GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Brunei Laksana Hukum Hudud, Malaysia bila lagi???

Bandar Seri Begawan: Sultan Brunei semalam memperkenalkan hukuman hudud, termasuk merejam sampai mati mereka yang didapati bersalah kerana berzina.

Mengumumkan keputusan itu, beliau merujuk langkah berkenaaan sebagai yang bersejarah pelaksanaan undang-undang Islam sebenar di negara itu. 

Sultan Hassanal Bolkiah, 67, antara lelaki terkaya di dunia, berkata, akta baru undang-undang syariah yang dikaji selama bertahun-tahun itu diperkenalkan secara rasmi semalam di negara yang kaya dengan minyak itu mengikut tempoh percubaan selama enam bulan. 

Berdasarkan kes terhadap individu, undang-undang itu meliputi hukuman termasuk merejam hingga mati kerana berzina, memotong tangan kerana mencuri dan sebat kerana pelbagai kesalahan seperti pengguguran kandungan hingga kepada meminum arak.

Akta itu bagaimanapun hanya tertakluk kepada umat Islam.

“Dengan izin Allah, dengan menguatkuasakan undang-undang ini, tanggungjawab kami terhadap Tuhan sudah ditunaikan,” katanya.

Sebagai pemimpin negara yang keluarganya menguasai negara yang kaya dengan minyak itu selama enam abad, beliau pertama kali menggesa hukuman hudud dilaksanakan pada 1996. 

Brunei sebelum ini mengamalkan pemerintahan lebih konservatif berbanding negara jiran Islamnya di Asia Tenggara iaitu Malaysia dan Indonesia, seperti mengharamkan penjualan dan kegiatan minum arak secara terbuka. -AFPArtikel ini disiarkan pada : 20

Sumber: Harian Metro

Seronoknya dengar kan... Jom kita teruskan doa moga2 Malaysia juga akan ikut jejak langkah Brunei... Hukum Hudud adalah hukum Allah yang terbaik... Allah yg perintahkan.... maka sudah pasti itu yg terbaik utk Manusia... dan hukum hudud ni dilaksanakan untuk umat Islam... org bukan Islam ikut hukum takzir... thesis akhir utk sarjana muda aku pasal hukum hudud, .. dan dari situ baru tahu.. indahnya hukum hudud.... jika dilaksanakan.. sdah pasti boleh redakan jnyah yg ada..insha Allah...

5Ulasan

  1. Alhamdulillah Brunei dah bermula...harapnya lepas ni negara lain menyusul, terutama Malaysia.....;)

    BalasPadam
  2. Syabas kpd Brunei.. semoga menjadi contoh & ikutan kpd kita..

    BalasPadam
  3. betul tu.. jika dilaksanakan insya-Allah orang pun takut nak buat jenayah dan kejahatan lain..

    BalasPadam
  4. alhamdulilah ..semoga malaysia ambil inspirasi dari brunei

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ