GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Isu Coklat Cadbury dan Babi yang Masih Berlarutan

Salam Jumaat semua... 
Sebelum ni, aku hanya memerhati, tapi rupanya melarat juga isu coklat Cadbury ni... dari mana punca kemelaratan ni, aku sendiri tak pasti... Yang pasti, memang teruk bebenarlah isu ni... sampai mufti-mufti kena bersidang untuk keluarkan Fatwa pasal status darah daging orang yang makan coklat Cadbury ni... Aku rasakan orang yang keluarkan kenyataan pasal nak samak mulut, perut bagai segala tu, mesti jenis yang tak berapa nak cukup ilmu lagi, dan dia tak faham Islam lagi... 


Islam tu mudah sangat... tapi bukan untuk dipermudahkan...
Sebenarnya orang yang melenting bila bab haram babi ni, dia tak faham kot, dan tak baca artikel dan laporan penuh dalam akhbar.. baca tajuk je, terus hentam. Sebenarnya, coklat Cadbury yang dilaporkan ada DNA babi tu, adalah beberapa keluaran sahaja, yang dikenal pasti beberapa bulan lalu... Yang korang makan, tahun lepas punya kira tak haram la sebab masa tu memang tak jumpa pun DNA babi... Lagi satu, korang semak ke tak proses beri status halal kepada sesuatu produk makanan kat web JAKIM??? Bacalah kat situ... setiap produk ada tarikh tamat tempohnya, dan JAKIM buat pemeriksaan berkala untuk sesuatu produk... bukan aku nak backup JAKIM, tapi faham la dulu orang kerja macam mana, bukan main hentam aje... 


Kadang-kadang pelik gak manusia ni... Bab babi bukan main marah dia... kononnya jadi darah daging dia... padahal bab rokok tu dah lama Majlis Fatwa fatwakan haram... relax je lagi... bab solat, puasa dan bab tutup aurat dah lama dah fatwa dalam al-Quran dan Hadis 1400 tahun lebih dah... relax je kan... tapi bab babi, melenting tu... 



Renungkan aje lah gambar-gambar tu... Banyak lagi perkara haram yang berlarutan tapi kita tak amik kisah pun... Dan bukan isu Cadbury yang ada unsur babi je jadi darah daging, tapi segala perbuatan seperti makanan dari sumber haram juga jadi darah daging..

Jangan sempitkan pemikiran sangat la.. inilah tanda kiamat sebenarnya, bila si jahil bercakap soal agama... Islam tu tak menyusahkan umatnya.. dan tak menghukum seseorang disebabkan kejahilan... Belajarlah ilmu agama habis-habis sebelum nak melenting tak tentu pasal... 

sumber gambar: Facebook

6Ulasan

  1. Bagus jugak bila ada wakil yg berjuang nak membetulkan yang batil
    Beruntung jugak kita sebab ada mufti yang bersidang untuk menyelesaikan perihal agamakan MF... Tanpa mereka susah jugak jadinya hidup kita ni...

    BalasPadam
  2. saya setuju. rokok tu memang haram. tapi org Islam yg smoking terang tang2..tak malu plak.

    BalasPadam
  3. betul tu kak..isu cadburry sangat mendapat perhatian dari hal lain yang terang² haramnya..

    BalasPadam
  4. betul tu, annoyg gak bila ustaz n uztazah fb berbicara soal agama di fb tapi tahu apa2 pasal hukum agam, siap samak mulut, siapalah yang ajar, malu gak dengn kwn non muslim pasal orang mcm ni

    BalasPadam
  5. Islam itu mudah.. cuma sayangnya ramai yg memandang mudah & menyusahkan dgn perkara yg tak sepatutnya... mmg akhir zaman...

    BalasPadam
  6. Good entri Maria..
    Sebenarnya banyak lagi isu2 mengenai Islam yg orang tak peduli...arak..judi...riba...selamba aje..bila terkena pasal cik vavi ni..melenting pulak

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ