GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

4 Jenis Sahabat Yang Harus Dijauhi!

Dalam persahabatan kamu akan berjumpa dengan macam-macam jenis sahabat. Ada yang baik dan ada yang sebaliknya. Ya, memang sukar untuk kita nilai mereka kerana adakalanya tidak semua yang kita sangkakan benar-benar terjadi. Betul tak ?

Tapi, kata orang, bila kita dah kenal siapa kawan kita, kita akan akan tahu sikap sebenar si dia. Masa itulah kita harus bijak memilih jenis persahabat macam mana yang sesuai kita jalinkan bersamanya.

Oleh itu, ketahuilah 4 jenis sahabat yang harus kamu jauhi.

Sumber: google 
1-Si pengatur hidup
Kawan seperti ini akan membuatkan kamu rasa di kawal dan di kongkong. Individu seperti ini tidak boleh melihat kamu lebih daripada dirinya. Bila bergaduh, golongan ini akan menjadi individu yang paling mempunyai ego yang tinggi.

Sebagai langkah paling penyelesaian jangan sesekali cuba berbalah dengan mereka. Tiada gunannya kerana mereka sukar menerima kekalahan. Sebaiknya cuba carik jalan untuk mengatakan tidak pada sesuatu yang kamu tidak setuju. Beritahu padanya kamu juga ada penderian hidup, kamu berhak buat keputusan dalam hidup.

2-Profesor serba tahu
Ceritalah tentang apa sahaja, pasti si dia tahu juga. Individu seperti ini seorang yang bersifat angkuh. Dia akan sentiasa cuba tunjukan kebodohan kamu dan menampakkan dia pintar dan berpengalaman. Hati-hati silap hari bulan si dia sentiasa ada cara untuk malukan kamu.

Cara tangani kawan seperti ini adalah dengan cara “dengar boleh, percaya jangan!”. Buat-buatlah setuju kemudian ubah topik dengan segera supaya kamu kelihatan tidak berminat mendengar cerita kosongnya itu. Lama kelamaan si dia pasti akan sedar dengan kelemahannya.

3-Si pengeluh
Kerjanya asyik mengeluh sahaja. Baik cerita tentang kawan-kawan, musuh, makanan, bau dan apa sahaja yang boleh di jadikan bahan si dia akan sentiasa mengeluh. Sekali sekala memang simpati tapi lama kelamaan ia akan membuatkan kamu penat dan lelah mendengar keluhannya.

Langkah penyelesaian, jangan mulakan perbualan dengannya dan jangan mudah bersimpati dengannya. Jika ia berlebihan dengan tegas tegur si dia dan katakan keluhannya itu agak berlebihan.

4-Si talam dua muka
Golongan ini sangat pandai berlakon dan berpura-pura. Di depan bukan main si dia bercakap, segalanya baik sahaja. Sekali di belakang, dialah musuh pertama kita. Siap bercerita buruk tentang kita lagi. Lagi menyakitkan tanpa bersalah dia cerita segala rahsia kita pada orang lain.

Cara tanganinya ialah jangan sesekali bercerita tentang rahsia atau apa-apa maklumat sulit padanya. Elakkan keluar berdua-duaan dengan si dia. Golongan seperti ini kamu tidak boleh meletakkan kepercayaan 100% kerana tidak semua yang dia katakan benar dan ikhlas.

Tak dinafikan, memang dalam kehidupan sehari-hari memang ada rakan kita sebegini... memang kena hati-hati dengan 4 jenis orang/kawan ni... Apa pun jangan musuhi, sebalik doakan moga sahabat sebegini berubah ke arah yang lebih baik. 

13Ulasan

  1. Harap saya tak tergolong dalam 4 group di atas. Semoga saya sentiasa disenangi kawan2 semua.

    BalasPadam
  2. tepat sangat dengan seorang kenalan ni. Alhamdulillah, Allah jauhkan kami sekarang

    BalasPadam
  3. Insya Allah kita semua tak tergolong dalam 4 golongan ni..huhu

    BalasPadam
  4. banyak jupe yg no. 4 tu. harap2 kite xtergolong seperti atas tu.

    BalasPadam
  5. Lya tak nak tergolong dalam golongan kat ats tu ..mintak jauh ..

    BalasPadam
  6. paling tak suka talan dua muka.huhuhu.
    sngt sedeuy kalau dpt kawan sebegini..

    BalasPadam
  7. no4 pling truk skali ..mintak jauh jdi kwn mcm ni

    BalasPadam
  8. harap djauhi kawan2 cmni dan dijauhi gak shida dgn sifat cmni..amin..

    BalasPadam
  9. Letih klu ada kawan atau jumpa dgn org yg mcm tu hmmm

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ