Kuala Lumpur: Langit Malaysia diterangi juraian hujan meteor Geminids mulai Jumaat ini hingga 17 Disember, menurut Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) semalam.
Dianggarkan, kira-kira 120 juraian meteor sejam dapat dilihat pada masa kemuncaknya yang bermula dari awal pagi 13 Disember hingga 14 Disember ini.
“Titik meteor Geminids adalah daripada buruj Gemini yang berada di langit Malaysia sejak September lepas hingga April tahun depan.
“Pada tahun ini, kenampakannya tidak begitu baik kerana waktu kemunculannya sama dengan fasa bulan hampir purnama (91 peratus penuh),” demikian menurut kenyataan itu.
Mereka yang berminat menyaksikan hujan meteor boleh berbuat demikian dengan memandang ke arah timur laut selepas waktu tengah malam hingga subuh di kawasan lapang dan gelap.
Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi Planetarium Negara di talian 03-22734303 atau 03-22734301. - BERNAMA
Sumber: Harian Metro
Jom kita saksikan fenomena alam yang jarang sekali berlaku di Malaysia... moga kita juga boleh melihat kebesaran Allah dan menambahkan keimanan kita... إن شاءالله
insyallah...amin
BalasPadamameen... :-)
Padammenarik tu.. agaknya bahaya tak hujan meteor tu?
BalasPadamtak sure la..sbb 1st time kt malaysia ni.. tpi mksd hujan tu bkn mcm trun hjn tu..cuma byk meteor di lngit je..,
Padamwoww .. tapi mase tu kite dah tidorr .. ahaha ..
BalasPadamhehe... set alarm...
PadamKlu dpt tengok hujan tu lalu seronok, harap2 jngn ada yg menyimpang ke sini sudahlah.. thanks sharing. :)
BalasPadammmg lalu kt Malaysia...
Padam