GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Bila Hilang Malu Seorang Perempuan

Ingat tak kisah P.Ramlee, "Musang Berjanggut".. kisah tu sebagai renungan sebenarnya, pedoman kepada lelaki yang ingin cari isteri... Bagaimana P.Ramlee yang merantau kerana mencari seorang isteri... walaupun ramai calon diperkenalkan satu pun dia tak berkenan... Sebab, apa yang nak dia cari ialah seorang Perempuan atau Wanita, tapi kebanyakannya ialah Betina... Bunyinya kasar, tapi ada kebenarannya... 



Sejak dua menjak ni, baca aje dalam surat khabar, kisah perempuan bergaduh, video perempuan bergaduh, gambar perempuan berpeluk dan bercium dengan lelaki tersebar luas di internet terutama youtube dan facebook... mengucap panjang rasanya... 

Inilah buktinya, makin susahnya nak cari wanita dalam kalangan betina kan... aku sebagai perempuan pun malu... itulah bila hilang malu seorang perempuan, maruah murah baginya... bergaduh ditempat awam, dengan murah hati menyerahkan tubuh untuk dipegang sesuka hati oleh tangan-tangan yang jahat.. 

Jika renungkan, dalam Surah an-Nisa' berkaitan dengan hukuman kepada penzina... dimulakan ayat:
“Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari kedua-duanya 100 kali sebat, dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum Agama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari Akhirat, dan hendaklah disaksikan hukuman siksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman”. (Surah An- Nur ayat 2)

Ada ulamak mufassirin menafsirkan ayat... kenapa dimulakan dengan Perempuan tidak lelaki??? sebab punca penzinaan bermula dengan perempuan sebenarnya... iaitu bermula dari aurat, pandangan mata dan pergaulan.... sebab aurat perempuan tu kena jaga... sebab dah memang ada sebablah Allah suruh jaga..

Perintah tentang tundukkan pandangan:

Firman Allah SWT:
“katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman, hendaklah mereka menahan pandangan-pandangannya dan memelihara kemaluannya.Yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka.Sesungguhnya Allah maha mengetahui apa yg mereka perbuat.Katakanlah kpd wanita-wanita yg beriman,hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya.” (surah an-nur:30-31)

Sabda Nabi s.a.w:
” Jaminlah kalian kepadaku akan 6perkara ini nescaya aku jamin syurga utk kalian; iaitu bercakap benar dlm percakapan,menunaikan janji,melaksanakan amanah,memelihara kemaluan,menundukkan pandangan, dan menghindari dari menyakiti org lain” (riwayat Ahmad,Ibn Dunya,Ibn Hibban dan al-hakim)

Wahai wanita, adik-adik, kakak-kakak, mak cik-mak cik... cik puan-cik puan.. renungkan kata-kata ini:

  ADUHAI, setiap wanita dikurniakan oleh Allah S.W.T. sifat MALU;

Kerana MALU si wanita tahu menjaga kehormatannya;
Kerana MALU si wanita tahu menilai batas-batas sosialnya;
Kerana MALU juga si wanita gagal diperdaya pujukan nafsu.
KINI, si wanita itu sudah hilang MALUnya;
Kerana hilangnya MALU itu terdedahlah auratnya lantas kehormatan diri tergadai;
Kerana hilangnya MALU itu si wanita gagal menilai apa itu HARAM dan HALAL;
Kerana hilangnya MALU itu si wanita lemas dan hanyut dengan tipu daya nafsu.

  ADUHAI, setiap lelaki juga dikurniakan oleh Allah S.W.T. sifat MALU;

Kerana MALU, si lelaki nasihat diri dan si wanita agar sama-sama jaga maruah diri dan MENJAGA AURAT;
Kerana MALU, si lelaki mengingatkan diri dan wanita tentang batas-batas sosial pergaulan, HALAL dan HARAM itu kena INGAT;
Kerana MALU itu, si lelaki menjaga dan mendidik nafsunya JANGAN mengajak si wanita berbuat DOSA, selalu mengingatkan dengan kata, ”TAKUTLAH AKAN ALLAH.”
KINI, si lelaki itu sudah hilang MALUnya;
Kerana hilang MALU itu, si lelaki MENGAJAK si wanita berbuat MUNGKAR;
Kerana hilangnya MALU itu, si lelaku lupa tentang HUKUM ALLAH;
Kerana telah hilangnya MALU itu, si lelaki mungkin hilang taraf KHALIFAH;
Sabda Rasulullah s.a.w. "SESUNGGUHNYA MALU ITU ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA IMAN.”

  Wahai si wanita dan si lelaki janganlah menzalimi diri dengan meletakkan MALU itu bukan ditempatnya;
  MALUlah kamu dengan ALLAH kerana ingkar akan suruhannya;
  MALUlah kamu dengan RASULULLAH (s.a.w.) kerana meninggalkan sunnahnya;
  MALUlah kamu kerana lupa dan malas membaca AL-QURAN;
  MALUlah kamu kerana tidak menghormati GURU;
  MALUlah kamu kerana melawan kata IBU BAPA;
  MALUlah kamu atas DOSA-DOSA kamu;
  Maka percayalah bahawa MALU itu akan menyelamatkan kita dari FAHSYAR WAL MUNGKAR.

6Ulasan

  1. malu akak tgk, malu sbb akak pun perempuan jugak.... akak selalu tepon adik perempuan yg kt kg selalu ingatkan dia jaga diri, jaga maruah keluarga... tp bt masa nih dia msh lg ok sbb msh di bwh jagaan mak abah akak n tau kwn2 dia sume perempuan... tp kite ttp tkt jd mcm skrg nih...

    skrg nih banyak betul kes perempuan pukul org lah, ganster lah... ntahla nk ckp pe

    BalasPadam
  2. sedih ngn dunia skg..perempuan macam terlalu murah..smpi xpk da perasaan malu tuhh

    BalasPadam
  3. kdg2 kita nak tgk pun rasa malukan.... wah nice header tu

    BalasPadam
  4. sedih..sedih sangat sebab sebangsa dan seagama..orang lain sentiasa memandang..kerana nila setitik..rosak susu sebelanga..biar tak comel rupa jangan la tak comel juga akhlak..Allahuakbar..sayunya hati..kesian mak ayah..kalau betul suka sama suka..kalau betul-betul dah bersedia pikul tanggungjawab..Islam tak pernah membebankan umatnya....pernikahan itu sebaik-baik jalannya..

    BalasPadam
  5. jaga diri, hiasi peribadi..ingatan untuk diri dan semua wanita-wanita di luar sana..

    BalasPadam
  6. Astagfirullah.. moga dilindungkan lah kita & keluarga semua.. saya ada 3 anak perempuan & 1 lelaki.. mmg cukup merisaukan...

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ