GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Tatacara Solat Ketika Terperangkap dalam Kesesakan Jalan Raya

Tatacara Solat Ketika Terperangkap dalam Kesesakan Jalan Raya
Sumber: google images

Kesesakan lalu lintas di bandar-bandar besar adakalanya sukar diramal. Mungkin setiap daripada kita pernah terlepas mengerjakan solat kerana terperangkap di dalam kesesakan ini. Lebih-lebih lagi di kalangan mereka yang pulang bekerja di waktu petang dan terpaksa menempuh keadaan trafik yang menyesakkan. Apakah hukum meninggalkan solat dalam situasi ini?

Menurut Ustazah Shahidah Sheikh Ahmad yang merupakan Guru Sekolah Menengah Islam Hidayah Johor Bahru dan Timbalan Ketua Wanita IKRAM Johor, hukum meninggalkan solat kerana alasan tersebut adalah berdosa. Ini kerana solat tidak boleh ditinggalkan walau dalam apa jua keadaan sekali pun. Cara terbaik untuk mengelakkan perkara ini daripada terjadi adalah dengan menjamakkan solat antara zohor dan asar atau maghrib dengan isyak. Demikian seperti yang dinyatakan Sarjana Islam Kontemporari, Syaikh Muhammad Soleh Al Munajid yang merupakan anak murid kepada beberapa tokoh ilmuan antaranya Mufti Arab Saudi.

Sementara itu, menurut Asy-Syaikh Ibn Uthaimain pula dalam fatwanya menjelaskan sekiranya seseorang itu berniat musafir, mereka boleh melakukan solat jamak antara solat zohor dan asar di rumahnya sebelum keluar musafir kerana bimbang akan terlepas waktu solat asar. Keadaan ini relevan dengan situasi mereka yang menaiki pengangkutan awam dan sukar untuk berhenti menunaikan solat. Pun begitu, solat jamak yang dilakukan mestilah dengan 4 rakaat dan bukan 2 rakaat kerana belum mula musafir. 
Sumber: Majalah Nona

Jika penduduk di KL atau bandar-bandar besar memang biasa dah kan hadapi masalah jam ni.. kadang jammed yang tak di jangka... macam mana pula tu... memang tak sempat nak jamak la... sebab bagi hurai di atas, kes kesesakan yang memang kita jangka... maksudnya kita tahu, jalan kita balik kerja tu memang jammed teruk... jadi boleh la jamak kan... tapi bagi yang tidak dijangka.. maka, kena solat di dalam kenderaan... Bagaimana??? Baca huraian artikel di bawah:
****************************************
SOALAN: 
Saya kerap tersekat di dalam kesesakan lalu lintas terutamanya pada sebelah petang iaitu ketika pulang dari pejabat. Saya difahamkan bahawa kita boleh melaksanakan solat di dalam kenderaan.
Bagaimanakah kaedah atau caranya, tolong ustaz jelaskan kemusykilan di atas ini.

JAWAPAN
Dari Amir r.a. katanya: Aku melihat baginda SAW menunaikan solat di atas kenderaan; baginda menghadap ke mana sahaja arah kenderaan (tunggangannya) itu menghadap. (riwayat al-Bukhari, hadis 567, Jil. II)

Diriwayatkan daripada Jabir r.a: Rasulullah SAW pernah mengerjakan solat (sunat) sambil menunggang haiwan tunggangannya (rahilah) ke mana pun baginda menghadap dan ketika Nabi SAW hendak mengerjakan solat wajib Nabi SAW turun dari tunggangannya dan solat menghadap kiblat (Kaabah di Mekah). (riwayat al-Bukhari, hadis 569, jil.2)

Tatacara solat

Terdapat pelbagai tatacara atau kaedah yang telah digariskan oleh Islam termasuklah tata cara solat di dalam kenderaan.

Ia sama ada kenderaan tersebut bersifat terbang di udara seperti pesawat kapal terbang atau jet mahupun kenderaan daratan seperti kereta, lori atau kenderaan lautan seperti kapal, bot dan perahu.

Baginda SAW dan juga para sahabatnya pernah menunaikan solat di atas tunggangan mereka bagi mengelak dari terperangkap dalam cuaca hujan lebat.

Dalam satu riwayat Ya'la ibn Murrah menerangkan bahawa para sahabat pernah bersama-sama baginda SAW dalam satu perjalanan lalu sampai ke satu lembah sedang baginda berada di atas kenderaannya; dan langit pula sangat mendung dan di bawahnya sangat basah.

Tatkala masuknya waktu solat baginda memanggil muazinnya lalu muazinnya melaungkan azan dan iqamat. Baginda lantas maju dengan kenderaannya dan solat berjemaah bersama mereka (para sahabat). Baginda memberi isyarat yang sujudnya lebih rendah dari rukuknya.

Hadis di atas jelas membolehkan solat-solat fardu dilaksanakan di atas kenderaan jika seseorang itu menghadapi suasana kesukaran. Solat sebegini adalah tetap sah jikalau kesukarannya itu adalah benar-benar ikhlas dan ia tidak perlu diulangi.

Dalil lain yang membolehkan solat di atas kenderaan ialah hadis yang diriwayatkan daripada Abdullah ibn Umar r.a. bahawasanya seorang sahabat telah bertanya kepada baginda SAW: Bagaimanakah cara untuk saya bersolat dalam perahu? Lantas baginda menjawab: "Solatlah di dalamnya dengan berdiri kecuali jika engkau takut tenggelam".

Imam an-Nawawi mengatakan: Menurut pendapat mazhab kami (Mazhab Shafie), apabila seseorang menunaikan solat fardu di dalam kapal maka tidak boleh baginya mengerjakan solat dengan duduk selama sanggup berdiri. Diserupakan orang itu dengan keadaan di darat. Demikianlah juga pendapat Imam Malik dan Imam Ahmad bin Hanbal.

Menurut pendapat Imam Abu Hanifah, boleh dikerjakan dengan duduk kalau kapal itu sedang bergerak.

Kaedah menunaikan solat fardu atau sunat adalah sama alam apa jua situasi sama ada di darat, di udara atau di lautan melainkan apabila timbul kesukaran maka kesempurnaan gerak laku solat itu berkurangan selari dengan kadar kesukaran yang dihadapi.

Ia mempunyai kesamaan dengan kaedah solat orang yang sakit dalam beberapa keadaan dan berbeza pula dalam beberapa keadaan lain.

Perintah menghadap kiblat tetap hadir dalam ibadah solat fardu tanpa terkecuali berbeza keadaannya jika melakukan solat sunat berdasarkan hadis Jabir r.a yang disebutkan tadi.

Berdasarkan pernyataan saudara, dalam situasi yang terdesak adalah lebih baik jika saudara menunaikan solat sebelum keluar dari pejabat. Ini kerana masuknya waktu solat asar sekarang pada jam 4.27 petang. Kebanyakan waktu kerja tamat adalah pada jam 5 petang.

Sememangnya tidak menjadi halangan kepada saudara/saudari untuk menunaikan solat terlebih dahulu sebelum balik.

Tambahan pula keadaan jalan raya ketika itu agak sibuk, sesak dan barangkali ditambah pula dengan kemalangan-kemalangan yang tidak diduga berlaku di jalan raya.

Pendek kata, sebelum membuat keputusan untuk menunaikan solat dalam kereta, saudara/saudari seharusnya berikhtiar mencari tempat atau lokasi yang bersesuaian untuk menunaikan solat.

Solat haruslah ditunaikan di tempat yang bersih dan menghadap kiblat serta didahului dengan wuduk. Jika tiada tempat untuk solat maka tetaplah bersolat di tempat duduk sendiri (atas tunggangan atau dalam kenderaan) dan solatlah dengan sujudnya ditunduk lebih rendah dari rukuk.

Namun, jika tidak dapat menunaikan solat dengan menghadap ke arah kiblat pada ketika itu saudara perlu bertaharri dan meyakini bahawa saudara telah menghadap ke arah kiblat lantas berserah diri kepada Allah swt.
Artikel Penuh:  Utusan Malaysia

Kesimpulan:
  1. Boleh jamakkan dua solat jika sering hadapi kesesakan yang dijangka.
  2. Bagi kesesakan yang tidak dijangka tetapi tahu jalan tu akan sesak sekali-sekala, ambil langkah awal, iaitu solat dahulu sebelum memulakan perjalanan.
  3. Bagi kesesakan tidak dijangka, dan jalan yang tidak pernah sesak tetiba sesak, boleh solat dalam kenderaan. Untuk berwuduk sediakan air mutlak seperti air mineral di dalam kenderaan, jika tidak mampu buatlah sedaya mungkin kerana solat wajib ditunaikan pada waktunya... 
Tetapi kat Malaysia ni mudah aku rasa, kalau xde air boleh aje singgah sekejap kat stesen minyak... dan kebanyakan stesen minyak memang sediakan surau kecil untuk pengguna yang singgah. Bagi wanita, di sinilah kepentingan menutup aurat dengan sempurna. Tidak perlu beralasan tiada telekung lagi jika kita sudah tutup aurat sepertimana aurat ketika solat. Tetapi langkah awal bagi wanita, sedialah telekung di dalam kenderaan... sekarang pun dah ada telekung travel yang kecil sebesar dompet aje.. boleh letak dalam beg tangan... kemudahan segalanya tersedia.. insha Allah.. antara hendak dengan tidak aje.. "Hendak seribu daya, tidak hendak seribu dalih"... Tepuk dada, tanya iman... 

11Ulasan

  1. ini memang sangat2 berguna maria...thanks for sharing...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama-sama.. Kita tak dapat lari dr kesesakan kn kdg2...

      Padam
  2. iman setuju tapi rasa kita boleh elakkan waktu2 mcm 2 dengan ambil inisatif lain

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul.. Klu dpt elak lagi bgus... Tapi andai kata x dpt elak, bkn alasan utk tidak solat...

      Padam
  3. Tq share artikel ni MF ......
    KL mmg tk boleh lari dpd jammedkan .....sekurang kurangnya kita tahu mcm mana nak melakukannya bila masa darurat

    BalasPadam
  4. Betul tuh....skrg nih waktu solat msuk sblm waktu balik kerja jd seeloknya solat kt pejabat sje

    BalasPadam
  5. maksudnya hanya berniat jamak sahajakan? aiza baru tahu, dulu masa kerja selalu juga balik kerja sampai lambat sebab jammed.. selalu aiza qada je..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ea.. Jamak shja sbb qasar hny utk musafir lbih 2 marhalah (+90)...

      Padam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ