GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Petua untuk Rawat Cirit-birit

Cirit-birit sesuatu yang menyebabkan tergendala semua kerja... Badan pun rasa letih... Nak pula masa catuan air ni.. Haisshhh seksa tu kan... Punca cirit-birit mungkin tersalah makan, keracunan makanan ataupun terlebih makan pedas... Kalau anak-anak kena cirit birit lagilah seksa kan... Kesian diorg... 

Ok... Aku nak kongsi beberapa petua dan rawatan tradisional untuk merawat cirit-birit.

Teh Kelat
Minum air teh pekat tanpa gula... Satu sudu secara kerap... Niat dan selawat...

Air rebusan daun inai
Amik seranting daun inai, rebus atau buh air panas... Biar sampai air kemerahan dan sejuk, pastu minum... Minum secara kerap dalam jarak masa yang konsisten... Insha Allah... Dalam masa 24jam boleh redakan cirit birit.

Daun jarak
Amik daun yang muda, kemudian layurkan atas api lilin atau pelita hingga layu dan sedikit kehitaman... Gentelkan atas tapak tangan hingga keluar air buih pekat... Sapukan pada perut... Insha Allah... 

Air daun mempelas

Daun mempelas iaitu daun hutan yg sedikit kasar permukaannya... Boleh buat gosok dan kilatkan periuk... Boleh guna air dari akar pokok mempelas yg besar dan melilit tu... Dan terus minum... Atau amik pucuk mempelas rendam dalam air panas... Dah sejuk minum.

Pucuk dan buah jambu batu
Pucuk jambu batu...sama ada makan gitu terus pun boleh ataupun nak rendam dalam air panas dan minum airnya pun boleh... Makan buah jambu batu yg masih putik tu pun boleh... 

Buah asam renda
Aku tak tahu tempat lain panggil buah ni buah apa... Tapi buah ni masam dan sedap kalau buat jeruk.. Tapi untuk rawat cirit birit makan buah ni yg masih muda sekali dengan getah-getahnya... Insha Allah... Sembuh...

Pantang!!!
Jangan minum air selepas makan buah asam seperti jeruk buah atau rojak buah yang masam... Tak tahu la kenapa. Tapi memnag itu pesan mak aku... Memang kalau makan asam lepas tu minum air memang boleh kena sakit perut dan cirit birit... 

Cubalah ea petua-petua tu... Mana satu yang menjadi... Kita ikhtiar je la ea... Jika tak berkesan juga telan pil Herba Cap Helang tu... Dan kalau tak berkesan juga,g hospital je la... Mungkin kena keracunan makanan...

Note: All pic extrcted from google images

7Ulasan

  1. ooooo terima cikgu... dah beberapa sakit seperti di atas nie... tak tahan sangat :(

    BalasPadam
  2. selalunya kalau cirit birit either minum teh kelat ataupun makan pil chi kit teck aun jer...

    BalasPadam
  3. Pokok buah asam renda tu comel...tapi banyak yang tak pernah jumpa je..teh kelat dan jambu ok..yang lain tu mana nak cari..

    BalasPadam
  4. wahhh saya baru tahu kalau abis makan yg asam2 tak boleh mnum air, ini ilmu :)

    BalasPadam
  5. org mengandung boleh guna kn petua2 ni semua?

    BalasPadam
  6. Teh kelat mmg menjadi ubat saya... alhamdulillah... lama tak kena cirit birit ni...

    BalasPadam
  7. salam....

    saya mencarik pokok jarak helang... org tua2 kata blh merawak bengkak dan nanah dalam telinga......sesiapa y tau pz pm sy

    jip 0179313326

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ