Risiko Hamil Lewat Usia

Maria Firdz
2
Sumber: google images

Pada masa kini hamil di usia lewat atau sekitar 30 tahun bukan lagi satu senario asing, khususnya di kalangan wanita bekerjaya. Namun, dari sudut perubatan, pakar mengatakan hamil di usia lewat mempunyai risiko tersendiri.

Usia telur/ovum yang dihasilkan oleh wanita adalah bersamaan dengan usia mereka. Justeru semakin lewat usia wanita hamil maka tahap kesuburannya menjadi semakin rendah dan turut meningkatkan risiko seperti masalah kecacatan anak yang dikandung.

Perlu diketahui bahawa tahap kesuburan bagi wanita yang berusia lewat 30-an menjadi semakin perlahan dan mungkin menyukarkan mereka hamil cepat.

Kesan usia ke atas kehamilan

Kajian pakar perubatan mengatakan majoriti ibu yang berusia berkemungkinan mendapat penyakit diabetes, darah tinggi atau lain-lain penyakit kronik yang boleh menjejaskan kehamilan dan proses kelahiran.

Penyelidikan yang dijalankan tentang kesan umur ke atas kelahiran bayi termasuk peningkatan dalam kekerapan komplikasi kehamilan seperti diabetes akibat kehamilan, plasenta rendah dan kelahiran pramatang.

Kesan usia ke atas bayi yang dikandung

Umum sedia maklum tentang risiko yang bakal dihadapi oleh wanita hamil di usia lewat. Mereka mempunyai kebarangkalian yang lebih tinggi untuk melahirkan bayi yang mempunyai kecacatan seperti sindrom Down, sindrom Edward atau sindrom Patau.

Biasanya doktor akan menyarankan bakal ibu membuat ujian amniosentesis bagi memberikan diagnosis yang tepat mengenai kandungannya. Ia sekurang-kurangnya dapat membantu bakal ibu membuat persiapan untuk sebarang keperluan khas bayinya. Tetapi ujian ini bukan satu paksaan dan jika wanita tidak berminat ia tidak perlu menjalaninya.

Selain daripada itu, risiko lain yang lebih kecil boleh berlaku ke atas bakal ibu terutama yang berusia 40 tahun ke atas iaitu kematian bayi dalam uterus di peringkat akhir kehamilan. Justeru itu, para doktor biasanya meningkatkan pemantauan ke atas bakal ibu terutama di akhir trimester kehamilan.

Kesan usia ke atas proses bersalin

Proses pelahiran bayi merupakan satu proses yang panjang dan melelahkan. Segala kudrat dan tenaga dikerahkan oleh si ibu demi melahirkan bayi. Oleh itu faktor usia turut memainkan peranan dalam menjayakan proses kelahiran bayi.

Jika anda berusia lebih daripada 35 tahun, maka anda lebih cenderung untuk melalui proses melahirkan bayi secara cetusan (induce), suntikan epidural atau kelahiran forsep. Hampir kesemua kajian turut bersetuju kadar kelahiran secara pembedahan caesarean turut meningat mengikut usia ibu.

Bagaimanapun, peningkatan ini nampaknya tidak berkaitan dengan mana-mana masalah spesifik. Sesetengah kajian mendapati bahawa kecemasan fetus lebih kerap didiagnosis bagi ibu yang lebih tua, yang juga menerangkan mengapa kadar caesarean lebih tinggi.

Terdapat juga bukti mengatakan ibu yang berusia lebih cenderung melalui peringkat kedua bersalin yang lebih panjang kerana otot-otot uterus tidak berfungsi dengan begitu baik apabila wanita meningkat usia.

Selain daripada itu faktor psikologi turut menyumbang kepada proses kelahiran. Kebimbangan akan terjadi banyak komplikasi juga akan mendatangkan komplikasi. Jika bakal ibu dan doktor asyik memikirkan perkara tidak baik akan berlaku, ibu akan berasa tertekan. Stres akan mengganggu imbangan sensitif hormon dan kimia semula jadi dalam badan anda.

Kelebihan ibu usia lewat

Bagaimanapun, ibu usia lewat mempunyai kelebihan dari segi fizikal dan psikologi lebih daripada wanita yang lebih muda. Mereka selalunya mengikut gaya hidup yang lebih sihat, berpendidikan lebih tinggi dan kedudukan kewangan yang lebih baik.

Wanita berusia selalunya lebih matang dalam menangani simptom-simptom kehamilan, berdikari dan yakin dengan apa yang mereka mahu serta bersedia dari segi mental untuk bergelar ibu.

Sumber: Majalah PaMa

Catat Ulasan

2Ulasan

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ

  1. hehe..dah jodoh lmbt sikit kak.kak..bru pasan blog akk dh berubah yeayy

    BalasPadam
    Balasan
    1. klu dh jodoh lmbat apa boleh buat dik.. itu semua ketntuan Allah...

      Padam
Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !