Celak Arab dan Hukum Memakai Celak!

Maria Firdz
8
Kembali bercelak... Dah lama meninggalkan celak sejak ada anak... Nak jenjalan tak sempat dah nak bersolek... berbedak dan berlipsbalm saja yang sempat.. tak sempat dah nak bersolek lebih-lebih.. Tertiba terasa nak bercelak kembali... 

Meh, kita belajar sikit pasal hukum. Apa hukum  memakai celak sebenarnya???

Pendapat yang pertama

1) Sunat Bercelak Mata
Ibnu Majah meriwayatkan hadis bahawa Rasulullah SAW bersabda, maksudnya: “Hendaklah kamu memakai celak mata, kerana dapat menerangkan (menyihatkan) mata dan menyuburkan bulu mata” – (At Tibbun Nabawi)

Dalam hadis lain dari Ibnu Abbas, bahawa Rasulullah SAW bersabda, maksudnya; “Rasulullah SAW mempunyai bekas celak mata khas. Apabila mencelak matanya, Baginda SAW menyapu sebanyak tiga kali” – (Ibnu Majah – At Tibbun Nabawi)

2) Faedah Lain Bercelak Mata
Seperti mana yang disebut di dalam At Tibbun Nabawi, bahawa perbuatan mencelak mata boleh mendatangkan beberapa faedah :
i. Menyihatkan mata
ii. Menguat dan membersihkan (menerangkan) pandangan
iii. Menghilangkan penyakit mata
iv. Mencantikkan warna atau menyinar cahaya mata

Bercelak mata sunat bagi wanita, dengan syarat bercelak pada bulu mata dan kening sahaja tanpa berlebih-lebihan sehingga menyerupai solekan wanita jahiliah. Seperti mewarnakan kelopak mata dengan pelbagai warna, menambah alis mata palsu dan sebagainya, termasuk memerahkan pipi dan mengincukan bibir dengan warna merah berlebihan adalah dilarang, kerana semuanya adalah tabarruj jahiliah yang dilarang.

Namun, jika wanita bersolek untuk suaminya, walaupun menyerupai tabarruj jahiliah adalah digalakkan dan sunat pula (berpahala). Tapi jika untuk keluar rumah dan untuk diperlihatkan kepada umum sahaja adalah dilarang.

Pendapat yang kedua  dibawah ini pula adalah jawapan daripada Ustaz Izhar Idrus:
Soalan:
Assalamu'alaikum wbt ustaz..
Saya tak perasan pula kalau soalan ni pernah diajukan..tapi saya masih keliru, apa hukum pemakaian celak? bagi perempuan terutamanya..boleh atau tak boleh sebab takut menimbulkan fitnah bila bertemu dengan lelaki? harap ustaz dapat jelaskan.. terima kasih..

Jawapan:
Waalaikum salam wbt. Hukum memakai celak mata adalah harus samada bagi lelaki atau perempuan dan merupakan perhiasan yang pernah di pakai oleh Nabi saw sebagaimana hadith Tirmizi dan Ibn Majh dari Ibn Abbas ra yang bermaksud :
"Adalah pada Nabi saw suatu celak yang digunakan oleh baginda 3 kali waktu tiap kali memakainya"

Dalam hadith yang lain pula Nabi saw bersabda yang maksudnya :
"Siapa yang pakai celak maka hendaklah dipakainya 3 kali"

Berkata ulama "siapa" dalam hadith tersebut termasuk juga kaum wanita. Jadi ulama telah menetapkan harus memakai celak bagi lelaki atau perempuan dan tiada larangannya melainkan pada ketika mengerjakan haji yaitu makruh hukumnya. Perlu di ingatkan bahawa perhiasan yang di larang ke atas kaum wanita itu bukannya celak tetapi alat-alat solek seperti gincu, pemerah pipi dan seumpamanya yang banyak kita lihat hari ini. inilah perhiasan yang menimbulkan fitnah kepada kaum lelaki. 

Jadi, Hukum memakai celak adalah sunat bagi lelaki dan wanita... Insha Allah jika kita pakai dengan tujuan mengikut sunnah dan ingin mendapatkan kebaikan bercelak, insha Allah berpahala kan.. sesungguhnya sesuatu dengan niat kan.. Dok rumah bersolek lagi bagus depan suami.. dapat pahala kan.. ^____^

Biasanya aku beli je celak yang kat kedai biasa je.. jenama AVON atau MAC... tapi kali ni nak cuba jenama D'Herbs pula.. celak arab gitu.. hehe.. tengok la camne rupanya nanti ea.. 

Opss... bab hukum wuduk pula, bagi alat solek yang kalis air wajib lah cuci dulu ea... Jika wuduk tak sampai ke kulit maka tak sah wuduk dan dah wuduk tak sah solat apatah lagi lah kan... Jadi, penyelesaiannya pastikan dalam handbag ada tisu basah, senang dan mudah nak tanggalkan alat solek... lepas tu baru basuh dan berwuduk... 


psstttt: Ephyra menyerlahkan kejelitaan sebenar, tak payah berbedak pun, nampak macam pakai bedak... hihi... ni bukan iklan, cuma perkongsian sebenar aje... :)

Catat Ulasan

8Ulasan

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ

  1. perkongsian yang menarik, saya pernah pakai celak sekali je, kalau tak silap la. hehe, nak tanya macam mana nak tau mekap yang kita pakai tu kalis air ke tak?

    BalasPadam
  2. byk kegunaan tisu basah ni ... masih byk lagi celak mekah blm guna .

    BalasPadam
  3. Suka pakai celak. Kekadang bagi hilang ngantuk.

    BalasPadam
  4. T kasih atas perkongsian.. celak ni pun mmg dpt menghindarkan penyakit kpd mata..

    BalasPadam
  5. CN tak berapa pndai sgt pakai celak ni,take time,kena la pakai blk..

    BalasPadam
  6. suka tgk org pakai celak ni.. tapi akak tak pandai sangat nak pakai...:)

    BalasPadam
  7. Mk sy kata '' hang pakai celok sropa burong hantu lagik''
    Hehehe

    BalasPadam
  8. Saya ada baca Yg sunnah pakai celak ithmid...bkn celak yg byk dijual dpasaran...cuba google utk kepastian

    BalasPadam
Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !