GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Kena Cerai bukan Bermakna Dunia Nak Kiamat

Kuala Lumpur: Akibat tertekan dengan masalah rumah tangga dihadapi selepas diceraikan dengan talak tiga, seorang wanita nekad cuba membunuh diri dengan mencurah petrol dan membakar diri di depan rumah bekas suaminya di Puchong, kelmarin.

Dalam kejadian jam 6 petang itu, wanita berusia 25 tahun yang bertugas sebagai penjawat awam itu kini dilaporkan dalam keadaan kritikal selepas terbakar hampir 80 peratus.

Sumber memberitahu Harian Metro, sebelum kejadian, mangsa datang ke rumah bekas suaminya sebelum berlaku pertengkaran mulut akibat tidak berpuas hati apabila diceraikan dengan talak tiga.

“Pasangan berkenaan dikatakan sering bergaduh menyebabkan bekas suami wanita itu menceraikannya dengan talak tiga kerana tidak tahan dengan sikap cemburu buta wanita itu yang menuduh bekas suaminya mempunyai hubungan sulit,” katanya.

Difahamkan, pasangan berkenaan baru lapan bulan berkahwin dan ia perkahwinan kedua wanita berkenaan.

Menurut sumber, selepas berlaku perang mulut, wanita berkenaan meninggalkan rumah itu dengan memandu kereta.

“Bagaimanapun, kira-kira 10 minit kemudian, wanita itu datang semula ke rumah berkenaan dengan membawa sebotol petrol lalu dicurahkan ke badannya ketika masih berada dalam kereta.

“Bekas suaminya cuba menghalang perbuatan itu, namun gagal sebelum wanita itu terlebih dulu menyalakan pemetik api menyebabkan api terus menyambar seluruh badannya,” katanya.

Menurut sumber, bekas suaminya turut melecur pada kedua-dua lengan dan dada, namun sempat menghantar bekas isterinya ke hospital.

Katanya, bekas suaminya cuba menyelamatkan wanita itu tetapi gagal sebelum pantas memeluk badan bekas isterinya dalam usaha memadamkan api.

“Akibatnya, bekas suami wanita itu juga melecur pada kedua-dua lengan dan dada, namun sempat menghantar bekas isterinya ke hospital,” katanya.

Difahamkan, wanita berkenaan dilaporkan kritikal dan masih menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Serdang manakala bekas suaminya pula menerima rawatan sebagai pesakit luar.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan siasatan sedang dijalankan.

Sumber: Harian Metro

Tekanan yang dasyat akibat penceraian. Kesian pun ea juga... sebab baru lapan bulan kahwin kan... tapi penceraian tak bermakna dunia dah nak kiamat. Dalam Islam sendiri memang ada hukum penceraian. Tapi walaupun begitu, ia adalah perkara yg Allah benci. Penceraian kadang-kadang bawa kebaikan, sebab jika satu-satu perkahwinan dah tak selamat lagi, penceraian lebih baik kan.. Tindakan membunuh diri, seolah-olah putus asa dengan hidup, padahal lepas bercrai boleh teruskan dan majukan diri sendiri...sebab dia pun muda sgt lagi.. Penceraian bukan bermakna dunia dah nak kiamat. Kesian juga dengan wanita ni.. lelaki pun jangan mudah sgt melafazkan talak... sebab banyak dah citer pasal gila talak, gara-gara terlepas kata... hmm... setiap hari de orang bersalin, de orang kahwin tapi ramai juga yg bercerai.. itulah resam dunia... 

9Ulasan

  1. Astaghfirullahallazim.. ..tindakan tburu2 tnpa bfikir waras, mkn diri sdiri..

    BalasPadam
  2. sedihnyer...
    sbb tu pentingnyer agama dlm jiwa..
    tp itulah..mde x kena kat kita.. kalo terjadi kat kita, ntah kita leh trima knyataan atau sebaliknyer.. apa2 pon.. sentiasa redha dgn ujianNya..insyallah, walau sesakit n sukar mana pon akan dpt diatasi...

    BalasPadam
  3. ini dah macam tekanan mental dah ni jadinya dan gagal dalam mengawal emosi.... hurmmm....

    BalasPadam
  4. penuhkan iman dan ilmu di dada insha Allah boleh fikir waras ..

    BalasPadam
  5. Tulah kak tadi kita baca. Aduhaiii takutnya. Bila emosi menguasai diri camni lah jadinya.. makin ramai org hidup dengan tekanan perasaan yg hebat skg ni

    BalasPadam
  6. Jika ditakdirkan umur panjang, terpaksa menanggung kecacatan seumur hidup atas kesilapan sendiri

    BalasPadam
  7. aduhla... sampai sanggup nk bunuh diri, kadang bile jd camtu kite jd pendek akal... terlalu ikutkan hati...

    BalasPadam
  8. Ya Allah... smpai nak cederakan diri sendiri tu yg tak patut.. betul tu, kena cerai bukan bermakna hidup kita pun akan berakhir...kena lah bangkit dan teruskan hidup...apapun sama2 kita jadikan ikhtibar..

    BalasPadam
  9. sampai mcm tuh skali tindakan die lpas kena cerai??/ishhh tkutnye..mintak dijauhkan semua tuh

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ