Imam al-Bukhari meriwayatkan:
أَنَّ أَنَسَ بْنَ مَالِكٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ يَقُولُ جَاءَ ثَلَاثَةُ رَهْطٍ إِلَى بُيُوتِ أَزْوَاجِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَسْأَلُونَ عَنْ عِبَادَةِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَلَمَّا أُخْبِرُوا كَأَنَّهُمْ تَقَالُّوهَا فَقَالُوا وَأَيْنَ نَحْنُ مِنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَدْ غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ وَمَا تَأَخَّرَ قَالَ أَحَدُهُمْ أَمَّا أَنَا فَإِنِّي أُصَلِّي اللَّيْلَ أَبَدًا وَقَالَ آخَرُ أَنَا أَصُومُ الدَّهْرَ وَلَا أُفْطِرُ وَقَالَ آخَرُ أَنَا أَعْتَزِلُ النِّسَاءَ فَلَا أَتَزَوَّجُ أَبَدًا فَجَاءَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِلَيْهِمْ فَقَالَ أَنْتُمْ الَّذِينَ قُلْتُمْ كَذَا وَكَذَا أَمَا وَاللَّهِ إِنِّي لَأَخْشَاكُمْ لِلَّهِ وَأَتْقَاكُمْ لَهُ لَكِنِّي أَصُومُ وَأُفْطِرُ وَأُصَلِّي وَأَرْقُدُ وَأَتَزَوَّجُ النِّسَاءَ فَمَنْ رَغِبَ عَنْ سُنَّتِي فَلَيْسَ مِنِّي
Daripada Anas bin Malik katanya, tiga orang telah datang ke rumah isteri-isteri Rasulullah s.a.w. mereka bertanya tentang ibadat baginda. Apabila mereka diceritakan seolah-olah mereka merasakannya sedikit. Mereka berkata: “Di manakah kedudukan kita jika dibandingkan dengan Rasulullah s.a.w. sedangkan baginda telah diampunkan dosanya yang terdahulu dan yang kemudian. salah seorang mereka berkata: “Saya akan sentiasa bersembahyang malam dan seorang lagi berkata: “Saya berpuasa sepanjang tahun, tidak akan berbuka(tidak ada hari yang tidak berpuasa) dan orang yang terakhir berkata: “Saya akan menjauhi perempuan dan tidak akan berkahwin selama-lamanya. Tiba-tiba Rasulullah datang kepada mereka seraya bertanya: “Kamukah yang mengatakan begini, begini? Demi Allah, sesungguhnya aku lebih takutkan Allah daripada kamu, paling bertaqwa kepada-Nya daripada kamu namun aku berpuasa dan aku berbuka, aku sembahyang dan aku tidur dan aku mengahwini perempuan. Maka dengan itu, sesiapa yang tidak suka akan sunnahku maka dia bukan dari kalanganku. (al-Bukhari)
Pengajaran Hadis
- Larangan dari melampau dalam mengamalkan ajaran Rasul.
- Maksud sebenar ibadat ialah ketaqwaan kepada Allah s.w.t. bukan semata-mata banyak ibadat badaniyyah.
- Sunnah Rasulullah s.a.w. adalah realistik dengan Sunnatullah dan tiada percanggahan. Sunnatullah menuntut manusia hidup dalam lingkungannya. Mengambil bahagian sebagai seorang pekerja, suami dan bapa.
- Galakan supaya beribadat tetapi bukan sampai ke tahap membahayakan diri sendiri dan tanggungjawab terhadap orang lain.
- Shari’at dibina di atas prinsip fitrah, kemudahan dan kesederhanaan.
- Dalam hadis ini ada juga petunjuk bahawa keutamaan ilmu mengatasi ibadat. Ilmu mengenal Allah dan kewajipan terhadapnya lebih besar dan patut diberikan keutamaan. Ini berdasarkan kepada ayat surah Fatir, 28: إِنَّمَا يَخْشَى اللَّهَ مِنْ عِبَادِهِ الْعُلَمَاءُ
Sumber: darulkauthar
Jika kita tengok fenomena zaman sekarang, orang berlumba-lumba sampaikan kebenaran dan ilmu, termasuk lah berleluasanya hadis-hadis palsu... Tak salah nak menyampaikan ilmu dan mengajak orang mengikut sunnah Nabi s.a.w, tapi hati-hati ajak dan sebarkan kebaikan kerana di internet tu tak semuanya betul... perlu selidik dan pastikan kesahihannya... dan ikutlah sunnah yang sahih dan betul shaja, usah menambah-nambah perkara yang Nabi s.a.w tak buat... ikut saja, jangan kerana nak dapat pahala lebih, kita menambah-nambah pula..
thanks akak. share ilmu pagi2 ni :)
BalasPadamsama2... mga bermnfaat...
Padamdkt fn tuh byk ajee yg cube nyampaikan tp xtau la btol atau x..klu kite ade didikan agama yg basic kite blh tau mane btol n mane xbtol
BalasPadambetul tu TB... kt fb tu mmg byk kena ditapis dan diselidik dulu sblm sebarkn...
Padamberibadah tu beribadah jugak..tp jgn smpai memudaratkan diri.. kan...
BalasPadambetul... Islam tu mudah...
PadamTerima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ