GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Masalah tangan berpeluh

Masalah tangan berpeluh | Semalam masa lepas mengajar, aku menyuruh anak murid aku tulis nota dan buat sedikit latihan... tetiba seorang pelajar ni, dia ngadu, ustazah saya tak boleh tulis cepat la, sebab tangan saya licin sebab banyak peluh.. jadi aku suruh aje dia bawa sapu tangan untuk hari-hari akan datang ataupun lapik tisu... Sebab bab tangan berpeluh ni, teringat sepupu aku yang juga ada penyakit tangan berpeluh ni... masa zaman sekolah rendah, dia kena lapik tisu atau sapu tangan ketika menulis, kalau tak tulisannya kembang dan buku dia basah... sekarang ni, anak aku Faiqah juga ada simptom tangan berpeluh, cuma tak kerap... 

Rupanya tangan berpeluh juga satu penyakit, dan ada yang kata ada kaitan dengan penyakit jantung... dan ada pula kata, orang yang kuat berpeluh mudah terkena buatan orang... tapi aku tak tahu kebenarnnya... sedikit info pasal tangan berpeluh...

Masalah tangan berpeluh
sumber: google images

Telapak tangan berpeluh atau nama saintifiknya Palmar Hyperhidrosis merupakan suatu keadaan di mana si pesakit tidak dapat mengawal peluh di telapak tangan.. peluh itu akan keluar pada bila-bila masa sahaja dalam jumlah yang besar walaupun si pesakit tidak melakukan sebarang aktiviti. Berkeringat merupakan usaha tubuh untuk mengeluarkan panas sebagai respon dari rasa cemas, cuaca panas, stress, demam, dan sebagainya. Keringat(peluh) berlebihan pada telapak tangan merupakan suatu keadaan yang disebut sebagai hiperhidrosis palmar, terjadi sebagai akibat dari hiperaktivities (aktiviti yang berlebihan) sistem saraf simpatetik yang meningkatkan kerja kelenjar peluh. Nama lain untuk hiperhidrosis  antara lain: keringat berlebihan, hyperhidrosis, hyperidrosis, polyhidrosis, excessive sweating.

Menurut kajian hiperhidrosis berlaku seawal zaman kanak-kanak dan remaja. Penyakit ini tidak memudaratkan sehingga membawa maut, namun akan menyebabkan kualiti hidup seseorang terganggu akibat tekanan emosi, malu untuk bersosial dan menganggu pekerjaan seperti kesukaran untuk menulis. Penyakit ini amat sukar untuk dirawat dengan berkesan.

Punca sebenar hiperhidrosis tidak diketahui dengan tepat, namun peluh diketahui dikawal oleh sistem saraf dikenali sebagai sympathetic.

Secara umumnya, dalam keadaan biasa, hypothalamus iaitu bahagian otak yang mengawal fungsi berkaitan peluh menghantar isyarat kepada saraf peluh. Saraf ini sebahagian daripada sistem saraf sympathetic yang terletak dalam rongga kaviti. Bagaimanapun, dalam kes hiperhidrosis, kelenjar peluh tidak patuh pada isyarat yang dihantar.

Hiperhidrosis adalah suatu kelainan yang terjadi kerana aktiviti kelenjar peluh yang berlebihan. Hiperhidrosis dapat bersifat primer maupun sekunder.

Hiperhidrosis Primer

Hiperhidrosis primer lebih banyak bersifat idiopatik atau tidak diketahui sebabnya, namun pada beberapa keadaan, hal ini dapat disebabkan oleh meningkatnya aktiviti saraf simpatis kerana stress. Sedangkan sebab lain di sebutkan kerana faktor genetik.

Hiperhidrosis Sekunder

Hiperhidrosis sekunder disebabkan kaerana adanya penyakit yang mendasari yang diderita pesakit atau kerana penggunaan ubat-ubatan. Berikut beberapa contohnya:
- Trauma saraf tulang belakang
- Kematian saraf perifer
- Lesi atau tumor otak
- Monopause
- Penyakit infeksi
- Penyakit metabolik
- Penyakit jantung
- Ubat-Ubatan (propanolol, pilokarpin, golongan antidepresan trisiklik dan golongan Serotonin Reuptake Inhibitor (SSRI)).

Antara kemungkinan penyebab penyakit ini;

-Mengalami gangguan pada jantung, paru-paru, sesak nafas dan stress.
-Dikaitkan dengan 3 organ iaitu otak, jantung, dan organ reproduktif
-Alahan
-Gangguan emosi contohnya gelisah, marah, kebingungan, was-was, cemas, dll
-Faktor genetik

Kesan Palmar Hyperhidrosis:

-menyebabkan seseorang berasa terganggu dan tidak selesa.
-menjejaskan keyakinan diri dalam berinteraksi secara sosial (contoh: menyebabkan si pesakit malu untuk berjabat tangan dengan orang lain)
-menyebabkan tekanan
-mengalami kesulitan mengoperasikan dan menggenggam alat-alat tertentu seperti pisau, pen atau memainkan alat muzik.
-mengakibatkan dehidrasi/kehilangan cairan tubuh.

Contoh situasi yang sering dihadapi oleh penghidap penyakit ini:
-Rasa segan nak salam
-Mengesat-ngesat dahulu tangan sebelum bersalaman
-Memerlukan tisu bila nak pegang sesuatu sebab bila tangan berpeluh, nak pegang benda tu pun macam licin
-Setiap kali memegang sesuatu, pasti akan meninggalkan kesan basah kat benda tersebut

Tapi kan., antara kebaikan kepada pesakit yang menghidap penyakit ini ialah telapak tangannya akan sentiasa lembut, halus, licin, mulus.. :senyum:
tapi rase sedih pulak bila bersalam dengan orang lain, ade yang berkata, "Mak oi...lembutnya tangan dia ni... ni mesti tak pernah masuk dapur!". 

Rawatan:


  • -Guna anti-perspirant yang mengandungi aluminum chloride.
  • -Makan ubat anticholinergic (seperti Ditropan, Robinul dan Cogentin) yang bekerja dengan mencegah stimulasi dari kelenjar peluh (tapi ada efeknya iaitu mulut kering, perasaan melayang (dizziness), penglihatan kabur, sembelit, hilang selera makan)
  • -Iontophoresis iaitu dengan mengalirkan arus elektrik berkekuatan rendah pada tangan yang dicelupkan di dalam air selama 10-20 minit dengan tujuan untuk ’menutup’ saluran peluh.
  • -Pembedahan Endoscopic thoracic sympathectomy (ETS) iaitu dengan memotong syaraf simpatis di tulang belakang di wilayah tulang dada (thorax).
  • -Suntikan toksin Botulinum @ Botox.

Sumber: halaqah.net

15Ulasan

  1. sy tau my wife, mamaD memang hadapi masalah tangan berpeluh dari dulu lagi..kadang katanya dia segan nak bersalaman dgn kwn2 perempuan lain. memang masalah jugak ea masalah ni...suruh check n jumpa dgn doc, takmau plk dia..heemm.

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah, setakat ni aima xpernah lab alami permasalahan ni. Kalau ada pun mungkin time2 tgh gabra..

    BalasPadam
  3. tangan berpeluh ni pun punca penyakit, saya pernah tengok dalam tv dulu...

    BalasPadam
  4. Kita pernah terbaca mengenai ni, tapi dah lupa Maria..

    BalasPadam
  5. Harap2 penyakit ini tidak mengganggu tahap keyakinan diri anak murid itu..kesian juga ya..

    BalasPadam
  6. Ish kritikal jugak bunyinya. Tak sangka efeknya begitu kronik sekali ye sampai melibatkan jantung dan organ penting lain. Kenit pernah jumpa orang yang berpeluh tangan dan kakinya sekali!

    BalasPadam
  7. Saya pun ada kenalan yg ada penyakit ni.. kesian..

    BalasPadam
  8. Tak sangka tgn berpeluh nihnteruk jugakkan...

    BalasPadam
  9. Sy hidup ngan penyakit nie dr kecil lg...

    BalasPadam
  10. tangan sy mudah berpeluh. tp time panik/berdebar/malu je. kalau menulis or elses mmg tgn xberpeluh. harap tu normal hehe

    BalasPadam
  11. Saya ada kawan mcm ni....katanya,tangan dia akan berpeluh bila tgh panas atau cuaca panas...bila bukan tgh kepanasan,dia okay je.....kesian dekat dia bila dalam kelas nak menulis tu,dia susah nak menulis

    BalasPadam
  12. Saya sendiri alami tangan peluh ni..sirius kdang2 mmg btol segan gila nk salam ngn kwan2 msti lap dlu tngan ..sya time kerja tgan peluh trok ,dlu time skola mmg ssah nk tulis ..mmg basah la buku ,smpai ad 1 tahap sya dh fed up sya sruh org yg tlog tlis n buat kerja skola sya..sya upah dia..smpai skarang dh kwen still sma msih trok..sya xtau nk buat n nk ubat mcm mna?ad ka ubatnya?please help me ! !

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ