Petua Mendidik Anak Soleh Solehah!

11

As salamu'alaikum sahabat tersayang. Ramai yang mohon tip kaedah didik anak menjadi soleh. Orang alim sering berpesan: Anak-anak yang nakal atau degil semasa kecil, akan menjadi orang dewasa yang bijaksana. So tukar paradigma kita tentang anak kita itu. Fikir dan kata-kata ibubapa/ guru adalah DOA YANG MAKBUL. Nabi juga berpesan: Allah bertindak seperti mana yang di fikirkan oleh hambaNya.

Di antara perkara yang kita boleh lakukan untuk bantu anak-anak menjadi insan yang soleh:

  1. Sentiasa berdoa untuk mendapat anak yang soleh. Doa itu senjata terpenting orang yang beriman.
  2. Didik anak tentang solat dan ibadah yang lain sejak kecil. Setelah beri ingatan dan amaran, wajar rotan anak yang tak solat di umur 10 thn. Ramai ibubapa yang rotan anak atas berbagai kesalahan, tapi tak sampai 10%  ibubapa yang rotan anak sebab tak solat!!!
  3. Biasakan anak mengamalkan sunnah2 harian-- makan dan minum, amalan di bilik air, amalan berpakaian, tertib belajar, pergaulan, tertib tidur, dll
  4. Pastikan anak-anak makan malam sebelum maghrib seperti yang Nabi saw sarankan supaya mudah belajar waktu malam. Makan malam lepas maghrib buat anak mudah letih dan mengantuk bila belajar. Makanan hadam sekitar 1- 1 1/2 jam selepas makan. So anak boleh belajar dengan berkesan dan fokus jika belajar 11/2 jam selepas makan malam. Pastikan anak kurang makan daging merah, banyakkan daging putih seperti ayam dan ikan. Daging merah buat anak irritable dan agresif. Pastikan mrk MAKAN BUAH-BUAHAN SBLM MAKAN NASI agar badan dapat serap Vitamin C yang ada dlm buah2an. Vitamin C membantu tenangkan fikiran anak di samping jaga kulit. Makan buah selepas makan nasi adalah amalan yang sia2 sebab badan tak dapat serap nutrien dlm buah2an bila perut dah kenyang!
  5. Banyakkan memeluk dan memuji anak-anak. Anak yang sering di peluk dan di puji/ belai akan tenang, kurang degil, rasa selamat dan di sayangi dan tak perlu nak buat nakal untuk tarik perhatian ibubapa.
  6. Pesan kepada anak untuk menghadap Qiblat semasa belajar/ mengaji. Ini akan tingkatkan keberkatan dlm belajar.
  7. Beri anak supplemen yang dapat menguatkan minda, tenangkan fikiran dan stabilkan emosi. Cuba dapatkan EXCEL SUPREME (tel 03-89255292) atau supplemen lain mengikut pilihan anda.
  8. Cari peluang berjumpa guru-guru anak di sekolah tempat dia belajar. Minta nasihat dan bimbingan tentang cara nak bantu anak belajar di rumah.
  9. Bacakan di kepala anak: al-Fatehah, ayat qursi dan surah al-Insyirah untuk rangsang otak dan memori anak dan jadikan dia anak yang tenang, baik akhlak, rajin ke sekolah dan pintar. Bacakan waktu malam masa anak nak belajar atau waktu anak nak pergi ke sek atau bila-bila masa yang sempat.
  10. Elakkan anak memakai pakaian berwarna merah atau oren. Ikut kajian, warna merah dan oren akan rangsang anak jadi agresif dan hyperaktif.
  11. Suruh anak tidur mengiring kekanan agar otak jadi lebih pintar, puas tidur dan ikut sunnah Nabi.
  12. Pastikan rezeki yang ibubapa terima benar-benar berkat dengan mengelakkan perkara haram dan syubahat dan keluarkan zakat pendapatan dan zakat emas perak jika berkenaan. Rezeki yang kurang berkat juga jadi punca anak jadi agresif dan extra nakal.
  13. Kenali kawan-kawan anak dan ziarah ke rumah mrk untuk berkenalan dengan ibubapa kawan-kawan anak.
  14. Doakan guru2, kawan-kawan anak dan jiran kita agar cemerlang dan soleh. In sya Allah akan di aminkan Malaikat dan Malaikat akan doakan kita MENDAPAT APA YANG KITA DOAKAN UNTUK ORANG LAIN!
  15. Anak tak ingat apa yang ibubapa tuturkan, tapi anak mudah ingat apa yang ibubapa pamerkan. Justeru, ibubapa wajib pamerkan amalan dan peribadi yang Allah redha.
  16. HARAMKAN SEMUA PERKATAAN NEGATIF (seperti bodoh, jahat, degil, malas, bengong, goblok!) dlm rumahtangga. Kata-kata ibubapa merupakan doa!
  17. Padam semua kata-kata negatif yang pernah di sebut kepada anak-anak dengan memohon maaf dan memuji anak dengan jelas. Cthnya: Abah minta maaf sebab kata kamu bodoh. Sebenarnya anak abah ni pandai-- cthnya: buat homework sblm abah suruh, solat sblm ibu berleter, layan adik dengan baik dan tak herdik2. Ikut kajian psikologi: Satu pujian yang jelas akan MEMADAM 300 KUTUKAN YANG LALU! Maha suci Allah SWT.
  18. Ibubapa takkan mampu MENGUBAH ANAK-ANAK! Tapi bila ibu bapa berubah, Allah akan ubah anak-anak. Justeru, ibubapa overhaul diri secara bersepadu agar Allah ubah anak-anak jadi hebat dan cemerlang.
  19. Ibubapa JGN MENGHARAP ANAK-ANAK BERUBAH, SBLM IBUBAPA BERUBAH DULU!
  20. Setelah melakukan yang terbaik mengikut kemampuan, KITA BERSERAH KEPADA ALLAH SWT.
  21. Saya BERPESAN KEPADA DIRI SAYA dan KEPADA SEMUA SHBT TERSYANG UNTUK SAMA2 BERUSHA untuk mendidik anak menjadi anak-anak yang Allah redha. Aameen, Wassalam.

Kredit: Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah  

Petua ni bukan sahaja boleh diamalkan oleh ibu bapa tapi guru juga atau sesiapa sahaja yang mendidik anak-anak... Moga Allah permudahkan urusan kita menjaga dan mendidik amanah Allah sebaiknya... ameen... Dan kesimpulan dari perkongsian di atas, KEPIMPINAN MELALUI TELADAN itu yang utama... Jika nak anak soleh solehah, maka usahakan diri kita sebagai ibu bapa atau guru untuk menjadi ibu bapa yang soleh solehah dan guru yang soleh solehah.

Catat Ulasan

11 Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ

  1. In shaa Allah.. t kasih.. Salam Jumaat..

    BalasPadam
  2. Semoga anak² kita akan mendapatkan didikan yang terbaik dan menjadi orang yang berguna kelak..mudah mudahan..amin..
    InshaAllah..terima kasih atas perkongsian kak :)

    BalasPadam
  3. Terima kasih atas perkongsian ilmu ini MF

    BalasPadam
  4. Ala,tips no. 10 tu,..kenapa? CN suka kaler merah,tp irfan tak byk la bj merah,mama dia jer ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sebabmerah buatkan sifat agresif tu lebih... Aktif sikit merah n oren ni...

      Padam
  5. tima kasih kak bekongsi..
    in shaa Allah.. cba yg terbaik satu hari nnti.. doakan saya agar dipermudahkan segalanya..aamiin :)

    BalasPadam
  6. In shaa Allah akan pratikkan pd anak anak solehah akak...aamiin

    BalasPadam
    Balasan
    1. Insha Allah.. Smaa-sama la kita dpt lahir ank soleh solehah...

      Padam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ

Catat Ulasan