Banyak unsur buruk yang kita dengar jika makan makanan kurang sihat. Memang benar kerana makanan kurang sihat penyebab pelbagai penyakit antaranya obesiti, buatkan kita menghidap diabetes dan bermacam-macam lagi penyakit ‘menyeramkan’. Tapi kita perlu tahu kawal selera dan keinginan untuk hidup sempurna.
Ada kalanya kita sering salahkan makanan. Alasan kesihatan terganggu yang sengaja dibuat sebenarnya timbul daripada sikap individu sendiri. Kita merasakan ia enak lalu akan makan dalam kuantiti yang banyak dan kerap. Mari kurangkan 10 makanan kurang sihat seperti disenaraikan Organisasi Kesihatan Dunia (WHO).
Sumber: google images |
Bergoreng
Makanan bergoreng mempunyai kandungan kalori tinggi, lemak/minyak dan oksida yang banyak. Apabila dimakan secara kerap, ia berupaya menyebabkan kegemukan dan sakit jantung. Proses menggoreng akan mewujudkan zat karsiogenik iaitu zat yang membolehkan kita cenderung mendapat kanser.
Dalam tin
Makanan segera kurang baik untuk kesihatan kerana kandungan aditifnya yang berlebihan. Aditif adalah bahan kimia yang dicampurkan ke dalam makanan dan ubat-ubatan bagi tujuan meningkatkan kualiti, menambahkan keenakan dan memantapkan kesegaran.
Baik berupa buah atau daging, kandungan gizi dalam makanan di pek dalam tin sudah banyak yang rosak kerana lebihan kandungan vitamin merosakkannya. Disebabkan terlalu lama, protein juga mengalami perubahan sifat hingga proses penyerapannya menjadi lambat.
Selain kandungan gizi berkurangan, buah di dalam tin dibekalkan dengan kandungan gula tinggi. Ia akan meresap ke dalam tubuh dalam bentuk cecair dengan sangat cepat. Dalam waktu singkat menyebabkan kadar gula darah meningkat selain memberatkan pankreas. Ia juga sama situasi di mana tingginya kalori, sekali gus mampu menyebabkan obesiti.
Makanan masin
Contohnya ikan masin, lobak masin dan seumpamanya. Dalam proses menjadikan produk itu masin, garam diperlukan dalam kuantiti yang banyak dan secara tak langsung kandungan garam digunakan melampaui kadar sepatutnya. Hal ini menambah beban kepada ginjal.
Bagi penggemar makanan masin, mereka akan lebih terdedah kepada bahaya ‘hypertension’. Amonium nitrit akan ditambah ke dalam makanan hingga membolehkan kita berisiko mendapat kanser hidung. Kadar garam yang tinggi mampu merosakkan selaput usus dan bagi penggemarnya, risiko menghidap radang usus sangat tinggi.
Daging proses
Contohnya ham, sosej dan sebagainya. Dalam golongan makanan itu mengandungi garam nitrat yang dapat menyebabkan kanser, selain mengandungi pengawet dan pewarna berisiko memberi beban kepada hati.
Dalam ham contohnya, mengandungi kadar natrium yang tinggi. Memakannya dalam kuantiti yang banyak dapat mengganggu tekanan darah dan ginjal.
Lemak dan organ dalaman
Walaupun kumpulan ini dikatakan mengandungi protein, vitamin dan mineral tetapi daging berlemak dan organ dalaman mengandungi lemak yang banyak dan kolesterol sebagai pencetus penyakit jantung. Makan organ dalaman haiwan dalam jumlah banyak dan waktu yang lama berpotensi menyebabkan penyakit kanser usus, kanser payudara dan sakit jantung.
Kandungan bahan kimia contohnya dalam hati ayam juga boleh menyebabkan kesan teratogenik, kesan karsinogenik dan teratogenik yang boleh menyebabkan kesan buruk kepada ibu mengandung, terutama kepada janin. Kandungan boleh mengalami keguguran atau bayi cacat manakala kesan karsinogen boleh menyebabkan kanser.
Keju diolah
Menggemari keju yang diolah dapat menyebabkan penambahan berat badan dan kandungan gula tinggi dalam darah. Kek keju dan dicampur telur boleh kurangkan selera makan. Menggemari makanan berlemak dan gula yang tinggi boleh mengakibatkan perut kosong dan proses pencernaan terganggu.
Mi segera
Makanan proses atau segera adalah komponen makanan yang boleh dimakan terus tanpa perlu memasaknya terlebih dulu. Perlu anda ketahui, terdapat 136 bahan penambah kebanyakannya bahan kimia dibenarkan ditambah di dalam sebungkus mi segera oleh Codex, piawaian makanan WHO. Daripada 136 bahan penambah itu, 24 adalah garam natrium, di samping garam makan juga turut ditambah.
Makanan ini tersenarai dalam kelompok makanan tinggi kandungan garam, kurang vitamin dan mineral. Seperti diketahui, kandungan garam tinggi menyebabkan masalah kepada ginjal, meningkatkan tekanan darah. Selain itu, ia juga mengandungi unsur penyebab kanser.
Tengok video bagaimana usus bekerja untuk proses mee segera: KLIK SINI
Manis dan beku
Ais krim dan kek disejukkan tergolong dalam kelompok ini. Kumpulan ini mempunyai tiga masalah kerana mengandungi mentega tinggi yang menyebabkan obesiti, kurang nafsu makan dan kerana suhu yang rendah, ia boleh mempengaruhi usus.
Elakkan dari mengambil makanan ini secara kerap... lepas ni kena masak stim, rebus atau kukus tak pun masak stail Jepun je kan... untuk jamin kesihatan yang sihat sepanjang hayat.. insha Allah...
salam. hahhahaha..semuanya sy suka makan :D
BalasPadamtahu
BalasPadamtapi
sedap
payah ni maria
yang tak elok tu sedap..haha
BalasPadamSebenarnya kebanyakan daripada makanan kat atas ni adalah kegemaran rakyat Malaysia, termasuk kita. memang susah nak hilangkan habit tu..
BalasPadamitulah makanan yang selalu masyarakat kita suka kan maria..
BalasPadamkene elakkan makan yg memudaratkan badan....
BalasPadamhihihihi...tu semua makanan yg sedap.
BalasPadamyang xsihat tu yg sedap kan..hihihih
BalasPadamkena elak makan semua ni tapi sesekali teringin juga..huhu
BalasPadamTulahkan MF.....kena pilih ikan jugak kalau nak masak stim ke bakar ke kan.....kalau tak, tak sesuai pulak....
BalasPadamMakanan atas tu semua mmg dlm list faveret okje tu
anyak bergoreng sekarang ni MF
Bagus tips ni..good ;)
BalasPadammmg kena byk stim, bakar rebus je la kan
BalasPadamkalau diikutkan cba tgk cara penyediaan makann org dlu2.
ubi bakar ikan bakar..alhamdulillah sihat je..
smga diri ini dpt berdisiplin..
Adoiii knp la ikan masin n keju tuh ada...huhuhu
BalasPadam