GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Set Bersalin Pilihan

Alhamdulillah... dok menghitung dtik debaran dah ni... si adik pula kuat pula mengacah ummi... boleh plak main cak-cak dia... tapi dok pesan juga, bagi la hint kalau nak kuar ea dik, jangan nak buat suprise kat sekolah plak... hehe....

Ok, dah hampir nak bersalin ni, pasti ibu-ibu lain pun dalam dilema, nak pilih set bersalin apa la kan... aku pun begitu gak.. sejak masuk 8 bulan lagi aku dah survey beberapa jenama set bersalin... usha-usha harga, kuantiti dan juga tengok review dari group ibu-ibu serta survey dengan pak cik gugel...

Susah juga nak buat keputusan... dalam dok memilih tu, ada dua set yang menarik hati, set bersalin D'Herbs dan juga Set bersalin Anugerah.... harga pula lebih kurang, cuma set bersalin anugerah mahal sikit berbanding D'Herbs...

Lepas survey jenis barang ada dalam set tu, aku berbincang dengan suami juga... tapi memandangkan ada produk untuk kegunaan luaran dan ada yang kena telan.. akhirnya aku pilih aje satu-satu.. tak amik set... Aku beli empat produk dari D'herbs... semuanya produk untuk kegunaan luaran sahaja... faktor utama aku beli produk ni, sebab boleh beli online, cepat dan mudah... 


Untuk produk kesihatan dalaman ataupun untuk ditelan, aku memilih produk Bioasli dan Shaklee... Aku memilih Kapsul Minyak Kelapa Dara Bioasli dan juga Kopi Susu Kambing + Madu Bioasli... Produk Shaklee pula aku hanya akan ambil Alfalfa Shaklee tapi selepas 3 bulan baru aku ambil ni... 



Yang selebihnya, memang aku berpantang tradisional sahaja... Aku bertungku dan mandi herba serta berurut sahaja masa berpantang anak sulung... tak menggunakan sebarang set bersalin pun... Bila Faiqah hampir setahun baru aku amalkan supplement untuk kesihatan dalaman iaitu Softgel Bioasli dan Alfalfa Shaklee dan kadang-kadang aku selang selikan dengan Herbalife untuk sarapan pagi... 

Sebenarnya, boleh je nak berpantang tanpa produk ni, tapi kena kuat semangat la... kena pantang betul-betul bab pemakanan... kena tahan nafsu... kalau tak boleh nak berpantang makan, maka haruslah ambil supplement untuk recover balik badan kita kan... tapi ingat pesan mak... jangan bergantung sangat dengan supplement, sebab nanti badan boleh jadi lemah... jadi aku hanya ambil supplement yang betul-betul herba... macam VCO, Alfalfa tu memang betui la herba.. bau pun dah menyengat hidung dah... 

Lain-lain aku berpantang makan, ais dan makanan/minuman sejuk memang tak makan...selama setahun... lepas sethun baru aku makan... dalam bab berpnatang ni, suamiku la banyak jadi penasihat... sebab dia tengok sendiri macam mana mak aku dah veteran pun tenaga mengalahkan orang muda... Jadi, nak sihat dihari tua, jaga diri waktu berpantang ni betul-betul... 

p/s: antara faktor aku pilih produk-produk ni sebab mudah nak beli sebab online sahaja... 
autopublish entry

7Ulasan

  1. Assalamualaikum kak. semoga dipermudahkan urusan bersalin. sheila dah lama tak jejak sini, taktau pun akak dah mengandung 8 bulan. heee sheila tak reti nak beli set pantang ni. minta bantuan akak boleh tak buatkan list berpantang ke? sheila lagi 5 bulan bersalin, in shaa Allah :)

    BalasPadam
  2. Sy doakan semoga semuanya selamat Puan Maria...masa sy dulu..anak pertama guna salindah..yg ke 2..guna nona roguy...tapi skrg dah ada lebih banyak pilihan nampaknya..

    BalasPadam
  3. memang susah nak pilih, banyak pilihan ... ada yg murah ada yg mahal... takut nak beli yg murah... takuut tak elok..

    BalasPadam
  4. terima kasih di atas perkongsian ini.. mungkin berguna untuk aiza pada satu hari nanti..

    BalasPadam
  5. @Sheila Salim insha Allah... nnt sy buat entry ni jika berkesempatan... :)

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ