Sumber: google images |
Sebenarnya, aku hanya memerhati dan melihat fenomena ini dah lama wujud di laman sosial terutama di Facebook.. dan tak silap aku, ada satu group pasal bersalin di rumah atau "home birth"... hmm... tapi aku hanya jadi silent reader sahaja, memandangkan ilmu kita yang cetek...
Namun, terbaca satu artikel di Sinar Harian, rupanya kes dan isu ni semakin melarat rupanya... apabila ada kes kematian seorang ibu muda yang bersalin di rumah, dan hanya ditemani oleh seorang jurulatih yang tak bertauliah... antara petikan artikel berkenaan ialah:
Difahamkan, ibu muda tersebut terpengaruh dengan jurulatih berkenaan yang berasal dari sebuah gerakan terkini di negara kita yang giat mempromosi kelahiran secara alami dan semulajadi termasuklah menolak campurtangan perubatan dan rawatan moden serta keterlibatan pihak hospital.
Gerakan yang tertumpu di sekitar ibu kota dan utara tanah air ini beroperasi dengan mengadakan kelas-kelas yang terbuka kepada ibu-ibu mengandung atau pasangan yang berhasrat mendapatkan anak.
Modus operandinya, mereka menggunakan ayat-ayat berbentuk Islamik untuk mempengaruhi dan meyakinkan ibu-ibu ini bahawasanya proses kelahiran merupakan sesuatu yang fitrah, tidak memerlukan sebarang keterlibatan pihak perubatan, tidak perlu menghadiri pemeriksaan di hospital dan klinik, serta proses melahirkan anak boleh dilakukan di mana-mana sahaja termasuklah di rumah walaupun tanpa kehadiran petugas kesihatan.
Artikel penuh di SINI
Hmm... macam-macam hal kan... memang tak dinafikan zaman dulu, ramai ibu bersalin dirumah sebab tiada kemudahan di hospital, tapi zaman dah berubah... kita ada pilihan yang lebih baik... walaupun zaman tu tiada doktor, tapi ada bidan kampung kira orang yang pakar pasal sakit puan pada zaman tu... diorang tak bersalin sendiri... bukan ditemani suami sahaja, tapi bidan kampung yang pakar bab2 bersalin ni...
Disebabkan kes ni juga, seorang ustaz memberi pandangan berkaitan hukum bersalin di rumah pada zaman sekarang... antara petikan tulisan ustaz ni blog "Pandangan Seorang Ustaz" ialah...
Amalan beranak dirumah atau 'home birth' pada zaman dahulu merupakan adat kebiasaan masyarakat yang lazim berdasarkan kemahiran semasa mereka seperti perbuatan bertani, bercucuk-tanam dan seumpamanya.
Hukumnya ialah harus pada zaman dahulu kerana ia termasuk dalam perkara yang disebut dalam hadith Rafi' bin Khadij al-Ansori RA bahawa Rasulullah salallahualaihiwassalam bersabda ;
أنْتُمْ أعْلَمُ بِأُمُوْرِ دُنْيَاكُمْ
”Kamu lebih mengetahui tentang urusan dunia kamu semua." [Riwayat Muslim]
Justeru untung-rugi adalah berdasarkan rezeki Allah yang ber'asbab'kan kepada kemahiran dan teknologi zaman tersebut.
Namun pada zaman hari ini risiko tersebut sudah tidak wujud lagi atas faktor teknologi, perkembangan ilmu perubatan dan sebagainya. Maka menolak kebaikan teknologi dan menjerumuskan diri kepada bahaya dan risiko kematian akibat bersalin dirumah tanpa ilmu yang mencukupi dan kemudahan perubatan adalah Haram serta termasuk perbuatan derhaka kepada Allah dan kufur kepada nikmat-Nya.
Hadith menyebut :لاَ ضَرَرَ وَلاَ ضِرَارَ
"Tidak boleh mendedahkan diri kepada mudharat dan melakukan kemudharatan." [Riwayat Malik, Ibn Majah dll]
Kaedah ini bertepatan dengan amalan salaf yang menyebut barangsiapa yang berpuasa sedangkan dia tidak mampu lalu mati maka dia seolah-olah telah membunuh dirinya.
2. Perbuatan beranak dirumah pada hari ini adalah harus dengan syarat memiliki pengetahuan asas yang penting bagi mengelakkan risiko bahaya, mempunyai kelengkapan yang mencukupi. Tetapi sebaik-baiknya ialah menghantar isteri atau ibu mengandung ke hospital kerana hal ini bertepatan dengan Firman Allah SWT;
فَاسْأَلُوا أَهْلَ الذِّكْرِ إِنْ كُنتُمْ لَا تَعْلَمُونَ
“Bertanyalah kepada ahli ilmu jika engkau tidak tahu." [An-Nahl: 43].
Iaitu merujuk sesuatu urusan kepada pakar dan ahlinya, bukan tunjuk pandai atau menjadi ruwaibidhah dalam bidang perubatan.يسروا ولا تعسروا
'Permudahkan dan jangan persusahkan.' [Riwayat al-Bukhari]
Islam ini agama yang mudah, jangan menyusahkan diri dalam hal yang tak disuruh oleh agama. WA
Artikel penuh dan penjelasan penuh oleh penulis boleh baca di SINI
Dan ada juga yang beralasan untuk menjaga aurat dan mengelak di inject dengan pelbagai ubatan moden... sebenarnya, sejauh mana ilmu kita pasal perubatan??? sebaiknya berbincang dengn doktor yang arif tentang hal kedoktoran, dan perubatan, jangan cedok ilmu dari internet atau kenalan sahaja.. sebab zaman sekarang memang dan slah satu tanda kiamat juga iaitu ilmu disampaikan oleh bukan ahli ilmu.... jadi.. nak ilmu kena cari guru yang arif bukan taklid melulu...
Mungkin ada yang tak puas hati kot dengan artikel ni, dan juga ulasan serta pandangan aku ni.. tapi, apa-apa pun jika kita faham sebenarnya Islam tu mudah dan tak menyusahkan pasti kita akan memilih jalan yang mudah... meletakkan diri dalam risiko atau bahaya hukumnya HARAM di sisi Islam...
Kat hospital sekarang pun, dah boleh pilih doktor, boleh request nk doktor pmpuan, dan boleh berbincang pasal kelahiran yang kita nak... semua tu ada pilihan... doktor hospital kerajaan pun boleh... tanyalah pada yang arif, jangan buat keputusan sendiri... dan mengikut-ikut...
Kesimpulannya, salah ke bersalin kat rumah???
Tak salah jika kamu cukup ilmu dan kepakaran!!!
Jadi, kalau tak cukup ilmu, baik jangan tanggung risiko ok!
p/s" kalau belajar kaedah fiqh insha Allah, kita tak akan mudah ikut-ikut dan lebih faham Islam tu sgt mudah sebenarnya... :)
Byk risiko bersalin kat rumah..ada apa2 hospital sudahnya..
BalasPadamSusah juga. Apa-apa berlaku akan susahkan ramai orang.
BalasPadamSaye sokong natural birth,tp still prefer hospital.. natural birth kt hospital..=)
BalasPadamAssalamualaikum, datang singgah sini... ^^
BalasPadamOrang dulu-dulu kebiasaannya bersalin di rumah menggunakan khidmat bidan kampung yang berpengalaman....Ummi sendiri melahirkan anak yang ketiga pun di rumah mak di kampung menggunakan khidmat bidan kerajaan, alhamdulillah tiada sebarang komplikasi.... ^^
dah ramai jgk yg berjaya lahirkan anak di rumah..orang dlu2 lagilah..dan kalau beranak kat spital pun x menjanjikan tak meninggal..so cmne...fenin sudah..huhu
BalasPadamCN sokong pandangan akak, dah ada kemudahan, kenapa mesti tolak kemudahan kn? lg pun, CN sndiri pengalamn bersalin di hospital kerajaan, mula2 dah mention nk doktor pompuan, tapi last2 tgk skt2 nk push tu, masuk pulak doktor lelaki dgn alasan nk jumpa doktor yang sambut baby CN sedangkan masa tu aurat CN terbuka, dah tnya ustaz, itu tak mengapa sebab darurat..
BalasPadamaish,, kalau mama baiklah bersalin di hospital, doktor dan kelengkapan semua lengkap...
BalasPadamBoleh jenguk mama di sini.. Mommy As Blog
nice share.. betol tu.. bersalin di rumah lebih berisiko..
BalasPadamdatang follow dan menabung sini..
Bunda singgah...
BalasPadamzaman bunda melahirkan dulu takder pilihan...
Kalau dulu memang rata² bersalin kat rumah sebab hospital kurang kan.Now dah ada hospital banyak ni better prefer kat hospital yang lebih banyak kemudahan dan kepakaran.
BalasPadamfiza nak inform,blog akak telah dipromote untuk kategori dakwah.Terima kasih sudi join :)
http://www.azhafizah.com/2013/12/berdakwah-melalui-penulisan-di-blog.html
ada otak n akal yg waras boleh fikir,klu takde otak sgt pun amik pendangan ustaz ni,kan ke katanya haram..hehe
BalasPadamsalam..singgah sini :)
BalasPadambersama kongsi ilmu ye !
PENCARIAN BLOGLIST ! ^_^
http://syiralokman.blogspot.com/2013/12/pencarian-bloglist-bulan-februarimac.html
owh...tak tahu plak ade trend macam nie rupanya..tapi sebenarnya bahaya gak bersalin nie kalau takde orang yang betul2 arif pasal bab2 nie...klik nuffy sini..
BalasPadamRegards,
-Strider-