GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

5 Manfaat Daging Merah untuk Kesihatan


Daging memang enak dimakan dengan cara masakan yang pelbagai seperti rebus, goreng, panggang atau apa sahaja.

5 Manfaat Daging Merah untuk Kesihatan

5 Manfaat Daging Merah untuk Kesihatan

1. Menjaga Kekebalan Tubuh
Daging merah yang kaya dengan zat besi dapat membantu sistem imun (kekebalan badan) dan dapat menstabilkan stamina dalam badan.

2. Melindungi Tubuh Dari Jangkitan
Antibodi yang terkandung di dalam daging merah sangat bermanfaat melindungi tubuh ataupun luka dari jangkitan, terutama daging merah lembu.

3. Kecerdasan Otak
Menurut penelitian Organisasi Kesihatan Antarabangsa (WHO), kandungan vitamin B12 yang ada dalam daging merah dapat meningkatkan kecerdasan otak hingga 50 %.

4. Baik Untuk Kesihatan Kulit
Mengambil daging merah mengikut keperluan badan dapat menjaga kesihatan kulit, dan dapat mencerahkan bahagian kulit luar anda.

5. Bagus Untuk Ibu Hamil
Daging merah sangat bagus kepada ibu hamil kerana dapat membantu proses perkembangan  DNA menggunakan protein yang terkandung dalam daging merah.

Persoalan dan hadis tentang makan daging lembu/daging merah.

Soalan
benarkah hadis ini.
iaitu nabi melarang umatnya makan daging dalam masa 40 hari. i mean dalam masa 40 hari,hanya sekali sahaja makan daging. maaf krn x dapat menyatakan matannya. yg bercakap ttg hadis ini pun seorg ustaz juga.
mohon pencerahan.

Jawapan

Hadith 40 hari ni tak ada dalam penelitian saya, yg paling hampir ialah matannya spt di bawah:

و إياكم و لحومها ، فإن لحومها داء

terjemahnya: Dari Ibn Mas'ood ra, " ...jauhilah daging lembu kerana sesungguhnya ia mendatangkan penyakit." [dikeluarkan oleh al-Hakim, dinilai sahih oleh al-Albani, sahih al-Jaami', # 4061, Mulla ali al-Qari alHind, Syarh Musnad Imam Abu Hanifah]

Fiqh al-Hadith (pengajaran hadith):

Maksud hadith itu ialah jangan kerap makan daging lembu (red meat), bukan tak bagi makan langsung. Ini kerana Nabi saw menganjurkan korban haiwan dan baginda menyebut haiwan lembu boleh dijadikan haiwan korban. Ini bermakna boleh menyembelih lembu dan makan dagingnya, tapi bukan sekerap makan ikan dan ayam.

Makan daging lembu tidak boleh kerap dan jumlah yg banyak kerana terbukti dari sains nutritional (pemakanan), bahawa daging lembu membawa mudharat kepada kesihatan manusia.

Tapi tidaklah terperinci baginda menjelaskan cara nak makan daging, misalnya 40 hari sekali. Nabi saw dgn mukjizat yg beliau miliki telah mengetahui bahaya daging lembu mendahului pakar-pakar sains pemakanan. SubhanaLLah. sekian

2Ulasan

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ