GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

PBS Seni: Ukiran Sabun

Sempena PMR, kelas banyak digunakan jadi pelajar sesi petang dikumpulkan dan diadakan Program Peningkatan Akademik untuk semua kelas. 
Dua hari berturut mereka ada kelas PBS seni.. Macam-macam lah projek seni diorang buat. Semalam aku bertugas untuk pantau pelajar ni semua... 


Tugasa seni semalam ialah ukiran sabun.. Bukan budak yg teruja tapi aku yang teruja tengok diorang buat.. Diorang dipecahkan kepada 3 kumpulan besar... Kemudian cikgu yang ditugaskan memantau mereka. Langkah pertama untuk jam yang pertama, diorang kena lakarkan apa yang mereka nak ukir pada sabun di atas kertas dulu... Temanya floral... Macam-macam ragam tengok.. ada yang betul-betul berbakat, ada yang main-main je... tapi tak kisah, janji buat kan.. 





Lepas rehat, diorang berkumpul ramai-ramai dan dipantau oleh guru kumpulan masing-masing... Masa ni diorang diberi sabun dan pisau serta peralatan lain untuk mengukir... Seronok tengok diorang buat... Ada yang betul2 kreatif boleh buat walaupun pertama kali, tapi ada yang biasa-biasa sahaja... 

UKiran sabun ni adalah PBS Seni untuk Band 3... Alhamdulillah... jam 6 petang semuanya tamat... Satu pengalaman juga bagi aku... seronok tgk diorang buat... mungkin kita sendiri boleh cuba... (^_^)

6Ulasan

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ