GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

6 Menu Sihat di Dapur untuk sarapan pagi

6 Menu Sihat di Dapur untuk sarapan pagi | Masyarakat Malaysia hatta jururawat sekalipun aku tengok tak amalkan sarapan sihat... Pagi-pagi mesti teh ais, dengan nasi lemak... Tapi aku jumpe 6 resepi sihat yang senang nak buat... Ingat nak cuba cari bahan-bahan ni hujung minggu ni untuk sarapan pagi yang sihat... Jom tengok apa resepinya:

6 Menu Sihat di Dapur untuk sarapan pagi



Menu Sihat untuk sarapan pagi

Telur dadar

  • Telur dadar bercampur sayur-sayuran segar seperti lobak merah, brokoli, daun saderi, atau cendawan juga merupakan pilihan sarapan yang baik kerana ia tinggi kandungan protein.

Roti bakar

  • Roti bakar yang berserat tinggi cukup berkhasiat jika anda bijak menyediakannya. Untuk menambah perisa, sapukan sedikit mentega kacang dan taburkan sedikit kismis.

Sandwic

  • Sandwic tuna bersama keju dan sebiji epal merupakan pilihan sarapan terbaik. Kombinasi ini mampu membuatkan perut kenyang sehingga waktu makan tengah hari.

Bijirin

  • Semangkuk bijirin sarapan pagi yang dicampurkan dengan susu segar merupakan sajian sarapan yang sangat berkhasiat dan amat mudah untuk disediakan. Untuk menambah selera, masukkan beberapa hirisan buah seperti epal, pisang atau strawberi.

Salad

  • Semangkuk salad sudah mencukupi untuk sarapan dan ia boleh dijadikan sarapan pagi yang berkhasiat serta rendah lemak.

Jus buah segar

  • Bagi melengkapkan hidangan sarapan, minum jus buah-buahan segar yang dikisar sendiri perlu dicampurkan bersama susu segar untuk mendapat sedikit kalsium yang mencukupi. Kuantiti makanan untuk sarapan bergantung kepada keperluan masing-masing tetapi makanlah secara sederhana. Jika tidak sempat pun, memadailah mengambil segelas susu atau jus oren dan sekeping roti.
Sihatkan resepi di atas tu... aku bayangkan memang sedap... nak cuba... nak cuba... nak cuba... 

Kredit from : Impiana Karangkraf

8Ulasan

  1. Bagus resepi ni.. tp mmg dah menjadi tekak kebanyakan org m'sia lah nakkan teh tarik, nasi lemak & roti canai.. tu yg kurang sihat :)

    BalasPadam
  2. nice idea...tp kalau dapat kat lidah melayu payah sikit...lagi2 suami umi...request sarapan sihat tp bila buat xmasuk selera plak..haha

    BalasPadam
  3. ikut sunnah.. susu tak boleh dimakan bersama buah-buahan.. berasid

    BalasPadam
    Balasan
    1. sy mcari resepi2 yg sht.yg less calory..cma stahu sy carbo cam oat x leh cmpur dgn susu kan..

      Padam
  4. Bagus menu ni...jgn lupa bc DOA sblm n slps mkn... Insya Allah kolesterol x lekat..(pnglmn sdiri)..

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ