GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

6 Tips Hilangkan 'Moody' Di Pagi Hari!


Bangun pagi dah masam mencuka...tambah-tambah musim cuti kan.., memang lesu nak bangun pagi...Ini da beberapa tips untuk naikkan 'mood' di waktu pagi...

Tips Hilangkan 'Moody' Di Pagi Hari!
Tips Hilangkan 'Moody' Di Pagi Hari

1-     SIAPKAN PAKAIAN

Sebelum tidur, siap sediakan pakaian yang bakal dipakai esok hari. Jika ia perlu di gosok, lakukan di waktu malam.

Jangan buat keesokan pagi kerana jika terjadi kes-kes kecemasan seperti baju terbakar atau terkoyak ia akan membuatkan mood kamu bertukar menjadi negatif dan akhirnya akan membuatkan kamu rasa masam dan tidak ceria.

Kalau perempuan, boleh siap-siap tudung tu... jangan biarkan mood tudung selari dengan mood anda... haha... Perempuan, tudung tak jadi pun boleh moody sepanjang hari.😂😂😂

2-     CHARGE ALATAN ELEKTRONIK

Ambil semua alatan elektronik seperti telefon bimbit, portable wifi, ipod, ipad dan apa sahaja alatan yang ada dan cas ia sehingga bateri penuh.

Ini kerana secara psikologi, apabila kamu bangun dan kamu lihat bateri telefon atau apa sahaja alatan gajet yang ada dalam keadaan full energy akan membuatkan minda kamu terasa positif dan lebih bersemangat untuk mulakan hari.

Elakkan cas waktu malam sebelum tidur. Membazir elektrik, berbahaya dan menjadikan bateri cepat 'kong'.

3-     BUAT LIST TO-DO

Untuk mengelakkan rasa tertekan di pagi hari memikirkan apa yang harus kamu lakukan, apa kata buat senarai pekara yang perlu kamu lakukan supaya memudahkan kamu menyelesaikannya. Malah secara tidak langsung ia akan mengaturkan waktu kamu dan tidak menyebabkan kamu terlupa.

Plan apa nak dibuat sepanjang hari, supaya tak kelam kabut dan lebih tersusun. 

4-     SENYUM

Sebaik sahaja kamu buka mata, cuba senyum sambil mengeliat.

Pekara ini dapat membuatkan kamu teringat pekara-pekara yang indah dan secara tidak langsung akan membuatkan semangat positif mula timbul dalam diri.

Jadi elakkan bangun dalam keadaan terpaksa dan muka ‘ketat’ ya! 😉

5-     MANDI SAMBIL MENYANYI

Sewaktu sedang mandi, tiada salahnya jika kamu menyanyi. Tak perlu kuat-kuat cukuplah sekadar hanya kamu sahaja yang mendengarnya sambil menari sedikit. Jangan malu, tiada siapa yang akan nampak! Bukan apa, ia akan membuatkan lebih segar dan bersemangat untuk terus bersiap. Tak percaya ? Cubalah!

6-     PASANG LAGU KEGEMARAN

Sedang bersiap-siap untuk ke pejabat / kampus, cubalah sesekali pasang radio atau putarkan lagu-lagu kegemaran di ipod kamu. Hasilnya sama seperti kamu mandi sambil menyanyi.

Tengok cerita P. Ramlee, sebelum pergi kerja, pasang radio dulu... 😀.. kalau hidup berjiran jangan pasang kuat-kuat nanti mengganggu... Lain pula jadinya.

Sumber: Majalah REMAJA

TIPS Tambahan:
Niat sebelum tido untuk bangun awal pagi iaitu sebelum subuh, mandi awal, sebelum tido maafkan semua orang dan doa supaya hari esok lebih baik dari hari ini... bangun pagi tengok cermin dan senyum kepada diri sendiri... mandi, solat dan buat hobi kesukaan di pagi hari... serta ucapankan kata-kata indah kepada orang lain... cubalah, pasti harimu akan berseri... 

Doa Amalan:
Amalkan membaca surah al-Insyirah sebelum tido dan niat dipermudahkan segala urusan esok. Insha Allah, Allah akan permudahkan urusan kita dengan lapang dan mudah... 

10Ulasan

  1. Nice tips... jgn lupa ucap alhamdulillah sbb Allah masih panjangkan umur kita...

    BalasPadam
  2. mandi sambil nyanyi tu saye sukeeeee...hehe

    BalasPadam
  3. kite mmng selalu moody kalau hp low bat >.<

    BalasPadam
  4. Jngn moody2 semua.. happy & senyum2 selalu.. :) :)

    BalasPadam
  5. Moody d pg hari slalu terjadi bila bnda2 last minit nk pg tu then tak jd,bikin hot ;-)

    BalasPadam
  6. Nice sharing......mesti happy2 selalu

    BalasPadam
  7. Alhamdulillah tips yg bagus..in shaa Allah akan praktikkan lebih lebih lagi tips yg maria bg lastu tuh...

    BalasPadam
  8. tq sharing..kadang moody ni bila tak ckup tdo..hehe

    BalasPadam
  9. mandi sambil nyanyi tu best tapi dah lama x buat hehe

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ