Hukum Bacaan Yassin dan Diselangi Doa Antaranya

Maria Firdz
14
Seorang rakan sekerja aku pernah utarakan hal ini pada aku... Aku yang masih cetek ilmu wajib mencari jawapan bagi persoalan ini.... Apakah hukum bacaan Yassin yang diselangi doa antaranya, ataupun ayat yang diulang-ulang kerana sesuatu hajat... Mencari, dan mencari penjelasan tentang isu ini.. Menjadi satu ilmu baru juga bagiku... Insha Allah... Jom baca penjelasan mengenai isu ini... 

Sumber: google images

Membaca Yassin Berserta Doa
Soalan
Disini saya ingin bertanya..Dalam bacaan yassin ada ayat mubin sebanyak 7 kali di dalm bacaan yassin .. apa yang saya dengar.. bila berhenti pada ayat mubin.. kita boleh berdoa... lepas berdoa dan sambung pulak ayat seterusnya hingga sampai pulak pada ayat mubin seterusnsys dan berdoa... mohon beri pejelasan. 
Dan Sekiranya betul, boleh tak kita berdoa dengan doa pendekat jodoh selepas ayat mubin tersebut. dan disambung terus dengan ayat berikutnya dan seterusnya.

Jawapan
Waalaikumusalam,
Kaedah untuk baca yasin sedemikian adalah harus bagi tujuan untuk mendapat barangan berharga yang hilang sebagai suatu ikhtiar yang dibenarkan oleh Islam.

Cara membaca Surah Yassin
Yasin 7 Mubin ini dibaca untuk mendapatkan semula barangan berharga yang telah dicuri atau hilang. Barang dalam hal ini perlulah barang yang berharga seperti anak, kenderaan, barang kemas dan sebagainya. Tetapi Tidak boleh dibaca bagi barangan yang  kurang berharga ataupun barangan  yang boleh luput seperti buah durian atau yang sejenis dengannya.

Kaedah Membaca Yasin 7 Mubin
Kaedah yang dinyatakan ini adalah satu ikhtiar yang boleh diamalkan bagi bermohon kepada Allah SWT agar barang yang hilang atau dicuri dijumpai semula. Yasin 7 Mubin perlu dibaca dengan kadar yang segera iaitu dalam tempoh 24 jam dari kehilangannya.

.A. Langkahnya adalah seperti berikut:-
  • Lakukan Solat Hajat sekurang-kurangnya 2 rakaat dengan bermohon supaya Allah SWT mengembalikan barang yang hilang atau dicuri.
  • Boleh juga dibaca Doa Nabi Yunus sebanyak 40 kali secara bersungguh-sungguh di dalam hati memohon keampunan dari Allah Ta’ala, ketika dalam sujud yang terakhir.“Tidak ada Tuhan selain Dikau. Maha Suci Dikau Ya Allah, sesungguhnya daku adalah termasuk orang-orang yang aniaya.”
  • Selesai Solat Hajat,mulakan bacaan Surah Yasin mengikut kaedah seperti berikut;
  • Membaca Surah Yasin, apabila sampai pada setiap perkataan ‘Mubin’ (مبين), hendaklah wakaf (berhenti) dan berdoalah supaya Allah SWT mengembalikan barang yang hilang, kemudian ulangi semula bacaan Yasin daripada permulaan surah.
B.  Cara-cara untuk membacanya ialah :
  • Bacaan Yasin dimulakan dengan bacaan Al-Fatihah dan Selawat 11 kali.
  • Baca Yasin sehingga di Mubin (مبين) pertama (ayat ke 12) dan berdoa.
  • Baca semula dari awal sehingga Mubin yang kedua (ayat ke 17) dan berdoa.
  • Baca semula dari awal sehingga Mubin yang ketiga (ayat ke 24) dan berdoa.
  • Baca semula dari awal sehingga Mubin yang keempat (ayat ke 47) dan berdoa.
  • Baca semula dari awal sehingga Mubin yang kelima (ayat ke 60) dan berdoa.
  • Baca semula dari awal sehingga Mubin yang keenam (ayat ke 69)dan berdoa.
  • Ulang semula dari awal sehingga Mubin yang ketujuh (ayat ke 77), berdoa .
  • Lengkapkan bacaan Yasin sehingga habis ke penghujung surah dan disudahi dengan bacaan penutup (صدق الله العظيم).                                                                                                                               
  • Bagi tujuan  untuk dekatkan jodoh panel berpendapat elok anda laksanakan solat hajat di mana pada waktu siangnya anda berpuasa dan malamnya dilakukan solat hajat.Wallahu a'lam.
Ini sahaja yang dapat kongsikan.. moga jelas,,, hukumnya Harus, tiada pula dalil yang mengharamkan... Sebab ada yang kata tak boleh sebab nanti bilangan ayat berubah,,, tapi niat pengulangan adalah untuk berdoa dan berhajatkan sesuatu... Moga bermanfaat... 

Sumber rujukan: SINI

Berkaitan dengan pengulangan ayat dalam bacaan Yassin boleh baca di SINI
Tags

Catat Ulasan

14Ulasan

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ

  1. tq..berkongsi ilmu yg sangat berguna ini

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah. Sy dpt 1 ilmu berguna hari ni. Terima kasih ye. Berblogging sambil berdakwah... bagus tu.

    BalasPadam
  3. Thanks for sharing this Kak. Memang tercari-cari juga info ni

    BalasPadam
  4. oh... begitu rupanya, terima kasih kak kerana sudi berkongsi.. :)

    BalasPadam
  5. sy pon dlm proses mencari jodoh dengan iktiar gune yassin mubin.. semoga dpt suami yg terbaik.. aminnn

    BalasPadam
  6. Perlu diingat sebarang amalan bersifat ibadah hendaklah disertakan nas sahih dari hadis dan al quran. Tanpa sandaran hadis dibimbangi kita akan mengamalkan bidaah yang tercela dan nerakalah tempatnya sebagaimana disebut setiapkali khutbah Jumaat. Mohon sertakan nas-nas berkenaan sebelum kita boleh terima ia sebagai sesuatu yang jelas dan benar dalam islam. Menafikan bidaah ialah intipati ucapan "..Muhammadurrasulullah.." dalam lafaz kalimah tauhid. Walahualam.

    BalasPadam
Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !