GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Fesyen di benci lelaki!

Sumber: google images

Pada zaman kini, Fesyen dan teknologi bergerak pantas sehinggakan sukar di kejar. Fesyen memang jadi kegilaan gadis-gadis muda walaupun adakalanya ia langsung tak masuk akal. Mungkin cantik di mata kamu, tapi percayalah bagi seseorang lelaki ada 7 trend fesyen yang meluat dan tak sanggup si dia lihat seorang wanita gayakan.

☛      LEGGING
Legging memang selesa di pakai dan sering menjadi pilihan gadis-gadis untuk berfesyen.  Lebih trend jika ia mempunyai corak dan warnanya yang tersendiri. Hmm, tetapi, lain pula pandangan dari seorang lelaki. Mereka menggangap legging adalah sehelai seluar yang aneh. Jika kamu berniat untuk memakai legging bila keluar dengannya, lupakan sahaja. Kerana ia hanya akan menyebabkan kamu berdua ‘bergigit lidah’

☛      SANDAL GLADIATOR
Kalau sebut sahaja kasut jenis ‘Gladiator’ pasti kamu akan terbayang-bayang tali yang berlilit-lilitkan ? Ada setengah gadis mungkinlah suka dengan keunikannya. Tetapi totally NO pada lelaki! Mereka tak suka sesuatu yang merimaskan dan rumit. Jika kami pakai soalan pertama yang sia ucapkan pasti “eh, tak rimas ke you pakai kasut tu sayang ?” dengan sesinisnya!

☛     TUDUNG BERLILIT
Gadis bertudung memang lah manis di pandang. Sejuk sahaja hati siapa yang melihat. Tapi, kalau satu kepala berlapis-lapis tudung di pakainya jangan kata lelaki, orang di sekeliling pun lihat naik rimas dan rasa macam nak tanya je “tak panas ke pakai tudung berlapis-lapis ni ?” betul tak ? Kalau photoshoot mungkin lah sesuai, tapi kalau dah setakat nak pergi berdating lupakan sahaja lah!

☛      BOOTS
Di luar Negara, orang pakai boots di musim sejuk kerana nak megekalkan suhu panas pada badan. Tapi kalau di Malaysia, yang pakai boots tu nak panaskan apa ya ???? Hahh, itu yang akan di fikirkan oleh kaum lelaki. Malah percayalah mereka pasti akan berfikiran nakal dalam minda  tentang “pasti kaki dia berbaukan!” hehehe… tak percaya ? cuba kamunya.

☛      JUMPSUIT
Jumpsuit adalah pakaian ‘one piece’ yang bersambung daripada bahagian atas hingga ke bawah. Biasanya pakaian ini agak senang di pakai tetapi susah di tanggalkan. Jadi jangan terkejut jika si dia kata mungkin ini yang terakhir baju jumpsuit yang boleh kamu pakai kerana mula rasa rimas melihat kamu pakainya.

☛      SELUAR HAREM
Seluar ini penah menjadi trend satu masa dahulu. Ia di perkenalkan oleh MC Hammer, Uniknya seluar ini ialah kerana ia longgar dan selesa di pakai. Sekarang, si penggila fesyen mula mengenakan gaya ini semula. Ini salah satu lagi trend fesyen yang cantik di mata perempuan tetapi pelik di mata lelaki. Apa pun sebelum kamu pakai seluar ini tanyalah pendapat si dia dahulu ya.

☛      PAKAIAN BEWARNA NEON
Warna neon memang cantik terutamanya pada aksesori seperti rantai, beg dan sebagainya. Tapi, tahukah kamu lelaki paling tak faham macam mana seorang gadis boleh pakai pakaian yang bewarna neon sambil berjalan seperti tiada apa-apa yang berlaku.

Jadi please, jangan di sebabkan fesyen kamu di tinggalkan oleh si kekasih hati.

Seriously benda ni tak di nafikan, memang pernah terjadi. Tak percaya tanyalah orang di sekeliling kamu!


Jangan ingat semua lelaki suka perempuan seksi... Diorang tengok sebab dah memang tak boleh elak.. tak kan nak jalan tutup mata lak kan... 

6Ulasan

  1. hikhik..kelakar yg pakai pakaian neon tu
    seluar legging tu kengkdg org pempuan pun malu nk tengok
    melekat, melekap, tembus ke dlm, tertonjol segala shape nya
    yg pakai tudung pun main sarung je legging ni..mcm pelik je tgk

    BalasPadam
  2. banyak betulnya tu, hubby CN pon tak suka CN pkai selendang belit2, dia lagi suka CN pakai tudung bawal jer..;)

    BalasPadam
  3. hihi...berfesyen pun biar alah kadar je..sejuk mata memandang...sejuk lagi hati melihat...hihi...yang penting tak seksi

    BalasPadam
  4. seeloknya pakai yg pakaian yg selesa di pakai, kemas, bersih dan menutup aurat tu yg terbaik!!! kan kak?

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ