Petua Untuk Anak yang Selalu Demam dan Selesema

Maria Firdz
2
Sedikit perkongsian melalui pengalaman... Aku dulu memang kategori yang kerap demam.. zaman sekolah boleh bilang je, berapa hari aku bersekolah... Naik sekolah menengah ok sikit, tapi still imun badan tak kuat... kena hujan atau panas lebih sikit mula la selesema, demam, batuk siap pakej dengan asma... 

Tapi satu hari, ustazah aku perasan yang aku selalu tak ke sekolah... dan bila dia tanya aku, cakap memang aku selalu macam ni... walaupun makan scott emulsion, tapi berkesannya sekejap sahaja... tapi lepas tu demam balik... Jadi, ustazah aku pesan dan suruh aku amalkan ini... 

Iaitu satu selawat penyembuh yang lebih dikenali SELAWAT SYIFA'
Pasti ramai yang tahu selawat ni... 

Terjemahan:
Ya Allah, berilah rahmat ke atas penghulu kami, nabi Muhammad S.A.W.
yang dengan berkat baginda, engkau menyembuhkan hati-hati, menjadi penawar
dan menyihatkan tubuh badan juga memberi kesembuhan penyakit
serta mengurniakan cahaya penglihatan dan kurniakanlah juga rahmat keberkatan dan kesejahteraan keatas keluarga dan sahabat baginda.... 



Caranya yang ustazah ajarkan kepadaku:
Amalkan masa mandi, baca selawat ni dalam hati dan tadah air kat tangan dan amik air tu tepuk di kepala tiga kali (sambil baca selawat dalam hati tepuk la.. buat serentak)...

Aku amalkan aje selawat ni berulang kali... sampai sekarang itulah amalannya... kalau sakit kepala ke, demam ke selesema ke, itulah aku amalkan termasuk kat anak-anak... 

Anda juga boleh amalkan... Insha Allah dengan keberkatan selawat, Allah perkenankan doa kita dan sembuhkan segala penyakit kita... ameenn... 

Catat Ulasan

2Ulasan

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ

  1. salam singgah. terima kasih atas perkongsian ilmu ni. sangat berguna. alhamdulillah anak2 saya sekarang dah jarang sangat demam & selsema. vitamin e ngan multivitamin memang membantu untuk mereka, dengan izin Allah

    BalasPadam
Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !