Tinggalkan Anak sebab Nak Dating???

Maria Firdz
13

Hari minggu ni...pasti ramai yang keluar jenjalan kan... Bagi yang belum kahwin pasti kuar dengan kengkawan la kan... Bagi yang dah kahwin atau baru kahwin belum ada anak...memang ni lah masa nak dating lepas sibuk kerja sehari-hari kan... Bestnya dating berdua kan... Bagi yang dah ada anak plak, ada pilihan...sama ada dating berdua dengan tinggalkan anak2 dengan pengasuh atau mak aje... Atau keluar bersama dengan anak2...

Pendapat aku ea...yang memang takde kena mengena dengan sesiapa... Sepanjang aku ada anak kecik...tak pernah tinggalkan anak dengan pengasuh apatah lagi mak mentua semata-mata nak habiskan masa berdua dengan suami...

Rasa tak sanggup aje nak buat macam tu... Anak adalah pengerat kasih sayang kami... Tinggal g kerja pun tak boleh lama...apatah lagi tinggal semata-mata nak g dating kan... Kursus pun aku angkut sekali... Mana mungkin sesaja je nak tinggal kerana nak dating...

Melayan karenah anak kecik bersama suami isteri adalah pengerat hubungan kami... Mungkin bila anak2 dah besar nanti baru la pkir dating berdua kan... Selagi anak-anak kecik ni...memang akan bawa je anak ke mana kami pergi...

Bahkan kalau nak keluar g makan malam pun kami usung juga anak walaupun anak tu dah tido... Tak sampai hati nak tinggal... Rasa bersalah aje nak tinggal...

Tiada dah istilah dating berdua lepas ada anak kecik... Sekarang ni dating bertiga...tahun depan insha Allah dating berempat pula... Insha Allah...anak2 dah besar nanti baru boleh dating berdua semula... Sekrang ni masa untuk sama2 besarkan dan curahkan sepenuh perhatian pada anak2...

Bila masa kami dating berdua??? Bila si kecik dah tido... Dating depan tv..tengok ceramah atau drama bersama-sama sambil makan2... Ok lah kan... Janji dating kan... Insha Allah boleh aje nak dating..walaupun di rumah aje...

Ok lah.. Ini pendapat aku sendiri...tiada kena mengena atau kaitan dengan sesiapa sama ada hidup atau mati ok... Jadi...jangan nak terasa ke apa plak... Terpulang kepada individu masing2 cara nak kekalkan hubungan suami isteri tu kan... Cuma aku ni dah berubah hati lepas ada anak... Rasa sedih je nak berpisah dengan anak... Mujur suami pun jenis gtu gak... Jadi takde masalah kami dating bawa anak sekali...

P/s: sekadar pendapat peribadi....

Published with Blogger-droid v2.0.10

Catat Ulasan

13Ulasan

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ

  1. Balasan
    1. Hmm... Semua parent nk kn yg terbaik utk anknya... :-)

      Padam
  2. iman bujang pon xkeluar dating smpai org kata xbosan ke xkeluar mana2. xkan xada pkwe.sentap jugak la..tapi bila pikir balik buat apa dating la.baik hbiskan ms dgn family. smpai jiran2 iman dh pasan iman hanya tahu pergi kerja balik kerja je

    BalasPadam
    Balasan
    1. Xyah dating2 dan berpkwe la iman... Sy dulu pun beLm khwin pun x dting2..lpas khwin bru best dating sbb halal dan berpahala...

      Padam
  3. Salam, Ada syarat tambahan oleh sponsor Giveaway Tengkubutang, sila klik link dibawah ini untuk laksanakan.. sila check samada anda telah memenuhi syarat2 penyertaan Giveaway 1 Year Blog Tengkubutang, Bagi yang telah laksanakan tanggungjawab u olls, sila abaikan mesej ini.. =) .. rQ

    http://tengkubutang.blogspot.com/2013/11/syarat-tambahan-bagi-peserta-giveaway-1.html

    BalasPadam
  4. Lebih baik bawa anak.. jenjalan pun lain rasanya.. penat sikit tp seronok & lebih berbaloi.. :)

    BalasPadam
  5. Itulah naluri seorang ibu, susah senang biarlah bersama..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan... Naluri isteri dan ibu... Puas tgk insan tersyg dpn mata...

      Padam
  6. dating bawa anak bersama menjadi pengerat kasih sayang.. contoh untuk aiza juga ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yup... Mengeratkn ksh syg.. Itu sy lah..x tau la org lain..

      Padam
Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !