Makanan Yang Boleh Elakkan Mengantuk! | Haishhh,,, petang-petang macam ni, dok dalam bilik berhawa dingin dengan suasana suram da hujan renyai-renyai di luar, membuatkan mata kuyu dan terasa seolah-olah tilam dan bantal memanggil-manggil...
Terbayang-bayang selimut tebal di rumah kan... haha... dah... cukup! jangan dok bayangkan ok... Sini aku nak kongsi beberapa jenis makanan dan minuman yang boleh elakkan mengantuk... Lepas ni, standby makanan ni kat tempat kerja, tak pun buh je dalam beg tangan atau beg sandang...
sumber: google images |
Mengantuk boleh terjadi kerana badan kurang mendapat rehat yang secukupnya.
Keadaan lain yang boleh menimbulkan seseorang itu mengantuk juga ialah kerana kekurangan oksigen di dalam darah untuk sampai ke otak. Sekaligus ini juga penyumbang anda sering rasa mengantuk.
Ini MF kongsikan makanan dan minuman yang boleh ambil sebagai langkah atau ubat untuk atasi mengantuk.
Makanan pedas
Makanan ini boleh mengurangkan rasa mengantuk tetapi pengambilannya perlulah dikawal kerana makanan ini boleh juga mendatangkan kesan lain terutama bagi anda yang tidak tahan pedas. Berikan sedikit rasa pedas di dalam makanan boleh merangsang perjalanan darah dan membuat kita tetap segar.
Air putih
Air putih mampu mengelakkan tubuh dari dehidrasi sehingga dalam sekejap waktu selepas meminumnya, rasa mengantuk akan hilang. Cubalah terus minum air putih sebaik bangun daripada tidur dan anda akan merasa kesegarannya.
Epal dan tembikai
Makan epal dan tembikai yang segar serta manis boleh menyegarkan diri, bermula dari mulut, kerongkong, otak dan sehinggalah se seluruh tubuh. Selain megandungi vitamin, buah-buahan ini enak dinikmati sebagai snek menyihatkan.
Asam atau makanan masam
Makanan masam seperti lemon, asam atau limau membantu memberikan Vitamin C. Selain itu, sensasi rasanya yang masam akan membuatkan anda berasa segar.
Coklat hitam
Pilih coklat hitam untuk menghilangkan rasa mengantuk. Coklat hitam boleh meningkatkan semangat kerana coklat meningkatkan hormone yang boleh menenangkan diri. Namun, awas! Hindari coklat yang tinggi pemanis tambahan.
Sumber: Karangkraf
Normally makanan asam menjadi pilihan... Asam jeruk buah atau jeruk kering jadi pilihan... slurrppp... sedapnya kalau pekena jeruk Pak Ali deh... Menarik jeruk Pak Ali tu kan...
Sedikit petua untuk kesihatan perut anda: Lepas makan jeruk atau buah masam seperti buah pelam, jangan terus minum air... nanti tak pasal-pasal berulang alik ke "bilik menung"...
kalau kat opis nie, air putih tu memang standby atas meja..tapi kalau ngan ngantuk saya selalu beli pape yang boleh dikunyah..tapi lepas nie dah tau dah apa nak beli..hehehe
BalasPadamRegards,
-Strider-
Hehe.. Air putih pun kdg2 x berkesan kalau ngntuk sgt..
Padamcoklat..yummy
BalasPadamNyum3... Hehe
Padamkalu Ayu..suka makan asam...hilang ngantuk..but kejab jer la..jab kang ngantuk balik
BalasPadamBetul.. Asam pun blh hlgkn.. Mmg kejap.aje la.. Kna buat keje smbil makan agaknya..
Padamthanks for sharing..:)
BalasPadamSama-sama cik.nor...
Padamwaaahhhh.. bab coklat hitam tuu zara baru tahu ! thnks tauu =D
BalasPadamHehe... Sama-sama...
PadamAir putih paling senang nak dapat..heee..kalau mengantok dalam kelas dulu mesti minum air :)
BalasPadamBetul... Kira minum air... Lpas tu asyik ke toilet aje...
PadamTq berkongsi info.. bagus ni..petang2 mmg ngantuk..hehe
BalasPadamSama-sama... Tahu dah... Heeh
PadamWaaa sebut bab2 jeruk ni maria..kecur air liur huhuhu..
BalasPadamHehe... Tindakan reflect tu...
PadamSama la..saya pon air putih or asam la akan jadi pilihan kat ofis.. Nak makan nasi lemak kang bos konfius lak.
BalasPadamHahha... Nasi lemak bertmbh ngtuknya...
PadamOooo air masak pun boleh hilang ngantuk ya...Hmmm..ingatkan coffee aje..
BalasPadamAir masak mmg bgus utk oksigen ke otak...
Padamcoklat dan makan pedas memang N suka.. nyum nyum.. thanks for info
BalasPadamKpd sesetengah org, bila makan pedas banyak boleh kacau ketenteraman perut pulak hehee
BalasPadamAsam memg leh ilang ngantuk...
BalasPadamasam ler hilang mengantuk..
BalasPadamRamai jugak patient yang dating klinik mtk ubat hilangkan ngantuk. Memang xde..saye x dapat nak tolong. Saye cuma nasihat exercise untuk lancarkan blood circulation so that enough oxygen yang sampai ke otak. Di samping tu, makan balanced diet & better top up with supplement.
BalasPadamhttp://drshikinzainal.blogspot.com
Tips yg berguna . Kalau kat opis ngantuk paling tidak minum air putih . Tak pun makan coklat mentos
BalasPadamkalau dapat amakan benda pedas..panas2..segar trus bdn...hehe
BalasPadam