Pendaftaran Haji Mudah dengan KWSP

Maria Firdz
10

Mungkin ramai yang niat nak pergi haji tapi duit tak cukup kan... Simpanan dalam tabung haji pun tak seberapa, jadi potensi nak g haji agak tipis.. Tapi insha Allah dengan info ni, buatkan niat untuk menunaikan rukun Islam yang kelima itu akan tercapai dengan mudah... insha Allah... Info ni dapat kat FB... aku kongsikan sebab aku sendiri pun tak tahu asalnya... 
Ramai yang agak keberatan untuk buat. Sebabnya nilai RM1300, yang perlu ada dalam akaun Tabung Haji, bagi membolehkan seseorang itu mendaftar untuk menunaikan haji, agak tinggi bagi sesetengah orang. Kerana apabila wang RM1300 ini didepositkan, ia perlu sentiasa kekal di dalam akaun dan tidak boleh dikeluarkan sehinggalah tibanya giliran untuk menunaikan haji. Dan jjkalau ingin mengeluarkannya juga, pendaftaran untuk menunaikan haji perlu dibatalkan dan perlu mendaftar semula. Dengan kata lain, akan diberi giliran baru, yang tentunya memakan masa yang lebih lama. Apabila niat untuk mendaftar haji sentiasa tertangguh, kesan besarnya adalah tahun yang diperuntukkan untuk giliran menunaikan haji semakin lama, sehingga mencecah seratus tahun. 
Tapi, ada cara yang lebih mudah tanpa perlu mendepositkan wang RM1300. Anda tidak perlu mendepositkan sesen pun ke dalam akaun Tabung Haji. Caranya adalah menggunakan penyata KWSP. Dengan syarat akaun 1 KWSP anda perlu mempunyai simpanan minima sebanyak RM1300. Bawa penyata tersebut ke Tabung Haji dan anda akan didaftarkan terus untuk menunaikan haji. Tanpa perlu mendepositkan sesen pun. Menariknya, ramai yang tidak tahu kaedah ini.
Hj Mohd Lutfi TH

Jadi aku mencari info ni untuk mengukuhkan lagi fakta ni... Rupanya memang ada cara ni dah diterangkan di web KWSP tapi mungkin ramai yang tak tahu... Fakta menarik ni... sebab mudah kan.. Ok, aku kongsikan sikit caranya...

Inisiatif Pendaftaran Haji Ahli KWSP merupakan satu kemudahan yang membolehkan seseorang ahli yang mempunyai simpanan KWSP membuat pendaftaran haji dengan Lembaga Tabung Haji (LTH) tanpa perlu mendepositkan simpanan sebanyak RM1,300.00 dalam akaun Tabung Haji.

Kemudahan ini tidak melibatkan pengeluaran wang simpanan KWSP.

Syarat-syarat Kelayakan

Ahli KWSP yang layak adalah seperti berikut:
a. Warganegara Malaysia atau Pemastautin Tetap
b. Beragama Islam
c. Mempunyai simpanan KWSP dalam Akaun 1 sekurang-kurangnya RM1,300.00
d. Belum mencapai umur 55 tahun
e. Mempunyai akaun simpanan Tabung Haji

Kemudahan pendaftaran haji ini hanya dibenarkan kepada individu atau ahli KWSP berkenaan sahaja.

Ahli KWSP yang telah mendaftar haji di bawah prosedur Tabung Haji sebelum ini boleh menukarkannya kepada kemudahan Pendaftaran Haji Ahli KWSP tanpa melibatkan pertukaran tarikh giliran haji yang telah diberi sebelum ini dan wang pendaftaran haji RM1,300.00 sebelum ini dicairkan.

Kaedah Pelaksanaan
Ahli boleh mendaftar haji di bawah Pendaftaran Haji Ahli KWSP dengan hadir sendiri di mana-mana cawangan LTH, Bank Rakyat dan Bank Islam dengan membawa MyKad dan Penyata Ahli KWSP. Proses pendaftaran haji adalah mengikut prosedur semasa LTH.

Nota: Penyata KWSP boleh diperolehi melalui i-Akaun, kios, kaunter atau penyata tahunan yang dihantar melalui mel.

Tarikh Kuatkuasa 
Kemudahan ini berkuatkuasa mulai 3 Januari 2012.

Rujukan dan Pertanyaan
Sila klik di sini untuk melihat Soalan-soalan Lazim berkaitan kemudahan ini.

Pertanyaan lanjut juga boleh disalurkan ke:
a. Maklum balas online melalui Enquiry
b. Pusat Pengurusan Panggilan KWSP di talian 03-89226000
c. Mana-mana Pejabat KWSP

Tabung Haji Contact Centre
Tel: 03 – 6207 1919
Laman Web: www.tabunghaji.gov.my

Alhamdulillah, satu info baru untuk aku juga ni... Ini satu peluang mudah untuk kita mendaftar haji... Jom guna peluang ni... dan menurut LTH, peluang untuk dapat pergi haji tu dia ikut sistem giliran... Jika kita mendaftar sekarang tunggu la dalam 20 tahun lagi baru dapat pergi melainkan kita banyak duit nak pergi guna perkhidmatan swasta kan.. Lama tu nak tunggu 20 tahun kan... Jadi ada baiknya kita daftarkan diri kita sekarang kan... Jom daftar haji dengan KWSP... Insha Allah, jika niat kita nak menunaikan ibadah ikhlas kerana Allah, pasti Allah permudahkan insha Allah... 
Tags

Catat Ulasan

10Ulasan

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ

  1. Terima kasih Maria..tak tahu pula selama ni kita boleh daftar haji dengan KWSP..

    BalasPadam
  2. dah pernah dengar ttg info ni sis.. memang bagus kan sebab memberi kemudahan pada kita... senang sikit gunalah wang KWSP... insyaAllah nti nak urus gak...:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama..saya pon pernah dengar. Sayangnye tak tahu awal2..2012 lg tu.

      Padam
  3. good info..

    tapi xsempat lagi nak p daftar.. just menabung je..

    BalasPadam
  4. Akak 1st time dengar. Bolehlah nak daftar nanti...
    Duit dalam LTH pun tak tahu ada brp ntah... nak kna g semak ni... thanks info ya Maria

    BalasPadam
  5. very gd sharing ni tq yer

    BalasPadam
  6. baru tahu, CN dah daftar haji, tp ok kot tukar cara ni sbb ada lagi duit dlm kwsp tu takleh bawak kuar..hehe

    BalasPadam
Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !