GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Deodoran cetus kanser payudara?

Sumber: google images

Kanser payudara merupakan pembunuh utama di kalangan wanita. Mengetahui kebenaran tersebut pastinya mengundang rasa waspada yang tinggi terutama di kalangan kaum hawa ini. Maka, tidak hairanlah kenyataan sesetengah pihak yang menyatakan penggunaan deodoran boleh menyebabkan kanser payudara mencetuskan polemik kepada mereka. Lebih-lebih lagi apabila produk berkenaan digunakan setiap hari bagi mencegah bau badan.

Buat wanita sekalian, usah mudah terpedaya dengan khabar tersebut. Ini kerana Pakar Perunding Obstetik dan Ginekologi Hospital Columbia Asia, Dr. Norintan Zainal Shah mengesahkan pemakaian deodoran bukan punca kepada kanser payudara. Kandungan paraben yang ada di dalam deodoran turut didapati dalam bahan penjagaan kulit lain termasuk losen badan dan krim tabir suria. Walaupun paraben bersifat sebagai hormon estrogen tetapi ia mempunyai tahap aktiviti estrogen yang minima. Bahkan estrogen yang ada dari tubuh wanita lebih kuat dan tinggi tahapnya jika dibandingkan dengan bahan paraben tadi. Lantas, tidak mempunyai bukti yang kukuh untuk mengaitkan penggunaan deodoran boleh mengakibatkan kanser payudara.

Sebaliknya, kanser payudara berisiko menyerang wanita apabila mereka tergolong dalam kategori berikut.
  • 10 peratus daripada kes barah payudara dipengaruhi faktor genetik dan sejarah ahli keluarga yang pernah menghidapinya.
  • 66 peratus kes barah ini dipercayai berpunca daripada faktor usia khususnya wanita berumur 55 tahun ke atas.
  • Wanita obes juga berisiko tinggi diserang barah payudara.
  • Penggunaan terapi gentian hormon (HRT) yang terdiri daripada kombinasi estrogen dan progestogen melebihi 5 tahun didapati boleh meningkatkan risiko barah payudara.

Kepada wanita di luar sana, anda tidak perlu risau untuk menggunakan deodoran, krim tabir suria dan losen badan kerana ia bukan penyebab kanser payudara. Sebaiknya, anda perlu menjaga pemakanan dan lakukan pemeriksaan payudara sendiri sebagai langkah berjaga-jaga terhadap penyakit ini.   

6Ulasan

  1. nice sharinglah..risau juga saya..Islam tidak mnggalakkan wanita memakai Wangi-wangian yang keterlaluan kerana ia mungkin menimbulkan ghairah pada lelaki..jadi deodorant sedikit sebanyak membantu mengatasi masalah badan berbau lebih-lebih lagi pagi yang aktiv..ada juga sahabat yang maklumkan bahawa ia salah satu punya kanser payudara..nauzubillah :)

    BalasPadam
  2. pernah juga dgr info nie..kdg2 risau juga..klu boleh nak meminimakan penggunaanya..tp wanita dan diadoren xboleh di pisahkan hehe

    BalasPadam
  3. erm! nasib baik deodoran bkn salah satu penyebab kanser payu dara ni..apa pun kena berhati2 & mejaga kesihatan..

    BalasPadam
  4. aluminium yg ada dlm deodrant tu blh jadi kanser,bkn deodarant je semua produk pun ada,sebelum beli sesuatu produk sila chek isi kandungan...klu blh belilah yg organik :)

    BalasPadam
  5. kenit ada terbaca satu artikel yang menyokong pendapat bahawa pemakaian spray deodoran akan menyumbang kepada kanser payudara krn kehadiran chemical yang terus masuk ke dalam kulit.

    Tak tahu la pulak kalau pakai jenis roll-on pun boleh kene jugak. Kenit pun dah pakai roll on je skrg ni hehehe :D

    BalasPadam
  6. Ada je berita2 yg x betul disebarkan ye.. tp cancer ni mmg salah satu penyakit yg cukup merisaukan. Semoga kita semua terhindar drp penyakit kanser ini.. amin.

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ