GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Bertolak Ansur dalam Jual Beli


Daripada Abu Hurairah RA bahawasanya Rasulullah SAW bersabda, “Ada seorang lelaki (daripada umat sebelum Nabi SAW) suka memberi hutang kepada orang lain”, dan beliau berkata kepada anak lelakinya, “Jikalau datanglah kepada engkau orang yang di dalam kesusahan dan mempunyai tanggungan hutang, maka lupuskan sajalah hutang itu daripadanya, mudah-mudahan Allah akan melepaskan dosa-dosa kita, lalu orang itu meninggal dunia maka Allah mengampunkan segala dosanya”.

Huraian Hadith: 
  • Hendaklah berlemah-lembut dan bertolak ansur dengan orang yang di dalam kesusahan terutama mereka yang berhutang.
  • Menolong orang yang di dalam kesusahan akan diampunkan oleh Allah dosanya di akhirat nanti.
  • Hendaklah berlemah-lembut ketika menagih hutang daripada seseorang.
Sumber: JAKIM

Dalam hal jual beli kita sebagai peniaga bertolak ansur dan berlemah lembut dalam hal perniagaan... Berbudi bahasa itu akan menarik lebih ramai pelanggan...

Memudahkan orang yang sedang berhutang membeli pun dapat pahala... Maksudnya, bagi tempoh hingga dia mampu jelaskan... dan bagi orang berhutang, perlu ditulis segala hutang piutangnya supaya tidak ada dolak dalih kemudian hari... sebagaimana firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 282, maksudnya:

Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu menjalankan sesuatu urusan dengan hutang piutang yang diberi tempoh hingga ke suatu masa yang tertentu, maka hendaklah kamu menulis (hutang dan masa bayarannya) itu. Dan hendaklah seorang penulis di antara kamu menulisnya dengan adil (benar). Dan janganlah seseorang penulis enggan menulis sebagaimana Allah telah mengajarkannya. Oleh itu, hendaklah ia menulis dan hendaklah orang yang berhutang itu merencanakan (isi surat hutang itu dengan jelas). Dan hendaklah ia bertaqwa kepada Allah Tuhannya, dan janganlah ia mengurangkan sesuatu pun dari hutang itu. Kemudian jika orang yang berhutang itu bodoh atau lemah atau ia sendiri tidak dapat hendak merencanakan (isi surat itu), maka hendaklah di rencanakan oleh walinya dengan adil (benar) dan hendaklah kamu mengadakan dua orang saksi lelaki dari kalangan kamu. Kemudian kalau tidak ada saksi dua orang lelaki, maka bolehlah, seorang lelaki dan dua orang perempuan dari orang-orang yang kamu setujui menjadi saksi, supaya jika yang seorang lupa dari saksi-saksi perempuan yang berdua itu maka dapat diingatkan oleh yang seorang lagi. Dan janganlah saksi-saksi itu enggan apabila mereka dipanggil menjadi saksi. Dan janganlah kamu jemu menulis perkara hutang yang bertempoh masanya itu, sama ada kecil atau besar jumlahnya. Yang demikian itu, lebih adil disisi Allah dan lebih membetulkan (menguatkan) keterangan saksi, dan juga lebih hampir kepada tidak menimbulkan keraguan kamu. Kecuali perkara itu mengenai perniagaan tunai yang kamu edarkan sesama sendiri, maka tiadalah salah jika kamu tidak menulisnya. Dan adakanlah saksi apabila kamu berjualbeli. Dan janganlah mana-mana jurutulis dan saksi itu disusahkan. Dan kalau kamu melakukan (apa yang dilarang itu), maka sesungguhnya yang demikian adalah perbuatan fasik (derhaka) yang ada pada kamu. Oleh itu hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah dan (ingatlah), Allah (dengan keterangan ini) mengajar kamu dan Allah sentiasa Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.
macam bebudak ni buat:

Pengalaman kami dalam perniagaan sejak 2011 mematangkan diri... Walaupun secara part time Alhamdulillah dengan semangat dapat juga daftar sebagai syarikat yang sah disisi undang-undang pada tahun 2013...

Pelbagai ragam pelanggan ada... Tambah-tambah bisnes melibatkan design dan tempahan ni memang kena banyak sabar... Ada yang design tapi tak pernah amik-amik... Ada yang dah siap pasang tak bayar sampai ke sudah pun ada gak...

Kita ni dah habis bertolak ansur dah, tapi pelanggan pula yang kengkadang amik kesempatan... Dari situlah kami belajar untuk lebih berhati-hati... Kenakan bayaran untuk design dan dan deposit sebelum tempahan design sticker dipotong...

Macam-macam ragam dalam berniaga... namun semua itu pengajaran untuk lebih maju dan matang pada masa akan datang... Ku doakan sesiapa sahabat yang berniaga juga terus maju dan berjaya dunia akhirat.. serta diberkati Allah sentiasa.. ameen... 

4Ulasan

  1. betul maria..shida pn kadang2 mcm tu juga..kalo dapat cust yg blh btolak ansur shida pn sdemikian.. :) jns yg cerewet mmg gudbye la.

    BalasPadam
  2. Bertolak ansur, jngn smpai di tolak beransur2...

    BalasPadam
  3. Bantuan yang ikhlas apasti ada ganjaran. Iti adalah janji Allahkan. Jadi jangan takut rugi kalau kita menbantu mereka yang benar-benar memerlukan..

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ