Kita sibuk mencari produk untuk putih berseri di dunia aje.. makan pelbagai jenis produk untuk kelihatan cantik dan berseri setiap hari.. Namun itu hanya kecantikan sementara... Tetapi Rasulullah s.a.w bagi satu petua yang kita boleh kekal putih bersinar hingga akhirat. Bukan kat dunia je cantik berseri,tetapi kekal hingga ke akhirat sana... siapa tak nak kan... Ini petuanya:
Iaitulah wudhu'!
Sentiasa basahkan diri dengan wuduk... Bukan nak solat aje kita berwudhu', tetapi lazimi diri ada wudhu' sepanjang masa... Mungkin, setiap kali selepas mandi, atau selepas ke tandas kita berwudhu'... Insha Allah... niat wudhu' kerana Allah Taala, pasti ada ganjaran yang besar.
Sumber: google images |
Antara kelebihan berwudhu':
1. Boleh menghapuskan doa-dosa selagi tidak melakukan syirik.
Rasulullah saw bersabda :
“Dari Abu Hurairah berkata: telah bersabda Rasulullah saw: Apabila seseorang hamba muslim atau mukmin berwuduk maka setelah ia membasuh wajahnya, keluarlah dari wajahnya segala dosa yang telah dilihat oleh kedua matanya melalui air atau bersama titisan air yang terakhir. Ketika membasuh kedua tangannya keluarlah dari kedua tangannya bersama air atau titisan air yang terakhir. Sewaktu ia membasuh kakinya setiap dosa yang dilangkah oleh kedua kakinya bersama air atau bersama air terakhir sehinggalah setelah ia selesai berwuduk ia bersih dari dosa-dosanya. (HR muslim)”
2. Mengangkat darjat manusia.
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu:
“Sesungguhnya Rasulullah saw telah bersabda: Sukakah kamu semua sekiranya aku tunjukkan kepada kalian akan amalan yang dapat menghapuskan kesalahan-kesalahan dan mengangkat beberapa darjat kalian? Mereka menjawab: Ya, wahai Rasulullah. Maka Baginda saw pun bersabda: Iaitu (antaranya) menyempurnakan wudhu walaupun dalam keadaan yang tidak disenangi (seperti kesejukan dan sebagainya) (HR Muslim)”
3. Wudhu' dapat memberi cahaya di akhirat.
"Sesungguhnya umatku dipanggil pada Hari Kiamat dalam keadaan bercahaya wajah-wajah, tangan-tangan & kaki-kaki mereka kerana bekas wudhu (HR Bukhori & Muslim)”
4. Wudhu dapat membuka ikatan syaitan?
Ya, Rasulullah ada bersabda bahawa ikatan syaitan pada manusia akan terlerai dengan wudhu.
“Dari Abu Hurairah, beliau meriwayatkan dari Rasulullah saw, bahawa syaitan mengikut manusia ketika tidur di malam hari, dengan tiga ikatan. Kemudian Rasulullah saw memberitahu cara untuk merungkai ikatan tersebut, dalam sabda Baginda saw: Sekiranya dia (manusia) bangun (dari tidurnya), dan mengingati Allah, bebaslah satu ikatan. Sekiranya dia berwudhu pula, bebaslah satu ikatan lagi, dan sekiranya dia bersolat, bebaslah satu ikatan lagi. Maka dia akan menjadi segar dan baik dirinya. Sekiranya dia tidak melakukannya (berzikir, wudhu, dan bersolat), maka dia akan menjadi buruk dan pemalas. (HR al-Bukhari)
Inilah antara kelebihan wudhu yang pernah diceritakan oleh Baginda Rasulullah s.a.w... Tetapi saintis juga menjumpai kelebihan wudhu' dari sudut sains dan kesihatan... antaranya:
Ahli kaji saraf/ neurologist pun telah membuktikan dengan air wuduk yang menyejukkan hujung-hujung urat saraf jari-jari tangan dan jari-jari kaki berguna untuk menenangkan fikiran.
Jika diperhatikan di mana saja letak titik-titik sensitif yang sering digunakan dalam ilmu akupunktur, lalu kemudian diamati pula rukun2 wuduk. InsyaAllah kita akan menemui persamaan antara keduanya.
Itu antara petikan artikel yang aku baca, untuk artikel penuh boleh baca di SINI... sebab terlalu panjang nak dijelaskan... Moga bermanfaat, dan semoga kita kekal berseri dan putih bersinar di akhirat nanti... Jom lazimi diri dengan wudhu'.. (^_^)
Tq for sharing :)
BalasPadamSama-sama...
PadamSetuju..perkongsian berilmu..terima kasih..
BalasPadamSama-sama... :-)
Padamthanks for sharing kak..produk yang tolok bandingnya..
BalasPadamRegards,
-Strider-
Sama-sama... Sng aje kn...
PadamGood sharing Maria :)
BalasPadambesar sungguh mukjizat wudhu kan..
BalasPadaminsyaallah..
Good info Maria..thanks
BalasPadamSama-sama..
Padamtq very gd sharing ni !
BalasPadamPerkongsian yg baik untuk kita semua ..
BalasPadamTq so much .
terima kasih.. :) info yang bermanafaat
BalasPadaminsyaAllah.. ;)
BalasPadamIn shaa Allah..t kasih atas perkongsian ini...
BalasPadamInsyaAllah.. TQ berkongsi :)
BalasPadamperkongsian yang menarik
BalasPadam