GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Makanan yang Kaya Kalsium


Kalsium merupakan salah satu sumber makanan yang sangat penting dalam tumbesaran kanak-kanak. Oleh itu pastikan anda memberikan mereka sumber makanan berkalsium atau suplemen tambahan kalsium. Ada beberapa makanan yang mengandungi banyak kalsium dan boleh dimasukkan dalam senarai menu harian mereka.

Makanan yang Kaya Kalsium


Susu
Ia minuman wajib dalam menu harian kanak-kanak. Umum sedia maklum tentang pembekal sumber kalsium terbanyak yang ada dalam susu. Pastikan anak-anak menikmati hidangan susu setiap hari tanpa halangan. Anda boleh variasikan perisa susu seperti strawberi, coklat atau vanilla untuk rasa yang lebih enak. Susu membantu pertumbuhan tulang dan gigi si manja.

Keju
Selain susu keju juga makanan yang kaya dengan kalsium. Anda boleh menambahkan keju pada roti atau makanan kegemaran si kecil. Hidangan keju bagus untuk anak-anak yang sedang dalam proses tumbesaran.

Telur
Selain menjadi sumber protein, telur juga mengandung kalsium yang baik untuk kanak-kanak. Kebanyakan kanak-kanak suka makan telur. Untuk mengelakkan mereka bosan makan telur begitu sahaja, anda boleh berkreatif dalam menyediakan hidangan telur. Antara menu cadangan berasaskan telur seperti salad telur, omellete, telur hancur, sandwic telur dan lain-lain lagi. Telur kaya  dengan protein yang bagus diambil secara rutin.

Brokoli
Memang lumrah kanak-kanak tidak mahu makan sayur-sayuran. Tetapi anda tetap perlu menyuruh mereka makan sayur-sayuran terutama brokoli kerana ia tinggi kandungan kalsium yang dapat membantu pertumbuhan tulang yang sihat dan kuat.

Oren
Buah oren memang sedap dinikmati terutama ketika cuaca panas. Paling penting ia kaya dengan kandungan kalsium. Biasakan si kecil menikmati buah oren yang juga kaya dengan vitamin C bagi menguatkan sistem imun badan anak anda.

Sumber: Majalah PaMa

Kalsium penting untuk kanak-kanak dan ibu mengandung atau ibu yang menyusu untuk tumbesaran yang sihat...dan tulang yang kuat. 

14Ulasan

  1. semuanya makanan sedap n berkhasiat. hanya dewasa ni je berpeluang mkn makanan tu semua. masa kecik dulu x mampu. huhu... syukur alhamdulillah..moga sentiasa sihat walafiat

    BalasPadam
  2. Sedapnya strawberry tu...

    INTI For you..

    BalasPadam
  3. assalamualaikum...perkongsian info yg baik...:)

    BalasPadam
  4. nyum nyum hehehehe berkhasiat dan menyelerakan

    BalasPadam
  5. Mmg myelerakan jenis2 mknn yg bkalsium ni.. lg2 kalo di masak ngan menu yg bsesuaian. Tapi bab cheese tu.. zara xslalu mkn.. huhu.. sb xsuka cheese. . Tp itu lah salah satu mknn bkhasiat kn ? =D

    BalasPadam
  6. aiza paling suka susu dan brokoli..

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ