Recents in Beach

Bawang Merah Kawan Baik Lelaki?


Ramai yang mengatakan bawang membantu menghasilkan jumlah dan kualiti terbaik sperma. Walau apa pun alasan yang pernah kita dengar, ada khasiat lain yang diperlukan oleh lelaki selain hanya memikirkan tentang sperma!

Meskipun bersaiz kecil, khasiat dan kebaikan bawang memang patut dipuji. Kebanyakan pakar perubatan mendapati bawang merah mampu mengurangkan risiko penyakit antaranya kanser. Menurut Dr Barry Sears dalam bukunya yang bertajuk The Top 100 Zone Foods, individu yang kerap memakan bawang setiap hari mampu menurunkan kadar kolesterol.

Pengkaji dari India pula mendapati semakin banyak kita makan bawang merah, semakin rendah kadar gula di dalam darah. Beberapa penyelidikan lain juga mengatakan bahawa kandungan flavonoid di dalam bawang dipercayai mampu mengurangkan risiko kanser, penyakit jantung dan kencing manis. Hal ini kerana flavonoid mempunyai unsur-unsur antikanser, antibakteria,antiviral, antialahan dan antibengkak.

Bagi Irwin Golman, seorang profesor di Universiti Winconsin, menikmati bawang merah setiap hari boleh membantu pertumbuhan tisu dan mengurangkan risiko osteoporosis sebanyak 20%. Kandungan prostaglandin A-1 merupakan agen kuat membantu merawat masalah tekanan emosi dan manakala kandungan sulfur pula membantu kulit kelihatan muda.

Jadi jejaka-jejaka Maskulin sekalian, ketahuilah bahawa dalam pemakanan harian kita juga mengandungi khasiat yang mungkin tidak kita sedari sebelum ini. Lepas ini, jangan lagi kita asingkan bawang yang tersembunyi di dalam lauk. Nikmati khasiatnya dan selamat membawang!


Nota ungu: En.somi memang suka makan bawang besar... aku makan juga kalau dalam sambal aje... 

Catat Ulasan

6 Ulasan

  1. suka makan bawang yang dipotong bulat yang letak dalam masakan.. sedap.. nak2 aym msak merah..

    BalasPadam
  2. lama xdtg sini...yuhuuu akk. iman suke sgt bwg mentah tapi kalau dah masak seyes meme xlalu.ada x kebaikan tok wanita plak?

    BalasPadam
  3. x pernah suka nak makan bawang maria...hu hu hu...

    BalasPadam
  4. mun pun suka makan bawang..hehe

    BalasPadam
  5. Subhanallah.. nasib baik suka bawang.. makanan klu x ada bawang pun jadi kurang sedap.. Thanks sharing :)

    BalasPadam
  6. selalu tgk geng bangla suka borong bawang..hihi

    selamat malam

    BalasPadam

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^