GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Nostalgia Kad Raya

Alhamdulillah... terasa nak mencoret sesuatu.. dekat nak raya, rasa macam beku idea je... tak tahu nak coret pe.. penyakit "M" pun ada... 


Ramai yang post pasal kad raya... blogger-blogger popular dan terkenal ramai la kan.. dan rajin la dapat kad raya... aku??? hehe.. rasa bertuah la plak jika terima kad raya... 

Tapi kenangan mendpat kad raya, satu memori manis.. dulu zaman sekolah, zaman kumpul kad raya.. bukan sekeping dua, tapi berpuluh keping dapat... siap lawan dengan abang dan kakak sapa dapat paling banyak.. tapi tu citer zaman, belum canggih ada internet, telefon ni semua... 

Memang seronok kumpul kad raya.. simpan sampai dua tiga tahun. tapi aku da buang juga, sebab kena gigit dengan tikus.. maka, buang aje lah.. Tapi tu kenangan indah.. 

Bila zaman teknologi maklumat semakin canggih, kad raya makin hilang.. aku ingat, last dapat kad raya masa belum kahwin.. kad raya dari en.somi (masa tu lum kahwin lah), dan kengkawan satu universiti.. bertukar-tukar kad raya.. tapi sekarang dapat juga, iaitu e-card raya..melalui SMS ataupun email.. dan sekrang melalui FB je... 

Walaupun kad raya dan ucapan raya melalui SMS, e-mail dan FB cepat dan mudah serta modal yg murah, tapi tu lah kurang nilai dan sentimental value berbanding kad raya... 

Kalau tak caya, cuba lah kita kirim kan kad raya kat kawan kita yg jarang-jarang kita jumpa.. mesti lompat bintang kan.. tu lah.. aku balik kampung nnti, nak tgk kot-kot de kad raya untuk aku.. hehe.... verangan je.. 

Kad raya dan surat ada sentimental value yg tersendiri walaupun lapuk dek zaman.. walaupn org kata kuno.. tapi nilai sentimentalnya boleh menusuk ke jantung hati... 

Ok, next time kita buat tukar-tukar raya plak ek.. raya ni memang tak sempat dah nak buat... 

4Ulasan

  1. Betul tu Maria..sebenarnya kad raya ni ada sentimental value..walau sekarang kita dah jarang gunakan coz semuanya dihujung jari..kecuali yang official. Bila dapat tu perasaan best tu lain sikit coz terasa ada yang appreciate lebih...

    BalasPadam
  2. betul tu MF..dapat kad raya lg best..ada SM..

    BalasPadam
  3. Azhan: ada ke org hantar kad raya zaman milenium 2020 ni?

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ