Jamuan bersilih ganti. Masak setiap hari. Kuali pun dah naik legam. Jika anda ingin putihkan pandangan anda terhadap kuali yang melekat di dinding, kami ada rahsianya. Tak perlu produk mahal pun!
Serbuk Soda
Bukan mudah untuk menanggalkan kesan hangus pada dalam atau luar periuk. Jika disental kuat, akan terhakis pula. Memasukkan sedikit serbuk soda bersama air dan dibiar semalaman membantu menanggalkan kesan hangus pada periuk. Anda tidak perlu menyental periuk anda lagi.
Air Cola
Ini mungkin berita baik buat anda yang gemar membuat karamel atau gula hangus. Masalah gula hangus yang melekat pada periuk dapat diatasi dengan menuang sedikit air cola. Hal ini kerana air cola bersifat asidik yang tinggi dan bayangkan bagaimana ia boleh merosakkan gigi anda pula.
Krim Tartar
Biasanya, anda menggunakan krim tartar untuk menghasilkan kek yang gebu dan kembang. Sebenarnya, kandungan potasium hidroxide dan asid tartar mampu membantu membersihkan kuali dengan lebih mudah. Anda hanya perlu rendam bersama air semalaman di dalam periuk yang mahu dibersihkan.
Garam & Limau
Biarkan gabungan dua bahan ini bersatu untuk beberapa minit di dalam bekas yang ingin anda bersihkan. Bukan saja mampu menanggalkan kesan hangus tetapi mampu membuang minyak yang sukar dibersihkan.
Garam
Didihkan air bersama garam untuk menanggalkan kesan masakan yang hangus melekat pada kuali. Kemudian gosok menggunakan senduk kayu. Jika kurang berjaya, biarkan untuk beberapa jam. Kekotoran degil akan tertanggal dengan sendiri.
Sos Tomato
Memandangkan sos tomato bersifat asidik semulajadi, ia boleh membantu menanggalkan kesan hangus apabila anda memasak. Tidak kisah sama ada tomato di dalam tin ataupun tomato segar yang dihancur, biarkan semalaman dan ia serba sedikit membantu.
Cuka
Cuka mengandungi asid asetik yang mampu membantu menghapuskan makanan hangus yang melekat pada kuali. Tuang cuka bersama air dan didihkan untuk beberapa minit. Ia bukan saja menanggalkan kesan degil tetapi jika anda didih tanpa menutup periuk, cuka akan bertindak sebagai penyahbau di dalam rumah anda! Menarik bukan?
Mengapa perlu bersusah-payah membeli produk yang mahal-mahal sehingga boleh memberi kesan kasar pada tapak tangan? Kami percaya bahan di atas mudah didapati dari rumah anda. Yang penting, ia lebih mesra alam dan tak perlu modal banyak.
Sumber: Karangkraf
Nota ungu: Tak pernah pula aku try petua2 nih... nak cuba juga lah.. jom kembalikan kilat periuk belanga di dapur tu...
saya biasa guna garam ngan limau...
BalasPadamSy biasa guna garam je.. X pnh lak combine dgn limau..
Padamoo..tak sangka pula cuka pun boleh ya
BalasPadamKan.. Sy pun bru tahu..
Padaminfo yang berguna ni..thanks for sharing..
BalasPadamWelcome.. Moga bermanfaat..
PadamSaya pernah guna soda, lemon dan cuka.so far..rasanya yg paling berkesan..guna lemon.tp kalo sisa yg degil sangat tu terpaksa guna cif macam amy mastura
BalasPadamOwh.. Guna cif blh gak eh.. Bru tahu.. Tq..
Padammacih share dik.... banyak gk nih yg boleh dicuba n brg2 yg mmg ada kt umah... nnti kite share gk hasilnyer yek
BalasPadamOk kak.. Selamat mencuba..
Padamwah bagusnye
BalasPadamnice sharing
blh try nnti kasi berkilat2
Moga bermanfaat.. :-)
PadamSoda tu boleh guna tak untuk hilangkan bontot kuali yang dah retung , yang macam kopi P.Ramlee dalam filem Nujum Pak Belalang tu ?
BalasPadam( Saya suka petua-petua yang begini. Thanks for sharing Maria )
Sama2.. Moga bermanfaat.. :-)
PadamBagus info ni.. ttg air cola tu sy mmg betul & sy pun bukan peminat air berkabonat. Pernah try guna cola utk bersihkan permukaan dapur lama yg berminyak jenis berdaki.. mmg berhasil. Bayangkanlah klu dlm perut huu...
BalasPadamKan.. Cola mmg berasid dan byk guna.. Bgus la sapa amalkn cola blh cuci perut usus sekali..
Padam