentiasa bersyukur... 

Catat Ulasan

11Ulasan

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ

  1. alhamdulilah..bersyukur dengan nikmat allah.

    BalasPadam
  2. thanks atas perkongsian Maria...manusia ni memang tak pernah puas..dah ada nak lebih lagi..huhu

    BalasPadam
  3. tu la. kadang2 kite sendiri terlupa nak bersyukur dengan keadaan keliling. insyaALLAH same2 praktikkan.

    BalasPadam
  4. indeed true. kalau kita sering lihat orang yang atas daripada kita, nanti timbul perasaan cemburu yang tak berkesudahan maka rasa syukur pun hilang dalam diri

    BalasPadam
  5. Aamiin.. semoga kita semua sentiasa bersyukur dan tergolong dikalangan org2 yg diredhai Allah swt... aamiin.

    BalasPadam
  6. amin maria..moga shida tergolong dgn golongan org yg sntiasa bersyukur :)

    BalasPadam
  7. InsyaAllah..moga kita tergolong dikalangan hamba2nya yg sentiasa bersyukur...amin !:)

    BalasPadam
  8. erm, kadang-kadang diri ni terlupa pasal erti kesyukuran... thanks for reminder..

    BalasPadam
  9. masih berlatih dan berlatih sentiasa bersyukur

    BalasPadam
Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !