Kiraan Dos Ubat Demam Untuk Kanak-kanak

Sumber: google images
Kena belajar juga cara kira dos ubat... Biasa kalau pergi klinik atau hospital doktor akan tanya tinggi, berat dan umur...sebab ada formula tertentu untuk doktor kira dos ubat yang sesuai... 

DOS UBAT  DEMAM UNTUK KANAK-KANAK

Bagi kanak-kanak, hanya disyorkan untuk merawat demam dan dos ubat yang lebih kecil diberikan berbanding dos dewasa. Pilihan dos ubat mestilah disesuai kan dengan umur pesakit dan kebiasaannya pesakit kanak-kanak diberikan ubat cecair bagi memudahkan pengambilan ubat.

Dos paracetamol seharusnya bergantung pada berat kanak-kanak. Dos biasa ialah 10-15mg setiap kg. Contohnya, jika kanak-kanak itu beratnya 10kg, dos sepatutnya ialah 100-150mg. Boleh diambilsetiap 4 jam dengan maksimum empat kali sehari sahaja kecuali atas nasihat doktor. Maksimum dalam sehari ialah 100mg setiap kg berat badan....Jika kekuatan paracetamol ialah 160mg/5ml, bermakna kanak-kanak 10kg memerlukan 100mg bersamaan 3-4.6ml. Jika kekuatan adalah 100mg/ml pula, ia memerlukan 1-1.5ml. Berbeza bukan?

CONTOH PENGIRAAN

Berat 10kg : dos perlu ialah 10kg x 10mg = 100mg
• Sirap paracetamol 250mg/5ml : setiap ml terdapat 50mg paracetamol
Dos yang diperlukan dalam ml = 100mg/50mg = 2 ml

Begitulah seterusnya untuk sirap paracetamol kekuatan yang lain seperti 160mg/5ml, 100mg/ml, dan 120mg/ml. Anda boleh gantikan pada pengiraan di atas untuk mengetahui dos yang paling sesuai untuk anak anda.

Tambahan: Selang waktu pemberian ubat kepada anak ialah empat atau enam jam sekali bergantung kepada suhu semasa... Pastikan badan anak sentiasa dibasahkan dan kerapkan mandi...

Cara Pemberian Ubat Kepada Kanak-Kanak

Apakah jenis peralatan yang diperlukan?

Terdapat berbagai jenis peralatan yang sesuai dan berkesan untuk memberikan ubat kepada kanak-kanak (rujuk jadual di bawah)

Bagaimana memilih jenis persediaan?
Pemilihan teknik pemberian ubat bergantung kepada umur kanak-kanak dan keupayaannya untuk menelan ubat.

Persediaan cecair.
Kanak-kanak yang baru lahir hingga usia berusia 1 tahun

Cara pemberian
  • Mengenal pasti ubat dan cara penyediaan yang betul.
  • Ampu kepala bayi dan dongakkan kepala bayi pada 45°
  • Balut bayi anda dengan kain / selimut bayi.
  • Pakai peralatan yang sesuai untuk pemberian ubatan bagi mengelakkan bayi menutup mulut dan muntah.
  • Jangan campurkan ubat dalam botol susu atau jus.
  • Persediaan cecair, ubat kunyah atau ubat yang telah dipecah atau hancurkan

Kanak-kanak yang berumur di antara 1 tahun hingga pra-sekolah.

Panduan pemberian
  • Campurkan ubat dengan puding.
  • Beri anak minuman kegemaran selepas pengambilan ubat.
  • Jangan marah atau denda anak anda sekiranya dia mengeluarkan semula ubat tersebut.
  • Puji dan peluk anak selepas dia makan ubat.
  • Kanak-kanak berumur 5 tahun dan keatas selalunya boleh menelan ubat.

Kanak-kanak sekolah

Panduan pemberian.
  • Dalam kes tertentu anda mungkin perlu menghancurkan dan mencampurkan ubat biji dengan ais krim atau puding.
  • Jangan benarkan anak anda mengambil ubat tanpa pengawasan ibubapa

Apakah yang perlu anda lakukan jika anak anda muntah?

Jika anak anda memuntahkan ubat:
  • Dalam tempoh 20 minit dari dos pertama, ulang pemberian ubat dengan dos yang sama
  • Berulang kali, berhenti dan hubungi doktor.

Bagaimanakah cara menghancurkan ubat biji?
  • Bila anak anda perlu makan ubat dalam jangkamasa yang panjang, anda boleh membeli alat pemecah ubat
  • Bila ubat diperlukan untuk jangkamasa yang pendek, hancurkan ubat dengan menggunakan belakang sudu di atas sekeping kertas
Bagaimanakah cara melarutkan ubat?
  • Ikut seperti arahan yang tertera di bungkusan ubat.
  • Jika anda kurang pasti tentang arahan ini, sila rujuk kepada ahli farmasi dan minta arahan bertulis.

Sumber: SINI, SINI

Alhamdulillah si kakak jenis mudah makan ubat... Tak de lah susah sangat... Perkara paling penting!!! JANGAN TAKUTKAN ANAK-ANAK DENGAN UBAT!!! Bila ditakutkan itu yang buat diorg fobia dengan ubat.

Catat Ulasan

6 Ulasan

  1. Thanks atas perkongsian..
    Salam jumaat Maria

    BalasPadam
  2. Thanks atas perkongsian..
    Salam jumaat Maria

    BalasPadam
  3. hye..selamat malam..syira jalan2 malam ni jenguk tuan blog..hehee
    ..nak minta maaf kt semua rakan blogger juga :)
    semoga ikatan kita terus kuat ! ^_^
    happy blogging ^_^

    BalasPadam
  4. Okje ni kalau makan ubat cecair mau setengah botol mineral sekali makan ni MF hehe

    BalasPadam
  5. kalau di rumah biasanya doktor bagi dos yang sikit, tapi kalau admit di hospital , dos yang diberi akan meningkat, don't know y ;)

    BalasPadam

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^