Cuti ssekolah bermula, maknanya ramailah yang ambil kesempatan untuk adakan majlis kenduri. Macam-macam kenduri dam paling banyak kenduri kahwin. Aku ada juga terima jemputan tapi melalui facebook aje lah. Mak aku cakap, kat kampung pun banyak juga kenduri. Apa hukum kita pergi jemputan majlis atau kenduri?
Ibnu Mas'ud meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda maksudnya: Apabila seseorang kamu dijemput kepada jamuan makan hendaklah ia menghadirinya. Jika ia tidak berpuasa hendaklah ia makan dan jika ia berpuasa hendaklah ia berdoa untuk keberkatan yang menjemput. [HR at-Tabrani]
Huraian Hadith:
Hukum memenuhi jemputan ke majlis atau jamuan adalah wajib sekiranya tiada perkara-perkara maksiat di dalamnya dan tiada keuzuran syar'ie kerana ia adalah satu daripada hak-hak Muslim. Walau bagaimana pun kewajipan memenuhi undangan tersebut juga bergantung kepada syarat-syarat yang tertentu. Antaranya orang yang dijemput tidak mempunyai keuzuran yang akan menghalangnya dari menghadiri undangan tersebut dan dalam majlis tersebut tidak ada perkara mungkar seperti disediakan minuman arak, mengadakan majlis tari-menari, alunan dari alat-alat atau bunyi-bunyian yang haram dan sebagainya. Jika didapati majlis tersebut mengadakan acara yang mungkar maka gugurlah kewajipan untuk menghadiri majlis tersebut.
Ada terdengar dalam kuliah ustaz Azhar Idrus, memenuhi jemputan sekadar pergi makan, lepas tu balik... Jika kita join sekali majlis tarian, bergambar dalam keadaan si pengantin perempuan tidak tutup aurat dengan sempurna, atau tabarruj secara berlebihan, maka kita turut berdosa...
Tapi kalau kenduri tahlil, kenduri doa selamat wajib hadir jika takde keuzuran, sebab dah sah-sah majlis tu untuk ibadat dan keagamaan...
Dan ustaz aku pernah juga pasal ucapan Insha Allah pabila terima jemputan... Ucapan insha Allah tu hanya digunakan dengan niat kita hendak pergi, tapi andai kata kita tak nak pergi atau tak boleh pergi, tak boleh guna insha Allah. Sebaliknya kena berterus terang dengan orang yang menjemput tu, alasan kita dapat hadir... Tak boleh guna insha Allah... Sebab insha Allah maknanya dengan izin Allah kita akan pergi jemputan tu...
oh macam tu ke..selalu jawab Insha Allah dekat kenduri yang jauh-jauh sebelum ni walaupun tahu tak dapat pergi..huhu
BalasPadamItulah biasanya gitu.. Tpi rupanya. Blh ckp gtu...
PadamDah cuti sekolah ni memang banyak jemputan makan-makan. Kalau berpeluang memang akan cuba pergi. Tapi selalunya bila orang menjemput, saya menjawab 'Insya Allah' memang dengan niat hendak pergi kalau diizinkan tapi mungkin last minute tak dapat nak memenuhi jemputan, tak apakah agaknya kalau gitu...
BalasPadamDgn niat nk pergi tu takpe... Sbb kita tak tahu apa akn jadi kan...
Padamalhamdulillah.. satu lagi ilmu baru.. terima kasih.. :)
BalasPadamSama-sama...
Padamtq for sharing. yup, banyak betul jemputan kawen hujung minggu.
BalasPadamBetul tu MF...cuma kadang tu tak dapat pergi...kesian depakan kalau dah masak, ramai pulak yg tak datang...
BalasPadamItulah... Jadi wajib hadir kalau dpaat hadir..
PadamAkak selalu ckp kalo xde aral akak dtg...kalo de aral akak xdtg
BalasPadamSebaiknya gtu lah kan...
PadamBila ada yang jemput kita kenalah pergi sebagai menghargai jemputan oranng .. Cth majlis kawin dan kenduri kendara,,
BalasPadamBetul tu.. Meraikan jemputan...
Padampernah juga bacan pasal ni
BalasPadamapapun thanks ye =)
Sama-sama..
PadamT kasih atas peringatan ini pn Maria..
BalasPadamOo..thnks yae. Boleh la pergi majlis raya tu wlaupun puasa nnt
BalasPadam